(6)

16 1 0
                                    

"Omma..." bayangan seorang wanita di hadapan pintu rumah menyentap dirinya sendiri.

Kelihatan juga seorang lelaki seusia wanita itu sedang memandang tajam ke arahnya. Terasa ingin sahaja dia berpatang balik, namun itu semua sudah terlambat. Kereta appa juga sudah jauh berlalu pergi meninggalnya di sini.

"Tunggu apa lagi!  Masuklah!" kata wanita itu kasar lalu menjelingnya tajam. Dengan langkah perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah sederhana besar itu.

"Kau anak Yoon Jeonghan kan?" soal lelaki itu tiba-tiba. Tanpa memandang susuk tubuh kurus itu, dia mengangguk perlahan.

"Betul ke kau anak dia? Setahu aku mak kau pernah tidur dengan ramai lelaki sebelum ni." kata-kata itu menyetap tangkai Yoon Jinwoo. Langkahnya terhenti, dia melihat ke arah lelaki di sebelahnya.

"Kenapa Anjjushi tanya macam tu?"soalnya berani.

"Sebab aku salah seorang daripada lelaki itu." kata lelaki itu dengan senyuman sinis bergayut di bibir. Tanpa banyak bicara langkah kakinya diteruskan. Semakin lama dia di situ, semakin sakit yang akan dia rasakan.

Pintu bilik kayu bercat biru itu dia buka sebelum masuk ke dalam. Dia tersenyum nipis melihat bilik itu.

Bilik kegemarannya sewaktu kecil dahulu, namun setelah dia menginjak dewasa barulah dia faham erti sebenar bilik itu.

Bilik itu hanya sekadar tempat berehat untuk seminggu sebelum dia pulang bersama daddynya di rumah sebenar.

Bag galas diletakkan di tepi almari. Dia terus merehatkan diri di atas katil. Fikirannya merawang akan pesanan daddy angkatnya.

'Kamu kuat Jinwoo, jangan sedih. Kalau rasa perlukan tempat meluah carilah daddy. Kalau daddy dah tak ada... Kamu boleh cari mummy.'

Entah kenapa dia merasakan bahawa terdapat sesuatu maksud tersirat di sebalik pesanan itu. Terasa satu sesuatu yang halus menusuk ke jiwanya.

"Jinwoo sayang daddy." ucapnya perlahan sebelum kelamaan matanya mula tertutup dengan sendiri.

**************

Junghee O_o-Jin jom lepak! -kami ada benda nak bagitahu kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Junghee O_o
-Jin jom lepak!
-kami ada benda nak bagitahu kau.

Dahinya berkerut seribu ketika membaca pesanan dari sahabatnya itu. Pasti ada pekara penting yang ingin di sampaikan sehingga mahu berjumpa, masakan tidak kerana mereka hanya berkumpul ketika adanya pekara penting.

You
-Aku tak ada di rumah aku wei.
-kau lupa ke?
-susah nak keluar kalau ada kat sini.

Junghee O_o
-alaa, penting gila ni.
-curi-curilah keluar.
-aku ambil kau, bukan jauh sangat pun.

Dia terduduk di atas katil. Fikiran menerawang cara untuk keluar dari rumah ini. Lama-kelamaan dia tersengih nakal, otaknya mula mencerna idea untuk keluar dari rumah ini.

You
-okay.
-aku bersiap kejap.
-datang ambil aku now!

Junghee O_o
-Ne!
-dalam 15 minit aku sampai.

✅✅

Setelah menerima balasan dari lelaki itu dia terus bangkit dari baringan. Tanpa berlengah seperti lipas kudung dia bersiap ke sini ke mari.

*******************

"Kenapa kau lambat!" soal Boo Shin Han ketika bayangan Yoon Jinwoo dan Kwon Junghee tiba di hadapan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa kau lambat!" soal Boo Shin Han ketika bayangan Yoon Jinwoo dan Kwon Junghee tiba di hadapan mereka.

Jinwoo tersengih paksa. Dia mengambil tempat di sebelah Jihyun dan Taehwan, manakala Junghee pula mula mengambil tempat di antara minhyu dan Ryunghan

"Sorrylah. Aku__kena kejar dengan orang gila tadi!" kata dengan nafas tersekat-sekat.

"Betul tu, kebetulan si Jin ni keluar dari rumah... Lepas tu tiba-tiba namja tu sampai. Gila nak duduk situ pecutlah." terang Junhee setelah pernafasan mula teratur.

"Patutlah sesak sangat aku tengok kau berdua!" kata Jihyun.

"Cepatlah bagitahu apa yang penting sangat tu! Taknak omma aku balik pula nanti." gesa Jinwoo. Matanya sering kali mengerling ke arah jam tangannya.

Taehwan mengiling perlahan.

"Sabar boleh tak sabar!"Ryung han bersuara lantang lalu tangan menyeluk ke dalam bag kecil yang terletak di atas riba.

"Nahhh!" dahi Yoon Jinwoo mula berkerut seribu melihat hanya sekeping kertas diserahkan kepadanya.

"Kertas?"

"Bukalah woi!" dengan teragak-agak dia membuka kertas tersebut.


***********************

Jinwoo maafkan saya sebab menganggu awak dengan surat yang entah apa-apa ni. Saya tulis surat ni sebab nak bagitahu yang...

***********************

       Dah kenapa surat ni tergantung? Matanya mengerling ke arah Ryunghan. Keningnya terjungkit tinggi.

"

Kenapa tergantung? Mana lagi sambungan dia?"soalnya dengan wajah tertanya-tanya.

"Sebab tergantung tulah aku nak jumpa kau. Cuba tengok bahagian bawah surat tu..." matanya melihat ke arah bahagian bawah surat tersebut. Kelihatan seperti terdapat percikan darah.

"Kau rasa siapa bagi surat ni?" soao Junghee beriak serius.

"Siapa lagi kalau bukan Hyojun" jawab Taehwan malas. Air coklat di dalam gelas sedutnya laju. Matanya melilau ke arah sekeliling sebelum berhenti di satu sudut.

"Jinwoo kau tinggal dengan kami sajalah malam ni." katanya tanpa teragak-agak setelah si permehati mula menghilangkan diri.

"Dah kenapa?"

"Nak balik ke? Kena tibai dengan lelaki itu jangan salahkan aku." kata Minhyun pula.

"Yelah." jawabnya malas. Lantaklah apa nak jadi pun, yang pasti appa dia tak boleh tahu.

"Lagi pun hyung kau ada bagi sebuah apartment untuk kita, dia tinggalkan duit sikit." sambung Ryunghan pula.

"Sejak bila?! Kenapa aku tak tahu?!"

Meja makan bersaiz enam orang ditepuk kasar.

"Nantilah aku cerita." kata Junghee malas. Wajah kemerahan Yoon Jinwoo tidak di hiraukan olehnya.

YOON JINWOO.Where stories live. Discover now