(39)

7 0 0
                                    


Di malam yang kelam Hyojun mengeluh perlahan. Matanya tunak menatap anak itik yang sedang bermain di kolam kecil belakang rumah mereka.

Kata Jinwoo anak-anak itik itu bakal menemaninya jika lelaki itu sibuk kelat. Ternyata ia benar, saban hari sudah seminggu Jinwoo menghilang. Malamnya juga hanya di temani anak-anak itik itu.

Taerin pula akan di jaga bergilir-gilir oleh X_Seven memandangkan mereka di sini.

"Hai awak..." salah seekor anak itik yang sedikit besar menghampiri dirinya.

"Comel!" ketawanya meletus melihat pergaduhan kecil antara kedua anak itik yang cuba menghampiri dirinya.

"Kau kenapa tak tidur lagi?" satu suara garau tiba-tiba menyentak dirinya. Hyojun berpaling ke arah pintu sliding.

"Erm..." bibirnya di kemam rapat. Melihat wajah serius Jinwoo buatnya gementar, apatah lagi apabila lelaki semakin menghampiri dirinya.

"Hai!" Jinwoo melambai tangan ke arah anak-anak itik yang memerhati mereka.

"Awak ke mana?"

Jinwoo diam. Roti di Baling ke arah dua ekor itil tadi.

"Jom Hyojun kita masuk, aku penat!" runggut Jinwoo. Lengan bajunya di sising hingga ke siku, butang tiga teratas dibuka tanpa teragak-agak. Lari dari topik!

Hyojun mengangguk perlahan.

"Awak dah makan?"

Jinwoo mengeling ke arah Hyojun.

"Dah."

Hyojun terdiam, tidak tahu apa yang mahu diperkatakan. Hanya derapan langkah mereka sahaja kedengaran sehinggalah tiba di bilik.

"Taerin mana?"

"Dia tidur dengan Shin."

Ktap!

Pintu bilik ditutup olehnya.

"Aku nak mandi dulu, lepas ni kau urut bahu aku boleh? Rasa lengguh gila!" rungut Jinwoo. Bahu kanannya ditumbuk kasar.

Hyojun mengukir senyuman nipis.

"Boleh. Awak pergilah mandi dulu." tuala biru diberikan kepada Jinwoo. Tanpa banyak bunyi lelaki itu terus masuk ke dalam bilik mandi.

Hyojun menghembus nafas perlahan terasa janggal setelah seminggu tidak bertemu, namun tidak pula pada Jinwoo. Lelaki itu nampak lebih tenang dan selamba seolah tiada apa-apa.

Sepasang T-shirt kelabu bersama seluar pendek paras lutut diletak ke atas katil.

"Apa lagi ehhh?"

Hyojun merenung lama pakaian milik Jinwoo sebelum tersenyum nipis.

"Susu! Ha... Ya susu!"

Tanpa berlengah Hyojun terus turun ke bawah, membancuh secawan susu untuk Jinwoo.

"Jun?" kepalanya berpusing ke arah empunya suara.

"Oh kau Ryung. Ada apa?"

Ryunghan mengambil tempat di meja.

"Masakan aku maggie. Aku lapar..."

Dahi Hyojun melakar kerutan seribu.

"Kau tak makan tadi?"

Lelaki itu menggeleng kepalanya. "Aku tak sempat banyak sangat kerja, lagi pun Hyun cakap esok kami terpaksa balik. Ada masalah."

Hyojun mengangguk perlahan. Kesian pula dia dengar, nak tolak serba salah tapi kalau terima kan nanti Jinwoo pula tertunggu-tunggu kat atas.

YOON JINWOO.Where stories live. Discover now