"Aireen aku nak bawa Jinwoo ke florida. Aku sendiri akan latih dia di sana." tiba-tiba sahaja Vernon menyuarakan hasrat hatinya.
"Kenapa tiba-tiba enon?" Vernon menoleh ke arah Joshua di sofa pandang.
"Ini amanah hyung. Cheol hyung nak Jinwoo belajar dan ambil alih perniagaannya." Joshua mengangguk perlahan. Dia faham apa yang cuba di sampaikan oleh Vernon.
Tetapi sekarang soal jinwoo. Mahu ke remaja itu mengikut Vernon ke sana dan meninggalkan segalanya di sini?
Aireen menatap satu persatu wajah ahli Seventeen di hadapannya kini.
Terasa berat hatinya ini untuk melepaskan Jinwoo pergi bersama Vernon.
"Aku tak ada bantahan Vernon. Semuanya terletak pada tangan Jinwoo sendiri." tutur Aireen tenang
"Kau... Tak apa-apa ke Reen kalau Jinwoo tinggal dengan Vernon?" teragak-agak Seungkwan bertanya.
Matanya beralih ke arah Seungkwan. Choi Aireen tersenyum nipis.
"Kalau itu yang terbaik untuk Jinwoo, aku tak apa-apa jangan risau."
Seungkwan mengangguk perlahan. Kalau itu sudah di kata oleh Aireen, mereka ikutkan saja.
"Reen kau tinggal dengan aku ajelah. Senang nak urus Cafe tu semua." cadang Hoshi
Aireen pantas menggeleng kepalanya.
"Kau gila ke Hoshi! Memang taklah aku nak kacau kau dengan Haejun."
"Alaaa aku risaulah kau tinggal sorang-sorang diri kat sini. Apa-apa jadi macam mana?" Hoshi masih tidak putus asa memujuk.
Sungguh hatinya tidak senang mahu meninggalkan wanita ini sendirian.
"Aku tak apa-apalah. Jangan risau!"
Seventeen mengelus kasar. Kedegilan Choi Aireen tidak mampu di lawan oleh mereka. Hanya seorang sahaja mampu memujuk wanita ini.
Choi seungcheol.
"Ha! Kau tinggal dengan Hyunjae lah senang!" cadang Minghao di sebelah jun. Teruja.
Aireen menatap kosong wajah di hadapannya.
"Jangan di kacau dia Minghao. Biarlah dia, nanti andai dan bersedia dia akan pulang juga ke pangkuan aku.
Seokmin mengosok kasar rambutnya.
"Bahayalah reen. Kau pun bukan sihat sangat nak duduk sorang-sorang diri." Jun pula bersuara.
Choi Aireen menunduk.
Andai di beri pilihan sekalipun dia tidak mahu meninggalkan rumah ini. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan.
Choi seungcheol. Hanya rumah ini sahaja yang mampu lelaki itu tinggalkan buat dirinya ini.
"Aku cuba call Hyunjae dulu okay." tanpa sempat membantah terus Lee Jihoon atau lebih senang di gelar Woozi itu menekan screen canggih miliknya itu.
Tidak sampai beberapa saat kedengaran panggilan di angkat. Aireen mengigit kuat bibirnya.
"Annyeong. Ne?" kedengaran pemanggil di sana berbunyi.
"Hyunjae-ahh. Jihoon bercakap."
"Ahhh-ne. Anjjushi! Ada apa call Hyun tiba-tiba? Mummy tak apa-apa ke?" kedengaran nada risau pemanggil di sana.
Woozi mengerling ke arah Aireen.
"Nak cakap?" pantas wanita itu menggeleng.
"Anjjushi? Are you there?"
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
Random"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...