Jinwoo mengeluh perlahan. Entah kenapa hatinya terasa gudah gunalah, rasa resah yang tidak berpenghujung.
Semakin tiba hari untuk dia tinggalkan korea semakin rasa itu menghuni memenuhi rasa. Sesak!
"Jinwoo?" pintu biliknya di tolak perlahan.
Choi Aireen. Wanita ini masih setia menjadi seorang istimewa di dalam hidupnya walaupun mereka sebenarnya tiada pertalian darah sedikit pun.
Dia kesayangan milik Choi Seungcheol. Sangat.
"Gwaechana?" matanya menatap ke arah mata hazel Choi Aireen.
"Mummy. Esok jin dah kena balik ke sana semula." tangan berusia Choi Aireen di usapnya.
"Mwo?! Kenapa cepat sangat?!"
Jinwoo tersenyum. Kepalanya menunduk, merenung lantai kayu yang menjadi tempat mereka berpijak kini.
"Tak ada apa dah untuk jinwoo kat sini mummy. Lagi pun..." dia berjeda.
Aireen diam. Menanti kata seterusnya dari anaknya itu. Sesekali tangannya naik mengusap wajah seorang Yoon Jinwoo yang sudah semakin matang.
Sudah besar anaknya ini. Terasa sekejap sahaja masa berlalu, seakan baru semalam Seungcheol membawa pulang bayi ini ke rumah mereka.
"Jin nak mummy ikut Jin balik ke sana."
Aireen tersenyum.
"Mianhae. Mummy tak boleh tinggalkan tempat ni Jinwoo-ahh. Di sini terlalu banyak kenangan dengan daddy kamu." tutur Aireen perlahan.
Jinwoo mengetap bibir, matanya mula bergenang dengan cecair jernih.
"Tapi kalau mummy tinggal kat sini siapa nak jaga mummy?"
"Aish! Hyung kamu kan ada! Apa yang nak risau sangat ni jinwoo?!" bahu itu di tamparnya kasar.
Jinwoo terdiam. Dia tahu segalanya. Segala yang wanita ini cuba sembunyikan daripadanya.
Tentang Hyunjae yang menghilangkan diri sejak mula.
Tentang kenangan mediang daddy di sini. Tentang rasa sunyi yang mummy ini lalui.Dia tahu segalanya.
"Jin."
"Hurmm."
Aireen senyum.
"Kamu suka Hyojun? "
Kening Jinwoo menaik ke atas. Tanpa di kawal, riak wajahnya mula berubah kelat.
"Aniy. Wae?"
"Betul Jin tak suka dia?" soal Aireen lagi.
Jinwoo menelang perit. Terasa seakan ada sesuatu tersekat di kerongkongnya. Perlahan-lahan senyuman nipis dia ukir.
"Hyojun perempuan Shin. Jin tak akan rampas milik orang mummy..." Jinwoo tunduk.
"Aventhough we have an agreement. She promise to wait me until I come back here. That statement do no change everything mummy. I'm still lost her"
Aireen senyum. Dia sebenarnya dah dapat jawapan untuk persoalan tadi. Tiada apa lagi yang harus di katakan kepadanya.
Sungguh anaknya sudah cukup matang untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.
"Berehatlah. Mummy keluar dulu."
Dia mengambil keputusan untuk anaknya itu mengambil masa sendiri. Mungkin Jinwoo perlukan masa untuk berfikir sebetulnya.
Aireen bangkit. Dia sempat menoleh ke arah wajah tanpa emosi itu sekilas sebelum berlalu keluar perlahan-lahan.
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
Random"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...