Ryunghan menghambus nafas berat. Air mukanya sehabis mungkin di tahan, segala emosi seakan bertepiran berlari sana sini.
Hatinya sakit! Sangat sakit! Apabila melihat tubuh lemah lolai itu menatap kosong ke arah kedua jasad kaku di hadapan mereka.
"Hyun." Ryunghan tanpa teragak-agak terus memeluk tubuh Minhyun di sebelahnya. Terasa usapan lembut pada bahunya.
Minhyun tersenyum nipis.
Pemergian Jeonghan dan Seoyun amatlah meninggalkan kesar kepada mereka. Apatah lagi apabila mengingati bahawa kedua manusia itulah yang telah banyak membantu mereka meneruskan hidup.
Apatah lagi Jinwoo. Minhyun tahu dia tak akan mampu memujuk jiwa yang rapuh itu.
"Kau kena kuat Ryung. Jin perlukan kita." bisik Minhyun perlahan.
"shin." Boo Shin Han berpaling ke belakang. Wajah berusia mummy kepada Jinwoo dia pandang.
Perlahan-lahan dia mengangguk lalu melangkah menghampiri Jinwoo.
"Jin..." teragak-agak Shin meletakkan tangan ke atas bahu Jinwoo.
Sebak menghuni mereka yang nerada di situ. Shin mengetap bibir, menahan diri dari terua beremosi.
"jin. Mari kita pergi, tak baik melambat-lambatkan." tuturnya lembut.
Tangan kaku itu di tariknya perlahan menjauhi keranda kaca itu.
"Jin."
Taehwan menghampiri Shin dan Jinwoo, terus tubuh tidak beremosi lelaki itu di peluk erat.
"Kau kuat Jin. Kau kuat. Jangan pendam segalanya,lepaskan. Kau ada aku, ada Shin, XSeven dan paling penting kau masih ada Aunty Aireen di sisi kau." bergetar suaranya berbisik-bisik.
Jinwoo diam. Setiap pantah kata itu ibarat angin lalu, tiada yang mampu meresap ke dalam dirinya.
Taehwan lepas dakapan dari tubuh beku itu.
Xseven terdiam. Terasa sangat berat apabila melihat Yoon Jinwoo menjadi kaku begitu. Lelaki itu seolah-olah mayat hidup.
Sebatang mancis di serahkan kepada mereka.
"Jin." jinwoo masih kaku di dalam dunianya.
Aireen mengusap kasar wajahnya. Batang mancis itu di sambut teragak-agak. Kepalanya menoleh ke arah Seungcheol di sebelah.
"Cheol." Seungcheol tersenyum nipis. Kepalanya mengangguk perlahan.
Terus bantang manchi di lepar di arah dua jasad kaku. Api mula marak dan besar di antara kayu-kayu yang di susun.
"Han hyung!" Dino memeluk erat tubuh Joshua.
"Lepaskan Chan, lepaskan" perlahan dia menutur kata. Namun kepada siapa lagi Dino mahu meluah melainkan dirinya.
Joshua menahan tangis.
"Han hyung!"guman dino perlahan.
"Lepaskan Chan. Tak baik kita meratapi mereka secara berlebihan." Wonwoo pula menutur kata. Wajahnya membeku habis, langsung tidak beremosi.
Seungkwan kaku di sebelah Hoshi dan Seokmin. Ketiga manusia itu kaku bersama wajah memerah.
"Lepaskan Han, sudah tiba masanya dia pergi. Tugasnya sudah selesai di sini." dalam suasana sayut kesedihan itu sempat Seungcheol menitipkan pesan kepada Seventeen.
Sungguh hiba terasa dirinya kini. Di sangkakan dia yang bakal pergi rupanya tidak.
Seungcheol tersenyum nipis.
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
Random"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...