10 years ago
Ke manakah aku hari ni? Masih di paksi yang sama. Setelah sepuluh tahun berlalu aku kembali semula ke seoul. Hiruk-pikuk lapangan terbang antarabangsa aku pandang kosong.
Hyojun.
Nama itu masih tersemat di hati aku. Tak ada yang dapat gantikan dia, walaupun sehebat mana pun wanita itu.
"JIN!!!"
Aku tersengih.
Enam orang sahabat.
Masih sama seperti dulu, cuma X_seven sekarang dah matang. Kami masih bertujuh, walaupun masing-masing sudah ada haluan sendiri.
"Yow!" satu persatu antara mereka aku lagakan bahu.
Aku tersengih melihat ke arah budak perempuan comel di sebelah Taehwan.
"Who are you girl?"
Berkerut seribu dahi budak perempuan itu mahu memahami apa yang di katakan.
"Anak kau ke hwan?"
Taehwan mengangguk. Belakang kepalanya digosok kasar.
"Kahwin tak bagitahu aku siot!" bahunya aku tolong kasar.
"Dah kau menghilang kenapa?!" soalnya taknak kalah.
"Hyun ada nombor aku! Kenapa tak bagitahu!"
"Ala relak laaa jin... Dia kahwin senyap-senyap..."
Aku ketawa besar.
Tak menyangkal Kim Taehwan yang berwajah bengis ini telah menamatkan zaman bujangnya awal dari semua.
"Dah jangan nak sakat aku! Jom!" ajarnya.
"Malu lah tu!" bisik Junghee.
Aku tersengih. Langkah mereka berenam aku ikut perlahan-lahan.
"So macam mana hidup di Florida Jin?" soal Junghee. Masih di sebelah aku.
Aku menjungkit bahu.
"Entah. Biasa je..."
"Banyak yang kau terlepas masa kat sana Jin..."
Aku mengerling ke arahnya.
"Apa yang aku terlepas?"
"Banyak sangat. Nanti aku cerita." katanya. Bahu aku dipaut rapat.
Aku mengangguk perlahan.
*********
Setelah kembalinya aku ke sini dari lapangan terbang mereka terus membawa aku ke sebuah restoran mewah.
Kami mula melangkah ke arah sebuah bilik yang bagi aku agak eksklusif.
Aku mengerling ke arah Taehwan. Lelaki itu masih leka melayan anak perempuannya makan.
"Tak apa ke kita ke sini?"
Mereka memandang ke arah aku.
"Tak apa. Hwan belanja." pandangan aku beralih ke arah Taehwan.
"Serius? Bukan restoran biasa ni tau." soal aku setelah meneliti makanan yang berada di atas meja.
"Nikmati je semua ni Jin. Jangan risaulah."katanya sambil tersengih.
"Appa, anjjushi tu siapa?"
YOU ARE READING
YOON JINWOO.
Diversos"Kita tak sempurna kerana setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Usah takut dengan badai yang datang, ia hanyalah sekadar halangan untuk kau terus kuat." - Yoon Jeonghan. "ketahuilah bahawa setiap manusia akan melalui pelbagai fasa hidup...