(33)

15 1 0
                                    

         "Anjjushi kenapa senyum macam tu?" soal Jinwoo ke arah Lee Chan di atas kerusi berharapan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         "Anjjushi kenapa senyum macam tu?" soal Jinwoo ke arah Lee Chan di atas kerusi berharapan cermin. Tali lehernya yang sedikit senget dibetulkan.

"Aniy... Aku teringatkan Han hyung."

Lee Chan tersenyum nipis. Biasan wajah mereka pada cermin diperhatikan.

"Kenapa dengan appa?"

Soal Jinwoo perlahan.

"It's like same situation with your dad. Aku cuma tiba-tiba teringatkan dia, dan situasi yang sama cuma dulu Cheol Hyung sekarang kau pula..."

Jinwoo terkaku. Wajah milik Lee Chan diteliti lama. Di sebalik senyuman lebar itu terselit seribu satu kedukaan yang tidak di ceritakan oleh lelaki itu.

Walaupun sentiasa ceria dan gembira, sebenarnya lelaki ini jauh lebih sedih berbanding mereka. Manusia mungkin tak dapat melihatnya, namun mata tak akan menipu.

"Apa jadi anjjushi..."

"Aku dengan selambanya duduk di atas kerusi sambil makan-makan. Sedangkan yang lain semua sibuk ke sini ke mari..." Lee Chan ketawa kecil.

Teringat akan bebelan Jeonghan kepada dirinya. Rindu kau hyung, bisik Lee Chan perlahan.

"Sampaikan tali leher Cheol hyung pun Han Hyung lupa mana dia letak. Macam dia pula yang nak kahwin masa tu..." sambung Lee Chan dengan kepala tergeleng-geleng.

Jinwoo mengukir senyuman nipis. Wajahnya yang terbias di cermin di pandang kosong. Sejujurnya dia sendiri tak tahu apa yang dia buat.

Semuanya berjalan tanpa di rancang. Dia cuba bersedia mental fizikal tetapi tetap juga hasilnya sama.

"Jin... Kau okay?" wajah tua itu Jinwoo pandang lalu mengangguk perlahan.

"Bersedia. Sekejap lagi mereka panggil masuk dewan kau kena betul-betul bersedia."

Jinwoo menarik nafas dalam. Debaran di dadanya semakin terasa semakin lama semakin pantas ia berdetak. Terasa seolah-olah saluran darahnya berhenti berfungsi.

Mungkin kerana terlalu gementar dan takut. Apa ingat muka tenang macam dia tak pernah gementar ke? Manusia tetap manusia!

"Anjjushi betul ke apa yang Jin buat? Dia milik Shin." Lee chan bangkit. Tangannya menepuk-nepuk bahu Yoon Jinwoo.

"Kalau dia milik Shin. Tak adanya aku nak izin kau kahwin dengan dia!"

Jinwoo diam.

"Jangan risau Jin. Kau akan tahu nanti... Anjjushi keluar dulu. Itu mummy kamu datang..." tunjuk Lee Chan ke arah pintu. Jinwoo mengangguk perlahan.

"Jin okay?" soal wanita itu setelah Lee chan berlalu pergi.

Tanpa menjawabnya Jinwoo terus mendakap tubuh tua itu.

YOON JINWOO.Where stories live. Discover now