Aku nekad. Aku mesti cuba selesaikan semua kemelut ini.
Aku mesti mencari punca terhadap masalah ini.
Justeru itu, aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan 'dia'.
_______________________________
Aku nekad untuk berjumpa 'dia' iaitu diri ku yang sebenar, Kim Yumi.
*************
Aku memandang gambar keluarga yang tergantung di dinding ruang tamu rumah itu. Aku merenung wajah ku (Kim Yumi), adik ku (Kim Yuna), mama dan ayah.
Aku memandang sekeliling rumah itu. Kosong, tiada orang."Mana semua orang?"Bisik ku.
Aku kemudian mendail nombor telefon ku (Kim Yumi) .
" Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi... "
Aku mendengus lalu mendail nombor adik dan mama ku pula. Sama, tidak disambut.
Aku mengeluh lalu melangkah masuk ke dalam bilik yang ku kongsi bersama adik ku. Kelihatan poster-poster BTS bertampal di dinding berhampiran katil Yuna.
Aku baring di katil Yuna sambil merenung poster wajah Jin.
"Dimana kau sekarang ni, Jin? Kenapa semua ni berlaku?" Rintih ku.
***************
(Lokasi : Dorm BTS)
Jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Members BTS duduk berkumpul di ruang tamu. Riak risau terlukis di wajah mereka.
RM berjalan ke hulu hilir sambil tangannya tidak berhenti mendail nombor telefon abang sulung mereka.
"Dia masih tak jawab call ke, hyung?" Tanya Jimin risau.
RM menggelengkan kepalanya.
"Haishh. Jin hyung ni. Mana dia pergi ni?" Bentak RM. Dia mula berasa marah kerana Jin tiba-tiba menghilang.
Semua members diam bila melihat RM mula marah kerana mereka semua tahu, RM bukan jenis orang yang mudah marah.
**************
Aku terbangun dari tidur. Entah bila masa aku tertidur sewaktu tengah meratapi nasib.
Aku menggapai smartphone yang berada di dalam poket.
20 miss call.
1 panggilan daripada Bang PD nim. 4 panggilan daripada manager dan 15 panggilan daripada RM.
"Alamak. Dah pukul 11 malam?"
'Mana semua orang pergi? Kenapa belum balik lagi?' Monolog ku.
Aku pun keluar dari rumah itu dan memutuskan untuk kembali ke dorm BTS.
**************
Aku tiba di hadapan pintu dorm BTS lalu menekan loceng.
Tidak lama kemudian, Jungkook datang membuka pintu. Matanya yang memang sedia bulat bertambah bulat melihat ku.
"Hyung. Kenapa tak masuk sendiri je? Jom masuk." Katanya lalu menarik tangan ku.
'Manalah aku tau password dorm kamu ni.' Gumam ku.
"Hyung pergi mana? Kenapa tak hadir meeting tadi?" Tanya RM.
Aku cuma tunduk dan mendiamkan diri.
"Jawablah. Hyung pergi mana? Kenapa tak hadir meeting? Kenapa tak jawab call?" RM mula meninggikan suaranya.
Aku tersentak mendengar nada suara RM yang agak kasar itu. Hati ku mula menjadi sakit.
'Dah lah aku ada masalah pelik macam ni. Dia ni pula sesuka hati nak marah-marah aku.' Bentak hati ku.
" Hyung, jawablah. " RM sudah mulai menyinga.
"Suka hati aku lah nak pergi ke mana pun. Kenapa kau nak menyibuk?" Jawab ku kasar.
Semua members BTS terpaku memandang ku.
"Jin hyungg." RM menatap tajam wajah ku.
"Kamu semua tak percaya pun dengan apa yang aku cakap, kan. Kamu anggap aku ada masalah mental?" Bentak ku.
Aku meluahkan rasa marah ku. Bukan marah, mungkin lebih kepada rasa tertekan. Tertekan kerana terperangkap dalam badan orang lain dan terjebak dengan situasi yang susah untuk orang lain fahami.
" Korang nak hantar aku ke Pakar Psikiatri? Hantarlah. Biar group kamu hancur sebab memiliki member yang ada masalah mental." Bentak ku lagi.
Bukk!!
Pipi ku terasa panas dan sakit. Sebaik sahaja aku mengucapkan ayat tersebut, RM melayangkan penumbuk di pipi kanan ku. Aku jatuh tersungkur di atas sofa.
" Hyungggg. " Jerit members yang lain.
______________________________
BERSAMBUNG...
* 😭 Mesti seramkan kalau RM marah. Tak dapat bayangkan macam mana kalau dia marah.
*Apa yang akan berlaku dengan masa depan BTS?
*Nantikan Part seterusnya 😉
*Mohon untuk vote dan comment, ya 🙏 Borahae 💜💜💜💜💜💜💜
YOU ARE READING
WHO AM I
Fanfiction"Siapa aku? Macam mana aku boleh terperangkap di dalam tubuh ini?" Kim Seokjin bangun daripada tidurnya dengan roh yang berbeza.