PART 8

53 7 3
                                    

Aku terpaku melihat Yuna menangis.

"Dah. Jangan nangis." Pujuk ku lalu memeluk Yuna. Aku mengusap kepala Yuna untuk menenangkannya.

Tanpa ku sedari, rupa-rupanya ada seseorang yang sedang memerhatikan setiap tingkah laku ku sejak tadi. Orang itu tersenyum sinis melihat apa yang berlaku di hadapan matanya.


________________________________




(LOKASI : DORM BTS)


RM duduk termenung di sofa. Dia mengerling jam dinding. Sudah pukul 8 pagi.

Dia melepaskan keluhan berat.

"Namjoon. Seokjin hyung belum balik lagi?"

RM memandang ke arah Suga yang berada di muka pintu bilik.

"Belum."

RM melepaskan keluhan berat.

"Aku tak patut tumbuk dia." Keluh RM kesal.

Suga duduk di sebelah RM lalu menepuk bahunya bagi menenangkannya.
Masing-masing tunduk diam membisu.

"Hyung. Hyungg. Namjoon hyunggg."

RM dan Suga tersentak apabila Jimin berteriak sambil berlari menghampiri mereka.

"Hyung. Tengok ni." Kata Jimin sambil  menghulurkan smartphone.

Mata RM terbeliak apabila melihat tajuk artikel yang terpapar di skrin telefon itu.




         **********************



(LOKASI : HOSPITAL)


Aku merenung sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Tubuh itu ialah tubuh ku. Tubuh ku yang sebenar iaitu Kim Yumi.

"Adik jumpa unnie pengsan kat bilik. Doktor kata, salur darah kat otak unnie hampir pecah. Puncanya sebab unnie tak cukup rehat. Mungkin sebab unnie terlalu study"

Kata-kata Yuna terngiang di telinga ku.

'Kalau jasad ku terbaring kat sini, di mana Kim Seokjin yang sebenarnya?' Bisik hati ku.

Tiba-tiba pintu dibuka kasar dari luar.

Yuna datang menghampiri ku dengan muka yang cemas.

" Kenapa ni? " Tanya ku.

Tanpa menjawab soalan ku, Yuna menghulurkan smartphonenya kepada ku.

"Baca."

Aku pun terus mengambil smartphone dari tangannya.

Aku terpana melihat apa yang ku baca di skrin itu.

Aku melihat ke arah Yuna.
Yuna melihat ku dengan mata yang berkaca.

"Kenapa jadi macam ni? Apa akan jadi dengan Seokjin Oppa? Apa yang akan terjadi dengan BTS?" Ujar Yuna sambil mennagis teresak-esak.

Aku hanya memandang Yuna menangis. Otak ku terasa kosong. Masalah yang wujud semakin besar.

Aku mengeluh sambil membaca headline berita di smartphone.

" BTS JIN MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PELAJAR SEKOLAH "




______________________________


BERSAMBUNG..


~ Hi, gaiss. Sorry sebab dah lama tak update story baru. 🙏😭
~ Terima kasih sebab sudi follow dan baca story saya. 😚
~ Teruskan support dan  jangan lupa vote, ya.🥺
~ Borahae 💜

WHO AM IWhere stories live. Discover now