Jantung ku berdebar kencang. Peluh membasahi dahi ku. Tangan ku yang sedang mengenggam mikrofon pula mula menggigil.
Tiba-tiba muzik mula dimainkan.
"Bultaoreune~ 🎵🎶"
. Dan.. Persembahan pun bermula.
______________________________
Aku tunduk memandang lantai. Tidak berani untuk mengangkat wajah melihat wajah-wajah members BTS yang sedang merenung tajam ke arah ku.
"Hyung. Boleh terangkan apa yang terjadi tadi?" Tanya RM.
Aku hanya mendiamkan diri.
"Kenapa hyung turun dari pentas semasa kita tengah persembahan tadi?" Tanya Suga pula.
Namun aku terus mendiamkan diri.
Jimin duduk di sebelah ku. Dia meletakkan tangannya di bahu ku.
"Hyung sakit ke? Atau hyung ada masalah? Share lah dengan kami." Kata Jimin pula dengan suara yang lembut.
'Alahai. Sweetnya Jimin ni.' Detik hati kecil ku.
"Haah. Rasanya saya tahu kenapa Jin hyung tiba-tiba turun dari pentas." Tiba-tiba Taehyung mencelah.
"Kenapa?" Tanya Jungkook.
Semua members termasuk aku memandang ke arah Taehyung.
"Sebab Jin hyung sakit perut dan nak pergi tandas, kan? Hahahaha" Gurau Taehyung sambil tergelak.
Jungkook terus menyiku kepala Taehyung.
"Hishhh. Tengah serius macam ni, nak juga buat lawak"
Aku memberanikan diri untuk bersuara.
"Sebenarnya.. Aku tak boleh menyanyi. Menari lagi lah tak boleh"
"Apa maksud hyung?" Tanya Jhope.
"Errr.. Aku bukan Kim Seokjin. Aku pun tak tahu macam mana boleh terperangkap di dalam badan ni." Ujar ku tergagap-gagap.
Semua members berkerut memandang ku.
"Hahahahahahahaha"
Kemudian mereka serentak ketawa ke arah ku.
"Ini bukan lawak. Aku serius. Aku bukan Kim Seokjin. Aku Kim Yumi." Tegas ku sekali lagi.
Kali ini aku memandang tajam ke arah mereka, menandakan bahawa aku serius.
Mereka semua terdiam.
"Tak apalah. Sekarang kita balik ke agensi Bighit dulu. Bang PD nim nak jumpa kita. Nanti kita bincang kat sana." Kata RM.
Semua members mula berdiri dan keluar dari bilik itu. Dengan langkah yang berat, aku menuruti mereka.
**************
Suasana sunyi menyelubungi kereta Hyundai Nexo itu. Masing-masing melayan perasaan sendiri tanpa ada seorang pun yang bersuara.
"Kenapa senyap sangat ni? Saya pasang radio, ya." Kata Manager BTS sambil menekan punat radio.
"Berita hari ini.
ARMY yang merupakan peminat kumpulan KPOP terkenal, BTS meluahkan rasa kecewa dengan persembahan BTS hari ini. Ahli kumpulan itu iaitu Jin dilaporkan melarikan diri dari pentas. Pihak kami sedang cuba menghubungi pihak Bighit Entertainment untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung insiden tersebut."Aku mengeluh mendengar siaran berita tersebut. Aku mengerling melihat members yang lain. Mereka semua tunduk. Riak sedih dan kecewa jelas terpampang di wajah mereka. Rasa bersalah mula menyelubungi hati ku.
*******************
(Lokasi : Bilik mesyuarat Bighit Entertainment)
"Bang PD nim akan sampai lewat sikit. Mungkin 10 minit lagi dia sampai" Kata Manager BTS.
Aku pun berdiri.
"Guys. Saya nak ke tandas kejap." Ujar ku.
"Ok hyung."Jawab Jungkook.
Aku pun keluar dari bilik mesyuarat itu.
" Namjoon. Kenapa dengan Jin hyung tu? " Jhope mula bersuara. Hatinya berasa risau dengan perwatakan pelik yang ditunjukkan oleh Jin.
RM mengeluh.
"Selamat pagi."
Belum sempat RM bersuara, Bang PD nim telah muncul di muka pintu.
"Ok. So. Apa yang berlaku dengan persembahan hari ni?" Tanya Bang PD nim tegas.
"Err. Kami pun tak tahu, PD nim." Jawab RM.
"Tak tahu? Kamu tak tahu? Awak sebagai ketua patut tahu tentang ni, Namjoon." Bang PD nim mula meninggikan suara.
"Mana Seokjin? Kenapa dia lari waktu persembahan? " Tanyanya lagi.
"Seokjin hyung pergi ke tandas. Tapi PD nim. Ada sesuatu yang pelik dengan Seokjin hyung" Kata Suga.
"Apa maksud kamu."
Suga memandang members yang lain. Members lain menganggukkan kepala.
"Err.. Jin hyung agak pelik hari ni. Dia kata, dia bukan Kim Seokjin. Tapi dia Kim Yumi. Dia terperangkap di dalam badan Jin hyung." Jelas Suga.
Bang PD nim terlopong mendengar penjelasan itu.
"Dia bergurau ke?"
Semua members menggelengkan kepala.
"Kami yakin dia tak bergurau. Kami dah kenal sangat dengan Jin hyung. Kami boleh tahu sama ada dia serius atau bergurau. Lagi pun sikap dia memang pelik hari ni. Macam bukan Jin hyung yang kami kenal." Kata RM.
Bang PD nim menggelengkan kepala dan melepaskan keluhan.
" Kalau macam tu, kita tak ada pilihan lain. Kita kena hantar Seokjin ke Pakar Psikiatri atau... " Bang PD nim tidak meneruskan ayatnya.
Dia merenung ke arah members.
" Atau...? " Jimin bersuara.
"Atau.. Kita kena keluarkan Kim Seokjin dari BTS." Bang PD nim meneruskan ayatnya.
"Apaaa???"
Semua members BTS terperanjat. Masing-masing terlopong mendengar ayat yang diucapkan oleh CEO mereka itu.
Apakah nasib yang bakal menimpa Kim Seokjin?
Adakah kegemilangan BTS akhirnya telah sampai ke penghujungnya?
____________________________
BERSAMBUNG.
~ Thanks for the support.
~ Mohon untuk vote, ya 😉
~Borahae 💜💜💜💜💜💜💜
YOU ARE READING
WHO AM I
Hayran Kurgu"Siapa aku? Macam mana aku boleh terperangkap di dalam tubuh ini?" Kim Seokjin bangun daripada tidurnya dengan roh yang berbeza.