PART 7

83 9 4
                                    


Pipi ku terasa panas dan sakit. Sebaik sahaja aku mengucapkan ayat tersebut, RM melayangkan sebuah penumbuk di pipi kanan ku. Aku jatuh tersungkur di atas sofa.

" Hyungggg. " Jerit members yang lain.

_______________________________

Aku menggosok pipi ku yang perit sambil memandang satu persatu wajah members BTS.

Jungkook, Taehyung dan Jimin sedang menangis.

Suga dan JHope pula terpaku melihat ku dan RM.

RM tunduk memandang lantai sambil mengetapkan bibirnya.

Aku terus berdiri lalu berlari keluar meninggalkan dorm itu. Aku keluar tanpa mempedulikan suara members BTS yang memanggil ku berkali-kali.



               ***************


Kaki ku berlari yang tanpa arah tuju membawa aku ke sini. Aku kini di Taman Permainan di hadapan rumah Kim Yumi. Atau lebih tepat, rumah ku sendiri. Aku duduk sambil memeluk lutut.

Aku menutup muka ku menggunakan topi untuk mengelakkan orang lain mengecam wajah ku (wajah Kim Seokjin).

Tiba-tiba aku melihat seseorang yang sangat ku kenali.
Mata ku membulat melihat adik ku, Kim Yuna sedang berjalan menuju ke rumah.

Aku segera berlari menghampirinya.

"Yuna" Panggil ku.

Aku berdiri di hadapannya sambil tunduk tercungap-cungap.

Mata Yuna membulat melihat ku.

"Oppa... Seokjin oppa..." Jerit Yuna lantang.

Aku segera menutup mulutnya.

"Janganlah jerit. Nanti orang lain dengar." Marah ku.

Yuna menganggukkan kepala sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Apa oppa buat kat sini? Macam mana oppa boleh ada kat sini? Macam mana oppa boleh kenal saya?" Tanya Yuna bertalu-talu.

"Mana Yumi?" Tanya ku tanpa menjawab soalannya.

"Macam mana oppa kenal kakak saya?" Kening Yuna berkerut.

"Jawab sajalah, kenit."

Yuna terpinga-pinga. 'Kenit' ialah gelaran yang kami sekeluarga beri untuknya.

Melihat reaksinya tu, aku pun menceritakan apa yang terjadi kepada ku.

Yuna terlopong. Tapi melihat riak wajah dan matanya, aku tahu dia mempercayai ku.

"Ya, akak tau semua ni macam mustahil. Tapi ini memang betul-betul berlaku. Yuna, mana badan akak yang sebenar?" Kata ku.

" Badan akak.. Ada di... " Yuna tidak menghabiskan ayatnya.

Yuna mula menangis. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan.

Aku terpaku melihat Yuna menangis.

"Dah. Jangan nangis." Pujuk ku lalu memeluk Yuna. Aku mengusap kepala Yuna untuk menenangkannya.

Tanpa ku sedari, rupa-rupanya ada seseorang yang sedang memerhatikan setiap tingkah laku ku sejak tadi. Orang itu tersenyum sinis melihat apa yang berlaku di hadapan matanya kini.

______________________________

BERSAMBUNG...

~ Sorry, tak dapat update selalu sebab agak busy kebelakangan ni.
~Give me a vote & comments, ya 😉
~ Borahae 💜💜💜💜💜💜💜

WHO AM IWhere stories live. Discover now