BAB 06

2.1K 54 5
                                    

HADRIAN telah selesai mengemas semua barang-barangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HADRIAN telah selesai mengemas semua barang-barangnya. Tinggal satu kotak lagi yang belum ditutup. Langkah kakinya tenang menghampiri kotak sederhana besar itu. Dia menarik nafas panjang setelah melihat isi kotak tersebut. Tangannya bergerak lalu kotak baldu berwarna biru tua itu diambil. Kotak baldu itu dibuka. Cincin pemberiannya pada Inara masih elok. Masih bersinar.

Hadrian rasa, seperti baru semalam dia terjebak lalu melakukan kerosakan. Kerosakan yang dilakukannya tanpa sedar. Dia pencetus pada kacau-bilau yang berlaku. Kalau dia ada magis sakti, pasti dia akan pergi ke masa lalu dan menukar jalan penyelesaiannya. Banyak hati yang takkan terluka kalau dia berani memilih penyelesaian yang lain.

Namun semua itu takkan berlaku. Sudah terlambat. Dia hanya boleh mengenang masa silam, dan berharap dia tidak melakukan kesilapan sama untuk kali kedua.

"Inara," panggilnya tanpa sedar. Dia mengorak senyuman untuk Inara, biarpun Inara belum melihatnya. Inara yang selalu memakai kurung kain kapas bercorak bunga halus, tak susah untuk dicari. Sorotan bening Inara boleh membuai jiwa. Jadi, dia cuma perlu mencari kelompok lelaki yang dimabuk asmara, di situ pasti dia akan menemui Inara.

"Dah lama awak sampai?" Dia melontarkan ayat bersama senyuman yang susah mahu hilang dari bibirnya. Dan senyuman itu akhirnya beransur hilang setelah melihat Inara secara dekat. Inara basah dengan air mata. Bawah matanya juga gelap. Lebih tepat lagi, Inara nampak tidak terurus dan seperti ada masalah besar. Ini bukan Inara yang dia kenal selama ini.

"Inara?" Dia tidak jadi menarik kerusi di depan Inara, sebaliknya memilih kerusi di sisi wanita itu.

"Kenapa ni? Awak bergaduh dengan Iman lagi?"

Soalannya hanya membuat air mata Inara jatuh semula. Resah hatinya. Dia lelaki yang tidak pandai memujuk hati wanita. Dia harap, Inara tidak hanyut dengan air mata.

"Inara, beritahu saya apa masalah awak?" Penuh tertib susunan bahasa dan tona suaranya.

"Tempat ni tak sesuai. Kita ke tempat lain," ujarnya lagi setelah menyedari tiga pasang mata mula memberi perhatian padanya dan juga Inara.

Malang sekali, gelengan kepala Inara menyambut cadangannya. Inara juga memaut kemas lengannya.

"Saya takut, Hadrian." Suara Inara antara dengar dengan tidak sahaja. Baru dia sedar, tangan Inara mengeletar.

"Takut?" sebutnya.

"Takut kenapa?" sebutnya lagi. Sekarang dia meminta penjelasan. Jelas di matanya, Inara memandang sekeliling. Gaya Inara seperti ada orang yang memerhatikannya.

"Kenapa ni?" desaknya lagi dengan kerutan di dahi yang semakin teruk.

Inara sekadar menggelengkan kepala. Kemudian tidak semena-mena, Inara memeluknya. Erat pelukan Inara.

Masya-Allah, bukan pelukan Inara yang dia dambakan. Dia dambakan penjelasan Inara. Namun aneh, dia tidak meleraikan pelukan Inara. Malah dia menikmati pelukan wanita itu. Haruman dan kehangatan Inara cukup mendamaikan, sehingga dia lupa tentang dosa yang terpalit padanya.

MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now