"Kami dah putus mama. Kami dah tak sehaluan. Iman pun dah pulangkan cincin tunang pada Taufik."
Mama memandang Taufik dan kemudian Iman semula. Setelah itu, pegangan tangan Iman dileraikan. Muka mama merah padam. Mama marah dan Iman telah bersedia menerima impak kemarahan mama. Dia sudah biasa di marah. Cuma sejak skandal yang melanda Inara sahaja, mama sudah berhenti memarahinya.
"Kenapa putus tanpa berbincang dengan mama dulu? Masa kamu berdua bertunang, penuh adat. Takkan bila putus, langsung tak beritahu mama?"
Iman diam kali ini.
"Mama Taufik dah tahu?"
Perlahan-lahan Taufik menggelengkan kepalanya.
"Ya, Allah... apa kamu berdua dah buat ni? Kenapa buat keputusan melulu? Iman dengan Taufik dah nak kahwin tak lama lagi. Barang hantaran semua dah siap beli."
"Keputusan ni tak melulu, mama. Hubungan kami berdua dah tak boleh diselamatkan lagi. Iman tak nak paksa Taufik. Iman tak nak Taufik ceraikan Iman selepas kami berkahwin nanti. Sebelum keadaan tu berlaku, lebih elok Iman cegah."
Mama terus bangkit. Tajam sorotan matanya menikam anak mata Iman.
"Mama tak sangka Iman macam ni. Mama kecewa!"
Nota bonda PK:
Kalau suka dengan entri ni, jangan lupa vote. Tinggalkan komen sekali.Kalau ada pertanyaan, wasap la sales team kami.
YOU ARE READING
MENYAYANGIMU
RomanceNurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama. Apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sek...