Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama.
Apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Iman terus naik ke tingkat atas. Pintu belum sempat bertutup rapat, dia telah dikejutkan dengan balingan buku yang mengenai tubuhnya. Kemudian menyusul lagi satu buku sebelum dia sempat menangkap pergelangan tangan Ilya.
"Apa ni, Ilya? Itu semua buku-buku kesayangan kakak.”
"Buku tu semua memang patut dibaling pada kakak!” Ilya menengkingnya.
"Apa masalah Ilya sekarang ni? Apa lagi yang tak kena?”
"Kakak sengaja nak buat saya malu! Kakak tak ikhlas lepaskan abang Taufik. Saya dah agak dah. Kakak mesti nak balas dendam. Kakak sengaja pura-pura lepaskan abang Taufik, kemudian bila saya leka, kakak nak rampas abang Taufik semula. Saya dah tahu permainan kakak!"
Merepek apa Ilya ni? Kenapa Iman rasa, Ilya seperti meminta Iman hilang sabar?
"Kakak tak malu ke? Abang Taufik dah tak nak kakak. Dia dah jijik dengan kakak. Yang kakak terhegeh-hegeh merayu dia lagi kenapa?"
Teruk Ilya merepek. Bukan sahaja merepek, Ilya juga menuduhnya yang bukan-bukan.
"Kakak ni nama saja Iman, tapi serupa orang tak ada iman. Perampas!"
Nota bonda PK: Kalau suka dengan entri ni, jangan lupa vote. Tinggalkan komen sekali.
Kalau ada pertanyaan, wasap la sales team kami.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.