"Saya datang jumpa mama awak."
Okey, Hadrian sekadar mahu bertemu dengan mama. Mama tidak patut menyuruhnya turun untuk bertemu dengan Hadrian.
"Awak dah jumpa mama."
"Mama awak cool."
Okey, Hadrian sedang memuji mama. Entah apa niatnya.
"Adik-beradik awak pun cool."
Mata Iman tidak berkelip membalas renungan mata Hadrian.
"Awak tak nak puji kucing kami sekali?" Jari telunjuk Iman terarah pada tiga ekor kucing milik keluarganya. Kucing jenis Scottish Fold.
Sorotan mata Hadrian serta-merta bertukar tajam. Sorotan yang membuat sistem amaran di dalam kepala Iman berbunyi. Kemudian tiba-tiba sahaja tawa Hadrian meletus. Iman sempat terkejut. Kedua-dua belah keningnya naik sedikit.
"Maybe after I'm done with the second reason I'm here."
Oh, Hadrian ada sebab kedua. Iman dapat rasa udara di sekeliling berubah jadi menyesakkan.
"Apa sebab kedua tu?"
Hadrian tidak segera menjawab. Dia memicit tengkuknya. Merenung ke depan sebelum renungannya singgah pada mata Iman. Bibirnya mengorak senyuman tipis. Terlalu tipis. Terlalu membuai perasaan Iman.
"I wanted to say assalamualaikum."
🍭Ahmad Hadrian
💋Nurul Inara
🌸Nurul Iman🍭🍭🍭
Korang tunggu cerita SUPER SWEET ni, kan? Kan?? Kan??? Baik mengaku. Kalau tak mengaku, lambat lagilah MENYAYANGIMU nak jumpa korang 🤭🤭🤭
YOU ARE READING
MENYAYANGIMU
RomanceNurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama. Apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sek...