Lelaki Gasar

1.5K 16 0
                                    

"Kalau awak tak beri jawapan yang boleh puaskan hati saya, perkahwinan kita besar kemungkinan takkan jadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau awak tak beri jawapan yang boleh puaskan hati saya, perkahwinan kita besar kemungkinan takkan jadi."

"Awak takkan batalkan majlis kita."

"Tak ada apa yang boleh halang saya. Kalau saya nak batal, saya boleh batalkan," luah Iman dengan beraninya. Buat pertama kalinya, dia rasa dia telah menang besar kali ini. Dan rasa menang besarnya cuma bertahan lima saat. Hadrian tiba-tiba sahaja berhenti bersandar lalu mendekatkan wajahnya pada Iman. Walaupun masih besar jarak yang memisahkan mereka berdua, tetap juga berhasil membuat Iman tidak keruan.

"I'm not giving you a choice, sweetheart..." ujar lelaki itu. Lembut tetapi penuh dominan.

"... And neither is it a request. You need to do what I tell you. Perkahwinan kita mesti diteruskan atau..."

"Atau apa, Hadrian?"

Ya Tuhan, Iman sendiri terkejut dengan keberaniannya sekali lagi mencabar Hadrian. Dia benar-benar sedang menempah bala. Bala besar!

"Saya minta awak berkompromi secara baik, Nurul Iman."

Peluh reniknya seperti berlumba-lumba mahu tumbuh. Cara Hadrian menyebut nama penuhnya terlalu meresahkan sekeping hati perempuannya.

"Jadi tolong berkompromi dengan baik. Saya belum bertukar jadi lelaki gasar. Not yet. So, if you want to make this hard for yourself, go ahead. Dengan senang hati saya akan melayan semua kerenah awak... Tapi dengan cara lelaki gasar."

Nota BONDA PK:
Untuk menempah, wasap admin
010 449 7835

𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗢𝗧 𝟭𝟴+ ============="Saya tak bercinta dengan tuan dan tuan jangan samakan saya dengan semua skandal tuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗢𝗧 𝟭𝟴+
=============
"Saya tak bercinta dengan tuan dan tuan jangan samakan saya dengan semua skandal tuan. Saya lain."

"Lain yang macam mana? Bukan semua perempuan sama ke? Ada sepasang mata. Sepasang tangan. Sepasang gunung-ganang. Sepasang kaki."

"Tuan ni kenapa? Saya maksudkan lain. Bukan yang sepasang-sepasang!" Menggigil-gigil sepuluh jarinya menahan rasa geram yang bergolak-golak di dalam hatinya.

"Saya tengah bercakap tentang maruah. Saya ada maruah. Saya tak murah," sambungnya lagi. Lebih berapi-api.

"Saya tahu awak ada maruah. Saya tak pernah rasa awak murah. Kalau awak murah Hazel, dah lama saya bawa awak ke bilik tidur saya. Kita ukur tubuh badan masing-masing."

Hampir meletup kepala Hazel mendengar celoteh Tuan Ahadiat. Naik tegak seluruh bulu romanya.

"Let me guess... 36-24-36. Itu saiz badan awak sekarang."

"Apa tuan merepek ni?! "

𝗦𝗶𝗻𝗼𝗽𝘀𝗶𝘀/ 𝗕𝗹𝘂𝗿𝗯:
"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula. Deal?"
"Ini deal sementara saja, kan?"
"Tak. Ini deal seumur hidup."

Demi mendapatkan semula kekasih hatinya, tak mengapalah Hazel terjun dalam komplot jahat. Demi Raja Adib, tak mengapalah dia bersekongkol dengan Tuan Ahadiat.

"Tuan, pegang tangan saya!"
"Tuan, peluk saya cepat!"
"Tuan, cium pipi..."

"Hazel, pegang tangan, peluk dan cium pipi awak tak pernah masuk dalam komplot kita berdua. Jangan buat hal dengan saya!"

Demi Raja Adib, Hazel langgar semua protokol komplotnya bersama Tuan Ahadiat. Natijahnya, ada yang salah faham. Keluarga Tuan Ahadiat datang bersama cincin lamaran.

"Tuan, sekarang macam mana? Takkan kita nak berkahwin?"

"Saya tak tahu. Saya minta awak jangan terima lamaran keluarga saya. Tapi awak terima juga. Kenapa?"

Ya, kenapa dia tak menolak? Yang Hazel dambakan Raja Adib, bukannya Tuan Ahadiat. Sampai sakit-sakit kepala Hazel memikirkan hal tersebut. Tahu-tahu sahaja dia telah menjadi milik Tuan Ahadiat.

Lebih parah, Tuan Ahadiat itu hatinya telah lama dimiliki wanita lain. Dan wanita lain itu, sah-sahlah bukan Hazel. Hazel pun tahu cemburu juga.

"So, why has Little Red trespassed upon the property of the big, bad wolf?" Tuan Ahadiat sengaja meleretkan sebutan big-bad-wolf. Kemudian, tudung bawal warna merah yang berada di atas kepala Hazel dibetul-betulkan. Detik itu juga, tekak Hazel mengering ketika dia cuba memberi sepenuh perhatian pada Tuan Ahadiat.

"Saya nak tahu kenapa tuan sanggup jumpa Raihana di belakang saya?"

"Sebab saya dan Raihana, ada urusan jiwa yang belum selesai." Bahunya ditepuk-tepuk lembut oleh Tuan Ahadiat sebelum ditolak, juga dengan cara sangat lembut.

"Now go, sebelum saya tanggalkan baju awak satu-persatu."

Komplot Hazel melebur. Tetapi macam mana kalau... kalau sebenarnya ada komplot yang lebih besar sedang berlangsung? Komplot yang dirahsiakan! Komplot yang menakutkan!

"Saya jahat." - Hazel

MENYAYANGIMU Where stories live. Discover now