"Mak su dah tahu hal Taufik dan Ilya. Dan mak su bangga dengan Iman."
"Iman tak nak paksa Taufik."
"Iman buat keputusan betul. Dari awal Iman bersama dengan Taufik lagi, mak su dah membantah. Bukan mak su tak suka Taufik, tapi mak su rasa Taufik tak cukup bagus untuk jaga Iman."
Kerutan mulai terlukis pada dahi Iman.
"Kenapa?"
"Sebab Iman terima dia atas dasar simpati. Iman bukan suka Taufik."
"Mana mak su tahu saya tak suka Taufik?"
"Cara Iman pandang Taufik. Tak bercahaya dan tak bersemangat. Bukan macam orang tengah mabuk asmara, tapi macam orang yang tak sabar-sabar nak bercerai."
Iman tergelak mendengar kata-kata Mak Su Halijah. Dia tak tahu pula begitu caranya memandang Taufik. Namun bila difikirkan semula, Mak Su Halijah betul. Dari awal perkenalannya, dia memang tidak pernah memberikan hatinya pada Taufik. Cuma kesungguhan Taufik yang membuatnya bersetuju untuk bergelar kekasih pada lelaki itu.
"Selepas ni kalau Iman nak pilih lelaki, pilih lelaki yang menggetarkan jiwa dan raga Iman pada pandangan pertama. Lelaki yang membuat Iman nampak masa depan bersamanya."
Nota BONDA PK:
Untuk menempah, wasap admin
010 449 7835𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗢𝗧 𝟭𝟴+
=============
"Saya tak bercinta dengan tuan dan tuan jangan samakan saya dengan semua skandal tuan. Saya lain.""Lain yang macam mana? Bukan semua perempuan sama ke? Ada sepasang mata. Sepasang tangan. Sepasang gunung-ganang. Sepasang kaki."
"Tuan ni kenapa? Saya maksudkan lain. Bukan yang sepasang-sepasang!" Menggigil-gigil sepuluh jarinya menahan rasa geram yang bergolak-golak di dalam hatinya.
"Saya tengah bercakap tentang maruah. Saya ada maruah. Saya tak murah," sambungnya lagi. Lebih berapi-api.
"Saya tahu awak ada maruah. Saya tak pernah rasa awak murah. Kalau awak murah Hazel, dah lama saya bawa awak ke bilik tidur saya. Kita ukur tubuh badan masing-masing."
Hampir meletup kepala Hazel mendengar celoteh Tuan Ahadiat. Naik tegak seluruh bulu romanya.
"Let me guess... 36-24-36. Itu saiz badan awak sekarang."
"Apa tuan merepek ni?! "
𝗦𝗶𝗻𝗼𝗽𝘀𝗶𝘀/ 𝗕𝗹𝘂𝗿𝗯:
"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula. Deal?"
"Ini deal sementara saja, kan?"
"Tak. Ini deal seumur hidup."Demi mendapatkan semula kekasih hatinya, tak mengapalah Hazel terjun dalam komplot jahat. Demi Raja Adib, tak mengapalah dia bersekongkol dengan Tuan Ahadiat.
"Tuan, pegang tangan saya!"
"Tuan, peluk saya cepat!"
"Tuan, cium pipi...""Hazel, pegang tangan, peluk dan cium pipi awak tak pernah masuk dalam komplot kita berdua. Jangan buat hal dengan saya!"
Demi Raja Adib, Hazel langgar semua protokol komplotnya bersama Tuan Ahadiat. Natijahnya, ada yang salah faham. Keluarga Tuan Ahadiat datang bersama cincin lamaran.
"Tuan, sekarang macam mana? Takkan kita nak berkahwin?"
"Saya tak tahu. Saya minta awak jangan terima lamaran keluarga saya. Tapi awak terima juga. Kenapa?"
Ya, kenapa dia tak menolak? Yang Hazel dambakan Raja Adib, bukannya Tuan Ahadiat. Sampai sakit-sakit kepala Hazel memikirkan hal tersebut. Tahu-tahu sahaja dia telah menjadi milik Tuan Ahadiat.
Lebih parah, Tuan Ahadiat itu hatinya telah lama dimiliki wanita lain. Dan wanita lain itu, sah-sahlah bukan Hazel. Hazel pun tahu cemburu juga.
"So, why has Little Red trespassed upon the property of the big, bad wolf?" Tuan Ahadiat sengaja meleretkan sebutan big-bad-wolf. Kemudian, tudung bawal warna merah yang berada di atas kepala Hazel dibetul-betulkan. Detik itu juga, tekak Hazel mengering ketika dia cuba memberi sepenuh perhatian pada Tuan Ahadiat.
"Saya nak tahu kenapa tuan sanggup jumpa Raihana di belakang saya?"
"Sebab saya dan Raihana, ada urusan jiwa yang belum selesai." Bahunya ditepuk-tepuk lembut oleh Tuan Ahadiat sebelum ditolak, juga dengan cara sangat lembut.
"Now go, sebelum saya tanggalkan baju awak satu-persatu."
Komplot Hazel melebur. Tetapi macam mana kalau... kalau sebenarnya ada komplot yang lebih besar sedang berlangsung? Komplot yang dirahsiakan! Komplot yang menakutkan!
"Saya jahat." - Hazel
YOU ARE READING
MENYAYANGIMU
RomanceNurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama. Apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sek...