Yerin memandang Haechan dan Youngjae yang baru masuk ke dalam bilik kelab.
Haechan tersenyum nipis. "Aku yakin, mesti diorang tak gaduh, Tenang je aku tengok." bisik Yerin, Areum hanya mengangguk.
"Settle da benda bodoh ni? Jom, aku nak balik." Hwall bangun dari kerusi kelas itu sebelum langkahnya terhenti dek kaki Yerin yang menghalang.
"Kau ni memang tak reti sabar sekejap ke?".
Alright, semua dah berjaya selesaikan misi ni.. Tetapi malangnya disebabkan kecuaian ahli kami.. Kunci pagar sekolah tercicir.. Spare keys ada dekat saem singa.. Kami masih menjejak rumah saem singa.. Harap ahli dapat bersabar hingga hari ahad.. Ada baju dekat loker kan? Alatan mandi kitaorang dah sediakan-- Bbip!
"HAH?!!!".
" K-kunci pagar hilang? ", Hwall hampir kehilangan kata-kata.
" Abang!!!!! Yerin nak balik!!! ".
" Mampuslah aku kena bebel dengan Pakcik aku nanti!!! ".
" Renjun oppa!! Arin nak balik!!", Arin menggoncang lengan Renjun.
"Jaemin! Apa benda ni?!".
Keadaan kucar-kacir sebentar, ada yang menangis, ada yang hampir naik gila kerana terlalu penat dan tak boleh pulang.
" Aku penat.. Jomlah mandi! ",kata Areum.
Yerin mengangguk sebelum melangkah keluar dari kelas.
-
" Aku lapar dowh.. Nak makan apa?",soal Areum.
"Entah.. Itik tu tak cakap apa-apa pun pasal makanan.. Memang nak kita mati agaknya.. ", balas Yerin.
" Korang nak pergi mana?!",soal Areum melihat Hwall, Youngjae dan Sunwoo berjalan meninggalkan bilik kelab.
"Aku tak nak kebulur dekat sini!", balas Hwall, sinis.
" Woi! Tunggulah!".
-
Sampai di cafeteria, Hwall mengeluarkan dawai besi dan pin rambut.
Dia mula menjalankan operasi membuka bilik bekalan makanan cafeteria.
"Wow.. Bijak-bijak!", puji Youngjae.
" Heh! Mestilah!".
"Dia pandai sebab nak merompak rumah orang la tu!", sindir Areum dari jauh.
Yerin mengekek ketawa.
" Diamlah! ",balas Hwall.
" Tak boleh bukak lagi ke? ",soal Sunwoo.
" Sabarlah!".
Bam!
"Uwah.. ", mereka semua melopong apabila Areum menendang pintu itu tanpa sebarang amaran.
" Woi! Kalau terkena aku tadi, siap kau!",ugut Hwall.
"Kau yang terhegeh-hegeh tadi! ", balas Areum selamba.
Mereka mengambil segala jenis makanan yang tahan lama, tak lain tak bukan ramen.
-
" Rock, paper, scissors! ".
Areum- Kertas.
Hwall- Batu.
" Areum!! Aku sayang kau!!",Yerin pantas memeluk tubuh Areum erat.
Haechan dan Renjun sudah bergelek gembira.
Jaemin hanya diam.
Sebaliknya untuk Arin, Hani dan lagi tiga ketul tu, mereka sudah mengeluh kecewa.
"Dah cepat! Pergi basuh pinggan mangkuk ni! Kitaorang masuk tidur dulu!", mereka berlima melangkah menuju ke kelas, nak tidur.
loading chapter 013...
LOADING COMPLETED
YOU ARE READING
{OG}A;TEEN
FanfictionTeach me, Yuta saem! Season 2! Untuk season 2 aku akan fokuskan The Chaos; Renjun, Haechan, Yerin, Areum. Memang selama ni aku fokus kat dorang je, heh! -_-" Start; 4 January 2020 End;