BAB 19
Haihh..dah kenapa pula majikan aku yang dominan dan bossy tu sibuk memanggang ayam? Aduhh..masalah ni! Lelaki itu kelihatan sedang rancak berborak dengan Abang Lan dan Abang Daus. Aku melarikan anak mata ke arah 4 orang pekerja yang memang didatangkan khas dari pihak katering untuk membantu kerja BBQ di sini. Maklumlah, ramai juga tetamu malam ni.
Mahu tak mahu aku melangkah juga ke arah ruang BBQ tersebut. Pashmina yang melilit tubuh aku kemaskan kedudukannya. Kalau Tuan Aidid sedang sibuk memanggang ayam di bahagian hujung sana, aku pula terus ke bahagian yang paling kanan untuk mengambil ayam bakar di dalam tray. Sedaya upaya aku menjarakkan diri darinya.
Buntang mata merenung ke dalam tray besi di hadapan mata. Alamak..tinggal seketul ayam je? Tu pun baru je disambar oleh seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 12 tahun. Baru sahaja tanganku hendak mengambil udang galah, suara seseorang menerjah telinga.
"Tia..nak ayam ke?"
Terus aku menoleh ke arah Abang Lan yang berada di hujung sana. Aduh, masalahnya Tuan Aidid yang berkemeja biru denim itu pun sedang tenung aku. Mulalah hati aku tak senang duduk. Mahu tak mahu aku menganggukkan kepala kepada Abang Lan.
"Aa..ye, Abang Lan." Ujarku sambil menganggukkan kepala ke arah Abang Lan. Namun aku masih pegun di hujung sini.
"Tuan Aidid..ayam tu dah masak ke?" Soal Abang Lan pada lelaki yang sedang sibuk memanggang ayam di sebelahnya tu.
"Lagi 2 minit." Balasnya ringkas. Serius betul wajahnya tu.
"Kenapa duduk jauh-jauh sangat tu? Dekatlah sikit." Bicara Abang Lan.
Mahu tak mahu aku melangkah ke arah Abang Lan. Apabila aku berada aje di hadapannya, terus Abang Lan menyiku Tuan Aidid.
"Kenapa duduk jauh sangat tadi? Tuan Aidid tak makan orang la. Betul tak Tuan Aidid?" Soal Abang Lan dalam nada seloroh.
Eiii Abang Lan ni! Huru-hara terus jadinya hati aku. Bibir aku ketap geram. Tapi, tiba-tiba Tuan Aidid mengangkat wajah. Dia mula mula tenung aku untuk seketika dan terus bersuara dengan sangat serius.
YOU ARE READING
Perfectly Halal [ TERBIT : JULY 2022 - PENERBITAN KAKI NOVEL ]
RomanceFATIHAH NABILA | AIDID AQASHAH《Tentang kita yang terikat dengan percaturan takdir》 Assalamualaikum all! Akhirnya, terbit juga novel ni ❤ Pembelian boleh dilakukan di Shopee - kakinovel_official ❤️ ada diskaun 8% yayy!! Novel ini juga akan dijual...