**take your time to read yaa..kali ni ada banyak babak dan sangat panjang!**
BAB 9
Setelah memparkir skuter di bawah garaj yang letaknya di sebelah kanan rumah, cepat-cepat aku melangkah ke arah banglo di hadapan mata. Nampaknya keadaan taman yang cantik dengan kolam hiasan tidak mampu membuatkan diri aku tenang. Memang semenjak si Qashah tak guna tu muncul dalam banglo mewah ini, kehidupan aku sudah jadi tak tenteram! Tengok, nak datang bekerja pun kena terhendap-hendap macam pencuri.
Di pagi yang hening ini aku melangkah perlahan ke arah pintu utama rumah kediaman Datin Mahani. Janganlah terserempak dengan lelaki tu. Malas nak dengar rayuannya yang panjang berjela nanti. Takut juga hati aku goyah. Maklumlah, hati ni sentiasa berbolak-balik sifatnya. Haih!! Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Anak mata merenung seketika ke arah pintu kayu sebelum membongkokkan tubuh. Baru sahaja hendak membuka kasut, terdengar suara sayup-sayup seseorang di dalam sana. Terus anak mata melekat pada pintu yang sedikit renggang itu.
Confirmed itu suara dia!
"Relax la papa..penat study tak habis lagi. Nanti-nantilah masuk office tu."
Memang confirmed itu suara Qashah! Kepala yang tak gatal aku garu. Macam mana nak masuk ke dalam ni? Aduhhh..masalah betullah!
"Bila nak habis penat tu? Entah-entah sampai tahun depan pun tak habis penat kamu."
Kedengaran satu suara yang sangat matang membidas lelaki itu. Ha..itu mesti suara Dato' Aziz. Walaupun dah beberapa hari bekerja di sini, aku masih tidak bertemu muka dengan lelaki itu lagi.
Eleh si Qashah tu! Penat study konon! Ke penat buat drama dengan Emylia??! Aku mencebikkan bibir sambil memasang telinga. Tak jadi terus nak tanggalkan kasut di kaki.
"Papa..please..don't pressure me. Lagipun Aidid is there for you, kan? Biarlah dia aje tolong papa. Qashah tak habis stress belajar pun lagi ni." Terus-menerus dia memberikan alasan.
"Kamu ingat aku tak tahu? Kamu tu tak puas berjoli kan? Listen here Qashah. Papa beri masa sampai hujung bulan ni. Period."
Tergamam seketika aku mendengar nada suara Dato' Aziz itu. Nyata dia sudah hilang sabar dengan Qashah. Entahlah hubungan cinta yang bagaimana yang kami jalani kerana selama dua tahun bercinta dengannya dia tak pernah pun tunjuk belangnya tu kepada aku. Mungkin sebab aku jarang-jarang berdating dengannya seperti pasangan lain agaknya.
"But papa.." Masih lagi lelaki itu mahu memberikan alasan. Tapi, dengan pantas Dato' Aziz memintas.
"You better get your act together, Ayden Aqashah! Itu pun kalau kamu masih mahu tinggal di sini." Tegas Dato' Aziz.
Oh'oh..nampaknya lelaki itu telah diberi kata dua. Take it or leave it!
Kalau tak mahu masuk office terpaksalah dia berambus dari sini. Ah, tapi anak orang kaya kan, mesti sudah banyak aset di atas nama dia. Entah-entah dia tak peduli pun dengan ugutan Dato' Aziz itu.
YOU ARE READING
Perfectly Halal [ TERBIT : JULY 2022 - PENERBITAN KAKI NOVEL ]
Roman d'amourFATIHAH NABILA | AIDID AQASHAH《Tentang kita yang terikat dengan percaturan takdir》 Assalamualaikum all! Akhirnya, terbit juga novel ni ❤ Pembelian boleh dilakukan di Shopee - kakinovel_official ❤️ ada diskaun 8% yayy!! Novel ini juga akan dijual...