FATIHAH NABILA | AIDID AQASHAH《Tentang kita yang terikat dengan percaturan takdir》
Assalamualaikum all! Akhirnya, terbit juga novel ni ❤ Pembelian boleh dilakukan di Shopee - kakinovel_official ❤️ ada diskaun 8% yayy!! Novel ini juga akan dijual...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BAB 14
Sedap betul scones di sini! Dohnya diadun dengan baik dan dibakar dengan sangat sempurna. Lembut pulak tu. Tidak terlalu manis, membuatkannya sesuai untuk dimakan dengan jem strawberry dan fresh cream. Tidak juga terlalu tawar untuk dimakan begitu sahaja. Roti jenis ini adalah makanan kegemaran orang Inggeris dan kerap dimakan bersama minuman panas ketika minum petang. Ha, dah macam duta scones kan cara aku bercakap?
Roti yang sedap ini aku palitkan dengan jem yang penuh dengan buah strawberry sebenar dan aku masukkan ke dalam mulut saat ini. Ermmm..enaknya! Kak Fira dan Abang Lan pun senyap sunyi aje menikmati scones di depan mata.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ramai betul orang yang mahu menikmati minuman petang di tearoom ni. Nasib baiklah Abang Lan pantas mendapatkan tempat untuk kami. Anak mata berada pada beberapa orang pelayan yang sibuk menghantar pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Tak menang tangan betul mereka. Maklumlah, waktu minum petang.
Cawan berisi teh strawberry aku capai dan aku rapatkan ke bibir. Air teh yang masih sedikit panas aku hirup dengan perlahan-lahan. Ya Allah nikmatnya apabila sejuk-sejuk begini dapat minum air teh strawberry. Feeling tu lain sekali.
Baru sahaja hendak feeling-feeling lagi, Abang Lan dah menembak aku dengan satu soalan cepu mas.
"Tia dah basuh baju Tuan Aidid?"
Kaku aku jadinya. Cawan teh aku letak semula ke atas meja. Baru nak bersuara, Kak Fira yang terlebih dulu menjawab bagi pihak aku.
"Dah. Awal-awal lagi dia dah basuh. Risau sangat dia ni." Ujar Kak Fira bersama jelingan manja ke mari.
Abang Lan yang memakai sweater lengan panjang warna merah itu sempat menghirup teh sebelum bersuara dengan riak terkejut.
"Hah? Dah basuh dah?? Tangkasnya.." Anak matanya masih melekat di wajahku.
Tudung aku betulkan sedikit dan kemudian, aku terus bersuara dengan sangat bimbang.
"Abang Lan..Tia takutlah. Mana tahu kalau Tuan Aidid tak berpuas hati dengan keadaan baju tu nanti.." Keluhku dengan sangat risau. Ahhh boleh potong mood ni!