Bab 9

4.4K 111 9
                                    

Maafkan aku kerana melukaimu. Andai dapat kuputarkan waktu, takkan pernah ku menyakitimu. Maafkan aku, sayang!

Raydeen's POV

Aku melihat Annedya menangis. Tubuhnya kelihatan bergoncang. Aku tidak tahu apa alasannya menangis. Namun, jujur kukatakan, hatiku terlalu sakit melihatnya menangis begitu.

Aku akui aku memang bersalah kerana telah mengambil perawannya. Ku akui aku melakukannya bukan diluar kesedaranku. Semuanya sudah ada dalam kepalaku. Aku nekad untuk melakukannya sejak aku melihat lelaki itu datang mengunjunginya Annedya. Aku harus cepat atau aku akan kalah di tangan Jacob.

Aku hanya mahu Annedya menjadi milikku kerana aku mencintainya. Aku sudah mencintainya sejak kali pertama melihatnya. Sejak kali pertama aku melihat dia menangis kerana lelaki bernama Jacob itu, sudah kubulatkan hati bahawa aku ingin memiliki dan membahagiakannya.

Kupeluk tubuh Annedya. Dia masih menangis dalam pelukanku. Meski dia memintaku pergi, aku tidak ingin pergi meninggalkannya.

"Jangan menangis, sayang. Aku akan bertanggungjawab," entah untuk kali ke berapa kuulangi kata-kata itu. Aku akan bertanggungjawab. Aku tidak akan membiarkannya menanggung aib seorang diri.

Mendengar kata-kataku, Annedya semakin menangis. Kubungkam tangisannya dengan bibirku. Aku menciumnya lama. Aku tidak peduli meski dia memukul tubuhku dengan tangannya.

"Stop it, Annedya. Please, stop it. I 'm sorry. I' m so sorry. Please forgive me, Dya. Aku minta maaf atas apa yang sudah kulakukan padamu.

Jika kamu mahu aku pergi, aku akan pergi, Annedya. Aku tahu kamu masih mencintai Jacob dan akan selalu mencintainya, hingga tidak ada lagi tempat untuk orang lain di hatimu, " kataku.

Kukucup sekali lagi bibirnya sebelum aku melangkah keluar dari bilik tidurnya. Kucapai pakaianku yang bertaburan di atas karpet dan segera kutinggalkan apartment Annedya. Aku meninggalkannya yang masih terus menangis.

Aku melontarkan tubuh ke atas tempat tidurku. Fikiranku saat ini berserabut. Aku menyesal telah mengikut kata hati hingga Annedya kehilangan kesuciannya dan aku kehilangan sahabat sekaligus gadis yang kucintai.

" Maafkan aku, Dya," aku berguman sendiri. Dadaku terasa sesak. Aku merasa cukup bersalah melihatnya menangis setelah bercinta denganku. Andai aku dapat mengembalikan semua yang sudah kuambil darinya...

💕💕💕

Aku terbangun ketika jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi. Aku tergesa-gesa mandi dan berpakaian. Kulirik telefon bimbitku untuk melihat sekiranya Annedya ada menghubungiku seperti selalu. Tetapi nampaknya dia tidak menghubungiku.

Kucapai kunci kereta dan beg kerjaku. Segera ku kunci pintu apartmentku. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku ingin menyempatkan diri menjenguk Annedya di apartmentnya. Namun pagi ini kudapati apartmentnya sudah berkunci dari luar.

Lama aku berdiri di hadapan pintu apartment Annedya. Namun kenyataannya dia sudah pergi dan tidak menungguku seperti selalu. Aku mengeluh kecewa. Dia ternyata sudah berubah. Untuk pertama kalinya dia mengabaikanku.

Dalam perjalanan ke tempat kerjaku, sengaja kulewati Family Bakery Shop milik Annedya. Aku ingin menyapanya dan meminta maaf atas keterlanjuranku.

Aku baru ingin menghampiri pintu Family Bakery Shop tika mataku menangkap dua orang insan sedang berpelukan. Dia gadisku Annedya. Dia sedang menangis dalam pelukan Jacob. Entah apa tujuan lelaki itu mengunjungi Annedya sepagi begini.

Slap! Melihat dia dalam pelukan lelaki lain memvuatku merasa bagai sebilah pisau tajam sedang menghunus ke jantungku. Kesan tikaman yang terasa dalam dan pedih. Baru semalam aku yang memeluknya. Dan pagi ini, dia menumpahkan air mata dalam pelukan lelaki lain. Lelaki yang kononnya pernah melukainya.

Mengapa dia tidak menangis dalam pelukanku? Mengapa dia tidak berkongsi kesedihannya denganku? Pertanyaan itu berlegar dalam fikiranku dan tidak kutemui jawapannya yang paling tepat.

Perlahan aku mengundurkan langkah dari Family Bakery Shop. Hatiku menangis tanpa dapat aku tahan. Dia gadis pertama yang aku cintai. Dan dia gadis pertama yang sudah aku lukai.

"Oh, Tuhan. Lebih baik aku benar-benar kehilangan kelelakianku," hatiku menjerit. Aku memarahi diriku. Aku menyesal kerana telah merosaknya. Kufikir semua yang kulakukan akan mengikatnya padaku. Namun aku silap. Dia malah pergi kian jauh dariku.

"Hei, bro. Kau ni macam orang mati bini saja," Gilbert, rakan kongsiku menepuk bahuku.

"Mati bini? Aku ni bini pun tak punya," jawabku sambil tertawa hambar. Aku teringat pada Annedya. Dia yang kuharap menjadi isteriku, kini kembali memilih Jacob sebagai pendampingnya.

"Carilah, bro," usik Gilbert. Aku mengangkat bahu.

"Siapa nak orang macam aku ni," kataku. Ingatanku melayang lagi pada Annedya. Pada tangisnya setelah aku merampas kegadisannya. Aku menggelengkan kepala.

"Selamanya aku akan memilih untuk sendiri, bro. Hidup sendiri lebih bebas," kataku meski jauh di sudut hati aku juga ingin memiliki seseorang untuk menemani hari-hari sepiku.

Gilbert hanya tersengih mendengar jawapanku.

💕💕💕

Petang itu, aku sekali lagi sengaja lalu di hadapan Family Bakery Shop. Tujuanku hanya satu, untuk menemui Annedya. Namun sekali lagi hasratku buntu. Dari dalam keretaku, aku melihat Annedya berjalan keluar beriringan dengan Jacob. Lelaki itu mungkin seharian bersama dengan Annedya di kedai itu.

Aku patah hati. Annedya seolah-olah telah menyisihkan aku dari hidupnya. Aku tersandar pada tempat dudukku. Semuanya terasa berbeza. Kegembiraanku seperti telah hilang. Apa salahku padanya hingga dia menghindar dariku dan memilih Jacob.

Aku melihatnya pergi bersama lelaki itu. Dia kelihatan tersenyum manis. Tangan Jacob menggenggam erat tangannya.

Aku menelan ludahku yang terasa pahit. Mungkinkah kesilapan satu malam menyebabkan aku kehilangan satu-satunya gadis yang aku cintai. Maafkan aku, Anedya. Maafkan aku yang sudah mengecewakanmu.

Aku tiba di  apartmentku ketika hari hampir malam. Di situ, aku bertembung dengan Annedya dan Jacob. Mereka berpegangan tangan dan gelak tawa Annedya terhenti saat dia melihat wajahku.

"Apa khabar, bro?" Jacob menyapaku dengan senyuman angkuh. Annedya hanya menunduk. Teruk sangatlah aku hingga kamu tidak mahu menatapku, Dya? " hatiku yang luka menyapanya.

" Aku dan Annedya akan menikah, bro. Secepatnya. Nanti Dya akan memberikan kad undangan," katanya.

" Benar, Dya? " aku bertanya. Annedya hanya menunduk tanpa menjawab sepatahpun.

" Diam bererti jawapanmu 'iya', Dya. Pilihanmu tepat. Kamu dan Jacob saling mencintai," aku ingin menatap wajahnya, mungkin untuk kali yang terakhir sebelum dia rasmi menjadi isteri Jacob. Namun Annedya tetap menunduk.

Kuhampiri dia. Kusentuh lembut tangannya. Mendadak rasa bersalahku menghentam dada. Tidak kusedari ada butiran jernih jatuh menimpa pipiku. Aku menangis. Bukan hanya kerana aku berat untuk melepasnya. Namun aku juga rasa bersalah kerana merampas permata berharga yang seharusnya dipersembahkannya buat suaminya di malam pengantin mereka.

"Maafkan aku, Annedya. Selamat pengantin baru. Semoga kamu selalu berbahagia," ucapku.

Kulepaskan tangannya dengan berat. Dia memalingkan wajahnya dan menarik tangan Jacob masuk ke dalam apartmentnya. Aku pula, hanya termangu di tempatku berdiri. Aku sudah kehilangannya...

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc...

My Love Story ✔️Where stories live. Discover now