Part 19

3.6K 93 7
                                    

Saat aku melihatmu, aku takut untuk bertemu denganmu. Saat aku bertemu denganmu, aku takut untuk menciummu. Saat aku menciummu, aku takut untuk mencintaimu. Saat ini, tika aku sudah mencintaimu, aku takut untuk kehilanganmu

Aku tidak dapat melelapkan mata meski jam sudah menunjukkan pukul satu malam. Aku gelisah memikirkan ucapan Jacob siang tadi. Haruskah aku menunaikan permintaan mendiang ayahku? Bukankah aku tidak pernah mengiyakan permintaannya?

Aku bangun dan menuju ke dapur. Aku membancuh secawan coklat panas dan membawanya menuju ke balkoni apartment. Aku duduk sambil memerhati langit di hadapanku. Ribuan bintang yang berkerlipan membuat langit kelihatan begitu indah.

"Hai," satu suara mengejutkan aku. Hampir saja cawan coklat panas yang kupegang terlepas dari tanganku.

"Dya, aku rindu," satu kecupan hinggap di pipiku.

"Rindu?" aku mengerutkan dahi. Deen mengangguk.

"Baru beberapa minit aku di sini, Deen," kataku.

"Aku tidak mengira minit dan saat, Dya. Saat aku membuka mata dan kamu tiada di depan mataku, aku rasa rindu," Deen duduk di sampingku. Tangannya mengambil cawan coklat panas yang kembali kuletakkan di atas meja. Deen mengangkat cawan itu dan menghirup minuman di dalamnya.

"Deen, sudah berapa kali kuingatkan. Jangan amalkan tabiat itu. Macam mana kalau aku ada penyakit?"

"You jump, I jump. You died, I died," jawabnya tersengih. Aku melepaskan keluhan kesal. Seribu kali pun aku menasihatinya, Deen tetap dengan kedegilannya.

"Kita akan menjadi suami isteri, Dya. Dua jiwa yang menjadi satu. Milikmu, milikku. Sakitmu, sakitku. Kita akan berkongsi segalanya. Makanan, minuman, wang, pakaian dan segalanya," ujarnya panjang lebar.

"Jadi, kamu juga mahu memakai bra milikku?" tanyaku. Deen tergelak kecil.

"Yang itu tidak, Dya. Kerana esok lusa aku akan membuang semua bra yang ada di dalam almarimu," tawanya semakin galak. Aku memukul lengannya.

"Kamu mahu aku keluar rumah tanpa bra. Begitu?" tanyaku pura-pura marah.

"Kamu tidak perlu keluar rumah, sayang. Kamu duduk di rumah, aku yang akan keluar bekerja. Kamu hanya perlu menyambut kepulanganku dengan tubuh seksi, dan kalau boleh  naked, without anything," aku memuncungkan bibir. Deen masih tergelak sambil menarikku agar duduk di atas pangkuannya.

" Aku mencintaimu, Annedya. Kamu tidak tahu betapa bersyukurnya aku kerana kamu hadir dalam hidupku. "

" Emm.. aku juga, " balasku.

Suasana jadi hening seketika. Aku bersandar pada dada Deen. Kedua tangannya melingkar pada perutku.

"Deen.." aku memanggilnya.  Tiada jawapan. Hanya dengkuran halus yang kedengaran. Aku cuba meleraikan pelukan tangannya. Namun Deen semakin mengeratkan pelukannya.

" Biarkan begini, Dya. Aku mengantuk," katanya dengan suara melemah.

"Tadi kenapa bangun?"

"Sudah kukatakan tadi, Dya. Aku rindu kamu. Kamu tiada di sebelahku, Dya. Tempat tidur di sebelahku kosong," jawabnya. Aku menelan ludah. Bagaimana nanti jika ditakdirkan kami tidak dapat bersama. Bagaimana keadaan Deen. Dapatkah dia mengharungi hidupnya tanpa aku?

"Mari masuk ke bilik, Deen," aku bangun dan menarik tangan Deen.

"Janji jangan meninggalkan aku, Dya. Aku mahu memelukmu sepanjang malam," katanya sambil melangkah longlai di sampingku.

"Janji, sayang," ku rangkul pinggangnya menuju ke bilik tidurku.

♥️♥️♥️

Aku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit Deen. Ku kerling Deen di sebelahku. Dia masih tidur dengan nyenyak sekali. Telefon bimbitnya juga masih berdering tanpa henti.

Ku capai telefon bimbit Deen yang terletak di atas meja solekku. Dengan mata yang masih belum terbuka sempurna, aku dapat melihat "Daddy calling' tertera pada skrin telefon bimbit Deen.

" Deen.. " ku goncang tubuh Deen hingga dia membuka matanya.

" Sayang, " ucapnya. Ku hulurkan telefon bimbitnya yang terus berdering.

" Hello, pa. "

Papa dan mama sudah ada luar. Cepat buka pintu," aku mendengar suara di seberang sana.

"Ha?" Deen mematikan panggilan.  Dia menatap panik padaku.

"Cepat bersiap, Dya. Mama dan papa datang," Deen bergesas masuk ke bilik mandi. Tak sampai lima minit, Deen sudah keluar dari bilik mandi. Dia menghulurkan tuala mandiku yang tadi digunakannya untuk membalut tubuhnya.

"Cepat mandi, Dya," katanya sambil memakai pakaiannya.

"Takut, Deen?" aku mengusiknya. Aku tahu Deen pasti takut jika ibunya mendapat tahu dia bermalam di apartmentku.

"Ini rahsia kita, Dya. Jangan beritahu mama aku tidur di sini. Katakan saja aku baru ke sini pagi tadi," bisiknya seraya menghadiahkan satu kucupan di pipiku.

Aku masuk ke bilik mandi dan seketika aku membelek tubuh di hadapan cermin. Banyak sekali kissmark di tubuhku, terutama pada dadaku. Semuanya kelihatan berwarna hitam pudar. Mujur tidak ada kesan yang tertinggal di leherku.

Aku memandang payudaraku. Saiznya bertambah sedikit besar. Putingnya juga sudah berwarna semakin gelap. Mengapa, aku juga tidak tahu. Mungkin kerana perubahan hormon akibat kehamilanku.

Aku sedar, dalam beberapa bulan lagi pasti keadaan tubuhku akan berubah. Tubuh yang saat ini ramping, nanti pasti berubah menjadi bulat. Payudaraku juga nanti pasti saiznya akan bertambah besar.

Aku menggeleng perlahan. Nanti aku pasti terlihat lebih tidak menawan. Namun, aku tidak akan menyesal. Demi Deen, demi lelaki yang aku cintai, aku rela.

"Dya, cepat keluar, sayang," Deen memanggilku.

"Sekejap, yang," aku mandi dengan cepat. Rupanya agak lama juga aku melamun. Aku senyum sendiri.

Ibu Deen senyum ramah saat aku berjalan menghampirinya. Dia menepuk tempat di sebelahnya.

"Duduk di sebelah mama, Dya," katanya. Aku hanya menurut. Tika aku melirik pada Deen, kulihat cuping telinganya merah. . Pasti telinga Deen baru kena pulas ibunya. Aku senyum tanpa dapat ditahan.

"Mama dan papa bercadang untuk mengajak Dya dan Deen pulang ke rumah Dya. Papa dan mama ingin bertemu keluarga Dya. Mama tahu ayah dan ibu Dya dah tak ada. Tapi mama yakin Dya masih ada orang tua terdekat," ujar ibu Deen.

"Ada Pak Su saja, ma," kataku. Pak Su ialah adik ayahku. Satu-satunya orang tua yang masih ku punya. Saudara-mara sebelah ibu pula memang tidak pernah aku kenal sejak dulu.

"Kita pergi ke rumah Dya pagi ni," ayah Deen berbicara. Aku memandang Deen meminta pendapatnya. Ku lihat Deen mengangguk.

"Mama dan papa ingin membincangkan pernikahan Deen dan Dya," sambung ibu Deen.

"Dya sudah mengandung. Pernikahan kamu berdua tidak boleh ditangguhkan lagi. Kamu berdua harus menikah secepatnya," ayah Deen memandang aku dan Deen bersilih ganti.

"Dya menyerahkan semuanya pada Deen.. juga papa dan mama," kataku. Deen menggenggam jemariku. Mengatakan semuanya akan berjalan seperti yang sudah dirancang. Senyuman terukir pada wajahnya.

Setelah bersiap-siap dan bersarapan, kami menuju ke rumah peninggalan mendiang ayahku yang kini ditempati oleh ibu tiriku dan Natasha. Sebenarnya aku lebih rela mendaftarkan pernikahan kami tanpa pengetahuan ibu tiri dan keluargaku. Semuanya akan jadi lebih mudah tanpa ada yang mempersoalkan tentang permintaan mendiang ayahku sebelum beliau meninggal.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc...

My Love Story ✔️Where stories live. Discover now