intro

423 41 8
                                    

Special tag to hydyh_nabila

Floweriff

memperkenalkan

SATU JAM

CAST

Kim Seokjin
&
Bae Youngji

Prolog

"Aku nak minta pertolongan dari kau." kata seorang lelaki sambil merenung tepat ke dalam mataku.

"T-tolong apa?" balasku sedikit takut. Sudahlah aku tak kenal siapa lelaki ini.

"Tolong bahagiakan dia dalam satu jam." pintanya dengan pandangan yang dingin.

Dahi aku mula berkerut. Dia? Siapa dia?

"Dia seorang gadis yang perlu kau bahagiakan. Nyawa dia sedang berada di hujung tanduk, Seokjin." kata lelaki itu mendatar.

Dia tahu isi hati aku? Siapa lelaki ini? T-tapi, apa maksud ayat terakhir dia dan bagaimana dia tahu nama aku sedangkan aku tak tahu nama dia langsung?

"Ya, aku tahu isi hati kau. Nama aku, Kim Namjoon. Aku merupakan malaikat maut dan aku bakal ambil nyawa kau suatu hari nanti."

Aku tergamam. Malaikat maut? Aku dah gila ke?

"Sudahlah, aku tak mahu buang masa lagi. Ramai lagi manusia yang aku ingin cabut nyawa mereka." katanya lagi sambil memutarkan bebola matanya.

"Aku nak kau bahagiakan Bae Youngji. Pada esok hari, dia berada di sebuah taman berhampiran dengan rumah kau dan dia sedang menangis." arahnya tegas.

Aku terus menelan air liurku kasar.

"K-kenapa aku? Kenapa bukan o-orang lain?" soalku hairan. Perasaanku berbaur ketika ini.

"Sebab hanya kau seorang yang mampu bahagiakan dia." balas 'malaikat maut' yang diberi nama Namjoon itu.

"A-aku tak faham..."

"Ingat Seokjin! Sekali kau tegur dia, masa kau berjalan selama satu jam. Dalam masa satu jam itu, aku nak kau bahagiakan dia. Jika dia bahagia, aku tak akan ambil nyawa dia dan jika sebaliknya, aku terpaksa ambil nyawa dia."

Namjoon mengendahkan soalanku.

"Nyawa dia terletak di tangan kau. Kau mampu bahagiakan dia, itu cukup bagus dan jika tidak, aku terpaksa ambil nyawa dia."

Dengan sekali tiupan angin, Namjoon hilang dari pandanganku. Dia meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya.

"A-aku masih tak faham..."

genre: romance (80%)
comedy (15%)
fantasy (05%)


Jika terdapat kesalahan ejaan, tatabahasa atau seangkatan dengannya, saya terlebih dahulu ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dalam cerita ini pada masa yang akan datang.

dilarang untuk menciplak atau meniru jalan cerita fanfic ini.

[C] Satu Jam | KSJWhere stories live. Discover now