3

181 32 25
                                    

Tok! Tok! Tok!

Ketukan di pintu mengganggu aku dari lena.

"Seokjin! Bangun! Kita sarapan sama-sama." ajak ibu.

"Ibu turun dulu! Nanti Jin turun!" balasku sedikit kuat.

"Jangan lambat sangat. Nanti makanan sejuk, tak sedap." pesan ibu.

Aku tidak mendengar suara ibu lagi. Mungkin ibu dah turun ke bawah.

Aku mengambil bingkai gambar ibu di tepi katil. Aku mengusap wajah ibu.

"Mana mungkin aku nak biarkan ibu aku mati disebabkan aku?"

Aku meletakkan semula bingkai gambar itu di tempatnya. Aku akan buat gadis itu bahagia.

Aku berlari turun ke dapur dengan laju.

"Amboi! Laju betul turun kalau bab makan ni ya? Nak kena anak ibu sorang ni." kata ibu sambil meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu diusap lembut.

"Makan jangan gelojoh. Ibu ada kat luar. Nak siram pokok."

Aku mengangguk sambil mengunyah roti telur yang baru sahaja aku suap ke mulut.

Ibu memang murah dengan pesanan. Disebabkan itu, ayah aku jatuh hati padanya. Umur ayah aku tak panjang. Ayah aku mati ketika usia aku lima tahun. Ayah mati disebabkan sakit jantung.

Hanya ibu tempat aku luahkan segala masalah. Aku tak nak kehilangan ibu walaupun sesaat. Aku sayang ibu sangat-sangat.

"Iyelah, sayang-sayang juga tapi jangan lupa fikir cara nak bahagiakan Youngji."

Aku memandang kosong wajah Namjoon yang kini duduk berhadapan denganku. Seakan sudah biasa dengan kehadiran dia, aku buat tak kisah.

"Tahu nak menyibuk je. Dasar malaikat maut betul." kataku geram. Cubalah bagi aku feeling sikit. Halamak dia ni.

Namjoon menjelingku.

"Apa jeling-jeling? Tahulah muka aku ni kacak berbanding dengan muka kau." kataku lalu menjeling Namjoon pula.

"Tak lawak langsung, Seokjin."

"Tiada siapa kata lawak." balasku.

"Seokjin, kamu cakap dengan siapa? Dari tadi ibu tengok macam Seokjin cakap dengan orang." tegur ibu.

Namjoon pula tersenyum sinis.

"Err Jin err aaa tengah berlakon. Ya! Berlakon!" balasku. Itu sahaja jawapan yang paling berguna saat ini.

"Berlakon? Berlakon untuk apa?" soal ibu hairan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Berlakon untuk em untuk apa eh?"

"Ibu tanya kamu, kamu pergi tanya ibu balik kenapa?"

"Tak ada apa-apa. Tadi Jin mimpi err yang Jin kena kejar dengan malaikat maut. Jadi sekarang ni Jin peliklah. Kenapa tiba-tiba malaikat maut nak kejar Jin pula. Hehe." kataku sambil memandang wajah Namjoon. Jelas sekali bahawa wajah Namjoon sedang menahan marah.

"Tadi berlakon. Kali ini mimpi pula. Sukahati kamulah. Ibu nak kemas bilik atas kejap." kata ibu lalu mula bergerak naik ke atas.

Seokjin memandang tajam wajah Namjoon.

"Ini semua salah kau! Buat malu aku betul!" marahku.

Namjoon pula asik tersenyum sinis. Suka betul dia kenakan aku.

"Aku gerak dulu. Ingat pesanan aku ya?" kata Namjoon seraya itu dia menepuk tangannya dua kali dan

POOF!

Namjoon hilang dari pandanganku. Haritu angin. Sekarang tepuk tangan.

Apa-apa sahajalah, Namjoon.

++++

Aku mula menuju ke taman. Namjoon tak kata pula waktunya bila Youngji tu ada.

Tiba sahaja aku di taman, aku tersenyum kecil melihat kanak-kanak yang sedang bermain gelongsor, buaian dan pelbagai alat main lagi.

Mata aku tertancap pada seorang gadis yang menunduk dan nampak seperti sedang menangis.

"Yakin kau boleh!"

Aku cuba beri kata-kata semangat untuk diri aku sendiri.

Aku mendekati tubuh gadis itu.

"Jika kau tak dapat bahagikan Youngji, nyawa Youngji akan melayang dan begitu juga dengan nyawa ibu kau. Ada malaikat maut yang lain akan ambil nyawa ibu kau."

"Ya, betul. Kali ini, nyawa dia dan ibu kau berada di tangan kau. Tentang perasaan pula berada di tangan Youngji. Cuba buat yang terbaik, Seokjin. Aku tahu kau boleh buat."

Kata-kata Namjoon terngiang di fikiran. Untuk seketika perasaan takut menguasai diri.

"Kau boleh. Aku yakin kau boleh." tegur satu suara yang amat aku kenali. Siapa lagi kalau bukan Namjoon? Tapi tubuhnya aku tak nampak pula.

"Err hai? Kau okay?" soalku.

Gadis itu memandangku. Dia menyeka air matanya.

Hodoh-- eh

CANTIK!

"Boleh aku duduk sebelah kau?"

Dia mengangguk.

Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus bertanya pada dia.

"Kenapa kau nangis? Tak elok perempuan nangis di tempat awam seperti ini. Aku yakin ada sebab. Kau boleh kongsi jika kau mahu." kataku lembut sambil menyandarkan tubuh ke bangku.

"Saya baru sahaja putus cinta. Tsk tsk. S-saya sayangkan dia t-tapi dia kata dia hanya m-mainkan h-hati saya. Saya b-benci Kim Taehyung!" luahnya.

Aku terkedu. Kim Taehyung? Sepupu aku tu.

"Oh. Janganlah bersedih lagi ya? Jangan bazirkan air mata hanya sebab lelaki." kataku sambil tersenyum ke arahnya.

"Izinkan aku?"

Gadis itu memandangku hairan.

Aku mengambil tangan gadis itu lalu mengeluarkan sebentuk cincin. Aku memakaikan di jari manis gadis itu.

"Jangan bersedih. Aku ada untuk kau." kataku lalu menggenggan erat tangannya.

"N-nama awak apa? N-nama saya Bae Y-"

"Bae Youngji. Saya pula Kim Seokjin."

Youngji tersenyum memandangku. Dia membalas pegangan tanganku.

"Masa sedang berjalan. Tak perlulah nak balas senyum bagai. Aku cepuk kang dua manusia ni."

[C] Satu Jam | KSJWhere stories live. Discover now