5

162 32 20
                                    

"Masa berbaki 31 minit lagi."

Youngji tertawa suka apabila ibu beritahu tentang perangai aku ketika aku waktu sekolah menengah dahulu.

"Bukan itu sahaja, Seokjin juga dapat banyak bunga dan coklat masa hari kekasih di sekolah dia. Masalahnya, sekolah dia semua lelaki." kata ibu lalu ketawa dengan kuat.

Youngji juga ikut ketawa kuat.

"Ibu, Jin nak ke bilik sekejap. Ada hal." kataku lalu bergerak menuju ke bilik.

Aku memanggil nama Namjoon. Aku nak bercakap sedikit dengan dia.

"Yow kawan! Apahal panggil? Aku tadi tengah cabut nyawa orang." tegur Namjoon sambil mengangkat tangannya.

"Tak boleh ke kalau masa tu ditambah satu jam?" soalku terus. Aku dapat merasakan gadis itu belum lagi gembira sepenuhnya dan masa pula berjalan dengan pantas.

Namjoon mengeluh.

"Tak boleh. Apa kau ingat ajal boleh tangguh? Ajal Youngji ditangguh pun kerana aku yang merayu melutut pada tuhan. Tuhan pun bagi aku kelonggaran tetapi dengan syarat yang kau perlu gembirakan dia dalam masa satu jam. Aku tak boleh menolak." kata Namjoon panjang lebar.

Aku berdecit perlahan.

"Seokjin, baik kau gembirakan dia sekarang. Masa sedang mencemburui kau." kata Namjoon sebelum dia menghilang.

Aku terus keluar dari bilik dan bergerak turun ke bawah.

"Seokjin, ibu ada ajak Youngji suruh teman Seokjin masak. Masaklah sekarang. Ibu duduk sini sahaja." kata ibu lalu tersenyum kecil.

Aku mengangguk. Youngji pula bangun dan membontoti aku.

"Harini kita masak yang ringkas sahaja. Kita tak ada masa nak masak yang special." kataku dengan membawa niat tersirat.

Youngji mula mengerutkan dahi namun cepat dia mengawal wajahnya.

"Okay tapi kita nak masak apa?"

Soalan itu membuatkan segala perbuatan aku yang sedang membuka peti sejuk terhenti.

"Nasi goreng? Aku tak nak masak ambil masa yang lama." kataku lalu mula mengeluarkan bawang.

Youngji pula mengangguk akur. Sejujurnya, dia juga tak tahu nak masak apa.

"Kau ambil lah apa-apa. Aku kupas bawang. Kau potonglah sayur." kataku beri cadangan.

Youngji terus mengambil pisau dan ingin memotong sayur namun entah mana silapnya, mata pisau itu terkena pada jarinya sendiri.

"Argh!"

Aku terus menoleh memandang Youngji. Jarinya mula mengalirkan darah.

"Macam mana boleh cuai ni?" soalku menahan marah.

Aku mengambil jarinya lalu membuka air paip. Aku meletakkan jarinya di bawah aliran air. Kemudian, aku mengambil jarinya dan lap sehingga bersih.

"Lain kali, jangan cuai sangat. Aku ni sayangkan kau. Kau boleh pula bahayakan diri." pesanku lembut.

Aku mengambil peti kecemasan di atas peti sejuk dan mula merawat jarinya.

"Nasib darah ni beku dengan cepat."

Aku meletakkan handy plus yang berwarna biru langit.

"Kau duduk sini. Biar aku yang potong sayur. Kau buat air ke apa-apa." arahku lembut sambil memotong sayur.

"Em maaf kalau saya menyusahkan awak. Saya tak sengaja." kata Youngji sayu.

Aku menggelengkan kepala.

"Kau tak pernah menyusahkan aku. Sudahlah, baik kau buat cepat."

Bae Youngji. Baru kenal beberapa jam dan aku sudah mula jatuh sayang pada kau. Kenapa begini ya?

[C] Satu Jam | KSJWhere stories live. Discover now