2

202 36 12
                                    

Sedikit pesanan daripada saya. Words setiap bab lain-lain jadi jangan marah jika ada bab yang panjang dan ada bab yang pendek.

Itu sahaja.

----------------------------------------------------------------

Aku mengiringkan tubuhku ke kanan apabila terasa seperti tidak selesa. Jam sudah menunjukkan dua pagi namun mata aku masih lagi terasa segar.

"Tidurlah! Kenapa kau tak nak tidur ni?!" marah aku pada diriku sendiri.

Aku duduk bersila di atas katil apabila mataku masih terasa lagi segar. Aku meraup wajahku kasar.

Aku terus menuju ke jendela bilik. Ingin merasai angin sejuk pada pagi buta yang tak berapa nak buta.

Aku masih memikirkan lagi permintaan Namjoon. Susah aku nak buat keputusan. Ini kerana mungkin aku sendiri tidak pasti adakah ini gurauan semata-mata?

"Aku tak bergurau."

Aku terus memalingkan tubuhku ke belakang. Hampir sahaja jantungku ingin tercabut apabila melihat Namjoon yang berdiri di penjuru bilikku dengan wajahnya yang pucat.

"Jangan nak kutuk aku. Aku pun makhluk tuhan juga. Ada hati dan perasaan." kata Namjoon dingin.

Aku hanya memandang wajahnya. Jom jadi kawan nak?

"Memang aku nak kawan dengan kau tapi tuhan tak bagi. Memang itu syaratnya jika ingin hidup sebagai makhluk kekal di atas sana. Jika aku berkawan dengan manusia, aku akan dihalau dan akan jadi manusia." katanya dingin. Jarang malaikat maut tak dingin.

Aku terkedu. Kasihan pula melihat malaikat maut ni.

"Tak perlu rasa kasihan sangat. Aku dah biasa."

Kerek lah malaikat maut ni. Ada juga aku simbah guna cat nanti.

"Kerek kerek aku, aku jugalah yang akan tarik nyawa kau." katanya sinis.

"Aku tak nak cakap banyak. Aku hanya nak cakap, tolong terima permintaan aku. Aku bersimpati dengan gadis itu jadi tolong bahagiakan dia." sambungnya lagi.

Aku memeluk tubuhku. Aku tersenyum kecil melihatnya. Bersungguh betul Namjoon ini. Jadi malaikat yang menjaga syurga kan bagus?

"Aku tak tahu cara nak bahagiakan dia." kataku jujur. Nak dekat dengan perempuan pun malu.

"Guna cara kau bahagiakan ibu kau sendiri. Itu sudah dikira elok berbanding dengan bahagikan dengan cara yang lain." balas Namjoon lalu berjalan ke arahku secara perlahan-lahan.

Aku pula yang semakin takut dengan dia sekarang ni.

"Aku dapat pesanan daripada tuhan sebelum aku bergerak ke bumi tadi." kata Namjoon lalu memegang bahuku perlahan.

"Perit aku nak katakan tapi kau perlu terima semua ini."

Kata-kata Namjoon membuatkan aku rasa terganggu. Apa maksud Namjoon sebenarnya?

"Jika kau tak dapat bahagikan Youngji, nyawa Youngji akan melayang dan begitu juga dengan nyawa ibu kau. Ada malaikat maut yang lain akan ambil nyawa ibu kau."

Aku memandang wajah Namjoon. Air mataku mula mengalir secara perlahan-lahan.

"J-jadi nyawa-"

"Ya, betul. Kali ini, nyawa dia dan ibu kau berada di tangan kau. Tentang perasaan pula berada di tangan Youngji. Cuba buat yang terbaik, Seokjin. Aku tahu kau boleh buat."

Aku menyeka air mata yang mengalir tak henti-henti.

Kenapa aku? Kenapa aku yang perlu terima semua ini?

[C] Satu Jam | KSJWhere stories live. Discover now