epilog

167 30 10
                                    

Beberapa tahun kemudian...

"Oh, jadi macam tu lah appa dan eomma kahwin?" soal anak perempuanku, Kim Yoonjin.

Aku mengangguk.

"Tapi appa, mana abang Namjoon sekarang ni?" soal anak lelakiku pula, Kim Jinyoon.

Aku tersenyum kecil apabila Jinyoon menyoal begitu.

"Appa pun tak tahu. Tapi apa yang appa tahu, Namjoon sekarang sibuk uruskan nyawa orang." balasku lalu mengusap lembut rambut Jinyoon.

Kim Yoonjin merupakan anak sulung kami. Dia berumur 23 tahun manakala Kim Jinyoon pula berumur 20 tahun.

Lagi beberapa hari sahaja, akan berlangsungnya perkahwinan Yoonjin. Disebabkan hal itu, dia bertanya bagaimana aku dan Youngji kenal serta berkahwin.

"Anak-anak eomma, masa untuk makan!" laung Youngji dari dapur.

Yoonjin dan Jinyoon terus bangun dan mula berlari masuk ke dapur. Perangai dah masuk 20 tapi tetap perangai kebudak-budakan.

Aku pun bangun dan mula melangkah ke dapur.

"Youngji, ibu mana?" soalku apabila tidak nampak kelibat ibu langsung.

"Rasanya pergi rumah kawan dia. Mesyuarat orang tua katanya."

Aku mengangguk. Walaupun umur ibu semakin meningkat namun ibu masih tetap bertenaga seperti waktu dahulu.

Aku duduk di hadapan Jinyoon dan Youngji pula duduk berhadapan dengan Yoonjin.

Aku mula mengambil lauk di hadapanku namun secara tiba-tiba tanganku dipukul kasar oleh Youngji.

"Kenapa pukul? Saya nak makan." kataku lembut.

"Yelah eomma. Perut Yoonjin dah lapar ni."

"Err Jinyoon pun. Hehe."

Youngji mengeluh.

"Sebelum awak, Yoonjin dan juga Jinyoon makan, eomma nak bagitahu sesuatu ni."

Ayat Youngji buat aku tertunggu-tunggu. Cakap sahajalah.

"Yoonjin dan Jinyoon bakal ada adik baru! Awak pula bakal ada anak baru!" ujar Youngji gembira.

Yoonjin dan Jinyoon tergamam. Aku pula tersenyum lebar.

"Betul ni? Awak jangan main-main."

"Apa?! Jinyoon ada adik baru pada umur 20 ni?! Apakah ini semua, eomma?!"

"Appa! Kenapa appa buat dengan eomma?! Kenapa tak buat dari dulu hah?! Kenapa baru sekarang dan kenapa masa Yoonjin nak kahwin baru eomma mengandung?!"

Yoonjin dan Jinyoon memeluk tubuh masing-masing. Nampak riak tidak puas hati.

#JanganingatSeokjintakmampu

Aku tersengih hambar. Dah eomma korang yang goda appa macam mana?

"Saya tak main-main. Saya mengandung dah dua bulan." balas Youngji jujur sambil memegang perutnya.

Aku terus memeluk tubuh Youngji erat.

"Terima kasih, sayang!"

Aku bahagia dengan keluarga kecilku ini. Aku bahagia dengan anak-anak aku walaupun perangai mereka minta kaki daripada aku. Aku bahagia dengan aturan jalan hidupku.

Terima kasih, Namjoon. Tanpa kau, aku tidak akan berjumpa dengan Youngji. Tanpa kau, aku masih lagi tidak mengenal apa itu cinta. Tanpa kau juga aku tidak memiliki keluarga yang bahagia seperti ini. Terima kasih, Kim Namjoon.

"Ohok! Ohok! Ada yang kutuk aku ke tadi?"


•••OFFICIALLY TAMAT•••









Fuh, akhirnya sudah tamat. Ini semua idea saya ketika menjawab periksaan Sejarah dan ternyata satu jam tidak mencukupi untuk menjawab. Kehkehkeh. #TIBE

Maafkan saya jika cerita ini penuh kesenduan. Saya juga terasa seperti tidak menarik jalan ceritanya. Tapi saya berharap anda sukakan jalan cerita yang penuh sendu ini.


Sekian, terima kasih ❤

[C] Satu Jam | KSJWhere stories live. Discover now