4

171 33 31
                                    

"Masa berbaki 53 minit lagi."

Youngji memandang aku hairan. Dia merenung cincin yang baru sahaja aku letak di jarinya.

"Untuk apa awak bagi saya cincin?" soal Youngji. Masih merenung cincin itu.

"Itu sebagai tanda perkenalan kita. Aku harap kau suka dengan cincin tu. Maaf kalau terlalu longgar atau ketat. Aku tak tahu saiz jari kau." balasku lalu tersengih kambing.

Cincin itu aku beli dengan kawan aku sendiri, Jeon Jungkook. Dia merupakan seorang usahawan cincin emas yang terkenal di Korea ini. Tak sia-sia usahanya di sekolah rendah dahulu yang suka membuat cincin menggunakan rumput.

"S-saya tak boleh terima. Kita baru sahaja kenal dan awak terus bagi saya cincin? Tak masuk akal." kata Youngji sambil ingin mengeluarkan cincin itu daripada jarinya.

"Janganlah begitu. Aku beli khas untuk kau. Tak akan kau nak tolak?" soalku. Gunalah taktik simpati sikit.

"Emm..."

"Tiada bantahan. Sekarang, kita pergi rumah aku nak? Kita jumpa ibu dan nanti kau bolehlah teman aku masak." ajakku. Entah mengapa tiba-tiba idea itu muncul. Mungkin sebab Namjoon yang sentiasa datang rumah aku dengan cara mengejut.

"Woi! Jangan nak sebut nama aku! Tersedak ni."

Sibuk betul Namjoon itu. Suka betul nak kacau part aku.

Aku terus memegang tangannya erat dan mula menuju ke rumah. Tak jauh pun. Selang satu lorong sahaja dan kemudian sampailah.

Tiba-tiba, langkah Youngji terhenti. Begitu juga dengan aku.

"Kenapa?"

"Saya tak nak. Saya bukan siapa-siapa bagi awak. Saya hanya orang luar dalam hidup awak." kata Youngji sambil menunduk.

"Mana ada. Kau orang paling penting tau. Dah, jangan nak mengada. Kita dah nak sampai." arahku sedikit tegas.

Bukan apa, masa sedang berjalan. Aku tak nak bazir masa hanya dengan memujuk Youngji.

Youngji akur dengan arahanku. Dia ikut berjalan denganku sehingga di hadapan rumah.

"Kau jangan nak terlalu risau atau takut. Ibu aku baik orangnya. Buat masa ini, dia belum pernah makan orang." kataku lalu mula melangkah masuk ke dalam rumah.

"Seokjin? Eh siapa ni?" soal ibu sambil menunjukkan jarinya ke arah Youngji.

"Dia? Nama dia Bae Youngji."

"Kawan Seokjin ya? Tak pernah pula ibu nampak dia. Setahu ibu, Seokjin malu nak tegur perempuan." kata ibu. Wajahku memerah menahan malu.

Ibu, jangan malukan Seokjin di hadapan Youngji.

"Dia bukan kawan Jin tapi dia orang penting dalam hidup Jin." balasku sambil mengetatkan lagi pegangan tangan.

Youngji diam membisu. Dia sendiri tidak tahu nak kata tentang apa.

"Penting? Kenapa Seokjin kata penting pula?"

"Jin kata penting sebab dia teman wanita Jin."














Tak tahu kenapa tapi saya rasa bab ini terlalu hambar. Sorry ❤

[C] Satu Jam | KSJWhere stories live. Discover now