6

155 34 20
                                    

"Masa berbaki lagi sepuluh minit."

Ibu memandang wajah Youngji.

"Cepat betul kamu nak balik ya? Tak apalah, keluarga kamu lagi penting. Bawa balik nasi goreng yang kamu dan Seokjin masak ni ya." kata ibu sambil memegang tangan Youngji.

Tadi, Youngji menerima panggilan daripada keluarganya bahawa dia perlu balik atas sebab Puan Bae yang tiba-tiba ingin keluar pergi ke rumah kawan Puan Bae dan dia meminta Youngji menemannya.

"Biar aku hantar kau balik." kataku lalu menghidupkan kereta.

"Hati-hati pandu kereta, Seokjin." pesan ibu sedikit tegas.

Youngji pula menunduk hormat kepada ibu dan melangkah masuk ke dalam kereta.

"Kau tunjuk arah mana rumah kau." kataku tanpa memandang wajahnya. Nak fokus ni.

"Rumah saya berdekatan dengan stesen bas. Rumah saya warna hijau." balasnya.

Oh rumah tu. Rumah itu sahaja yang wujud berdekatan dengan stesen bas. Tiada jiran. Hanya rumah itu sahaja.

"Youngji, kalau ini pertemuan terakhir kita, apa yang kau nak buat untuk kali terakhir?" soalku. Manalah tahu dia tak bergembira dengan aku ke tadi. Kan kan kan.

"Saya hanya nak cakap terima kasih. Terima kasih sebab dah hiburkan saya. Terima kasih sebab dah buat saya lupakan masalah saya walaupun sekejap. Terima kasih kerana buat saya gembira."

Gembira? Youngji gembira dengan aku?

"Kau gembira dengan aku ke, Youngji? Jawab jujur tau." soalku dengan membawa harapan yang tinggi.

Tolong, katakan yang kau gembira bersama aku.

"Masa berbaki lagi lima minit."

Youngji tersenyum manis ke arahku. Cantiknya dia bila dia tersenyum manis seperti itu.

"Jujur saya katakan, saya sendiri buntu. Saya tak tahu saya gembira ke atau tak semasa saya bersama dengan awak tadi. Ini semua sebab bekas kekasih saya. Saya asik terfikir tentang dia sehingga membuatkan saya tak tahu saya gembira atau tak. Tapi, saya masih nak ucap terima kasih untuk semua ini. Saya hargai sangat-sangat." kata Youngji jujur.

Senyuman aku mati.

Jawapan dia buat aku takut untuk kehilangan seseorang yang aku sayang. Jawapan dia buat aku resah. Jawapan dia bukan apa yang aku harapkan.

"Awak, berhenti di sini sahaja. Saya sendiri yang akan melintas ke seberang sana. Kasihan pula melihat awak bazirkan minyak semata-mata ingin membuat pusingan U." katanya sambil mengeluarkan telefon pintar.

Akibat leka dengan perasaan, aku ikut sahaja arahan dia. Sedangkan, di luar sana bahaya jika ingin melintas kerana terdapat banyak kenderaan.

"Terima kasih sekali lagi." ucapnya lalu keluar dari kereta.

Aku juga keluar dari kereta.

"Youngji."

Dia menoleh memandangku.

"Aku sayangkan kau. Jaga diri." pesanku lembut seraya tersenyum kecil.

Dia mengangguk sambil tersenyum manis. Ah, lagi sekali aku cair dengan dia.

Aku terus masuk ke dalam kereta dengan perasaan kecewa, takut, risau, resah dan pelbagai lagi.

"Tiga."

"Dua."

"Satu."

DDUMM!!

SKREET!!

SCOOBY DOO PAPAH!!

YEAH BOOM BO--

Aku terkejut. Aku terus memandang belakang dan kejadian itu membuatkan aku takut.

Serentak dengan itu, telefonku berbunyi. Tertera nombor yang tidak dikenali sedang menelefonku.

Ah sudah.






Dah nak habis hehe. Around two chapter more ♡

[C] Satu Jam | KSJWhere stories live. Discover now