1

254 41 11
                                    

Aku membaca senarai barang dapur yang baru sahaja ditulis oleh ibu aku sendiri.

"Pilih barang yang ibu tulis tu betul-betul ya? Takut nanti kamu tersalah pilih pula. Kamu pula bukannya betul. Asik nampak barang yang berwarna merah jambu sahaja, kamu ambil dan beli. Barang dapur tidak dibeli." bebel ibu lalu menggelengkan kepalanya.

Masih aku ingat lagi, beberapa bulan lepas ketika ibu suruh aku beli biskut tapi yang aku bawa pulang ialah kuali berwarna merah jambu. Habis teruk aku dimarahi oleh ibu. Kehkehkeh.

"Baiklah ibu. Nanti Jin bawa pulang semua barang dapur yang ibu tulis ni." kataku lalu ketawa kecil.

"Jangan lupa balik awal. Dah pukul sembilan malam dah ni." pesan ibu lembut.

Aku mengangguk akur.

Aku meletakkan kertas itu di dalam poket seluar. Aku mula mengambil kunci kereta yang berada di meja kecil bersebelahan dengan pintu rumah.

Aku memakai selipar seraya itu menghidupkan kereta. Aku mula membuka radio. Kereta yang aku pandu kini sudah berada di atas jalan raya.

Aku menghentikan keretaku berhadapan dengan kedai gunting rambut. Kedai runcit pula selang beberapa buah kedai yang berada di situ.

"Ramai pula orang letak kereta kat sini." keluhku perlahan.

Untuk menuju ke kedai runcit tersebut, perlulah melalui satu lorong gelap yang sunyi.

Aku mula bernyanyi kecil untuk menghilangkan rasa sunyi.

Tiba-tiba, lenganku ditarik secara kasar dari lorong yang sunyi itu sehingga aku terjatuh.

"Baru tarik sikit dah jatuh. Haih, apahal lah kau lelaki. Baik kau jadi perempuan." kata seorang lelaki.

Aku bangun dari jatuh dan mula memandang ke arah lelaki yang beberapa cm tinggi dari tubuh aku.

Tubuhnya pula tersarung jubah hitam yang menutup kepalanya. Ini perompak ke?

"Suka hati kau je kata aku ni perempuan. Kau siapa hah?" soalku sedikit geram.

Lelaki itu bertindak dengan menolak ku secara perlahan dan aku terjatuh lagi sekali. Memang cara dia seperti perlahan namun apa yang aku rasa berbeza. Rasa seperti ditolak secara kasar.

"Ini kau kata kau lelaki? Tch, dalam mimpi lah." katanya sinis.

Akibat malas mahu bertekak dengan lelaki seperti dia, aku terus menyoal dia.

"Apa yang kau nak dari aku ni?"

"Aku nak minta pertolongan dari kau." kata lelaki itu sambil merenung tepat ke dalam mataku.

"T-tolong apa?" balasku sedikit takut. Sudahlah aku tak kenal siapa lelaki ini.

"Tolong gembirakan dia dalam satu jam." pintanya dengan pandangan yang dingin.

Dahi aku mula berkerut. Dia? Siapa dia?

"Dia seorang gadis yang perlu kau gembirakan. Nyawa dia sedang berada di hujung tanduk, Seokjin." kata lelaki itu mendatar.

Dia tahu isi hati aku? Siapa lelaki ini? T-tapi, apa maksud ayat terakhir dia dan bagaimana dia tahu nama aku sedangkan aku tak tahu nama dia langsung?

"Ya, aku tahu isi hati kau. Nama aku, Kim Namjoon. Aku merupakan malaikat maut dan aku bakal ambil nyawa kau suatu hari nanti."

Aku tergamam. Malaikat maut? Aku dah gila ke?

"Sudahlah, aku tak mahu buang masa lagi. Ramai lagi manusia yang aku ingin cabut nyawa mereka." katanya lagi sambil memutarkan bebola matanya.

"Aku nak kau bahagiakan Bae Youngji. Pada esok hari, dia berada di sebuah taman berhampiran dengan rumah kau dan dia sedang menangis." arahnya tegas.

Aku terus menelan air liurku kasar.

"K-kenapa aku? Kenapa bukan o-orang lain?" soalku hairan. Perasaanku berbaur ketika ini.

"Sebab hanya kau seorang yang mampu gembirakan dia." balas 'malaikat maut' yang diberi nama Namjoon itu.

"A-aku tak faham..."

"Ingat Seokjin! Sekali kau tegur dia, masa kau berjalan selama satu jam. Dalam masa satu jam itu, aku nak kau gembirakan dia. Jika dia gembira, aku tak akan ambil nyawa dia dan jika sebaliknya, aku terpaksa ambil nyawa dia."

Namjoon mengendahkan soalanku.

"Nyawa dia terletak di tangan kau. Kau mampu gembirakan dia, itu cukup bagus dan jika tidak, aku terpaksa ambil nyawa dia."

Dengan sekali tiupan angin, Namjoon hilang dari pandanganku. Dia meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya.

"A-aku masih tak faham..."

Tubuh aku masih terkaku di situ sambil memikirkan kata-kata daripada Namjoon.



















Namjoon jadi malaikat maut geng! Hehehehehe so macam mana dengan chapter satu?

[C] Satu Jam | KSJWhere stories live. Discover now