DB 1

773 106 115
                                    

Di pagi yang indah ini, suasana di Seoul High School kelihatan agak riuh rendah dengan kedatangan pelajar yang baru sampai di kawasan sekolah. Setiap pelajar semestinya mempunyai moto dan matlamat mereka sendiri seperti mahu menjadi budak yang pandai dan ingin menjadi pelajar contoh.

Semua itu haruslah dipegang oleh pelajar untuk mereka mencapai impian mereka pada masa akan datang kelak. Namun, tidak semua pelajar yang memegang moto tersebut.

Ada sahaja pelajar yang suka membuat hal di sekolah seperti masalah kes disiplin. Bukan itu sahaja, ada juga pelajar yang sangat benci untuk pergi ke sekolah atas sebab tersendiri.

Itulah yang dialami oleh Kang Yeosang, seorang pelajar yang berumur 17 tahun dan merupakan mangsa buli oleh rakan sekelasnya. Hal ini berlaku kerana Yeosang merupakan seorang yang pendiam dan tidak mempunyai teman yang rapat. Dia sering bersendirian sehinggakan dia menjadi target kepada si pembuli tanpa dia sedar.

Namun, dia tidak mampu untuk meluahkan segala isi hatinya kerana dia tiada tempat untuk mahu bergantung. Mahu mengharapkan ibu bapanya memang taklah kerana mereka sering mengabaikan Yeosang dan menganggap seperti Yeosang tidak wujud dalam keluarganya.

Hidup Yeosang memang agak menyedihkan. Tiada siapa yang sudi mahu menghulurkan tangan ketika dia memerlukan. Tiada siapa yang mahu memberikan sokongan kepadanya ketika dia jatuh. Semua ujian mahupun benda malang yang menimpa dia hadapi dengan sendirian. Semuanya bersendirian dalam hidup yang sunyi.

Sehingglah satu hari, ia mengubah diri Yeosang.

•••••

"Woi! Ni jer ke yang kau ada? Bukan kau ni anak orang kaya ke?" soal Jaehyun dengan tanganya yang masih lagi mencengkam koler baju Yeosang.

Yeosang tidak menjawab soalan yang dilemparkan oleh Jaehyun itu tadi. Mulutnya terkunci. Melihat riak wajah Yeosang yang tiada menunjukkan apa-apa reaksi itu membuatkan Jaehyun berasa geram.

"Kau ingat aku ni bercakap dengan siapa? Dengan patung ke? Mana duit kau lagi hah?" soal Jaehyun lagi dengan nada yang kasar. Namun, Yeosang masih lagi tidak menjawab soalannya itu.

Kawan baiknya, Donghyun, Jibeom dan Joochan yang berada di belakang Jaehyun sudah naik muak melihat muka Yeosang.

"Ish! Aku rasa dia ni patunglah. Kita tanya dia tak jawab," ujar Jibeom.

"Meluat aku tengok muka dia ni. Kau ajar jer lah budak ni," sapuk Donghyun.

Jaehyun yang mendengar kata-kata kawannya itu hanya akur. Satu tumbukkan tepat mengena di pipi gebu Yeosang. Dia jatuh tersukur. Sesekali dia termuntah darah sedikit. Tidak cukup dengan itu, Jaehyun mengarahkan kawan-kawannya supaya kerjakan Yeosang dengan lebih teruk lagi.

"Aku ingatlah dia tu manusia. Rupanya dia tu patung permainan jer yang takder perasaan langsung," kata Jaehyun dengan nada mengejek sebelum meninggalkan Yeosang bersendirian bersama kawan-kawannya.

Yeosang mengaduh sakit. Setelah dia ditendang, ditumbuk, susah untuk dia bangun seperti biasa. Darah yang masih lagi mengalir di mulutnya dikesat dengan kasar. Seluruh badannya berasa sakit yang amat. Semua pelajar yang berada di kelasnya hanya membuat tidak tahu melihat Yeosang dalam keadaan yang teruk.

Masa itu hanya Tuhan sahaja tahu perasaan Yeosang pada ketika itu. Yeosang hanya mampu mengeluh dengan nasibnya yang malang ini. Dia sering tertanya...

Kenapa dia dilahirkan di dunia ni?

Sudahlah dia ni mangsa buli. Keluarganya langsung tidak mengambil kisah fasal dirinya. Mereka bagaikan Yeosang tidak wujud dalam keluarga tersebut.

Yeosang bangun dalam keadaan sakit yang teramat. Niatnya mahu pergi ke tandas untuk memcuci luka di mulutnya. Baru sahaja mahu melangkah keluar dari kelas, dia terdengar satu suara oleh rakan sekelasnya.

"Kenapa kau tak mati jer kalau dah tahu nasib kau sentiasa malang?"

Yeosang terkaku disitu. Dia pun terfikir benda yang sama. Kalau dia mati sekalipun, tiada siapa yang kisah tenatang dirinya. Lagipun hidup dia penuh dengan kesunyian. Malah, dia teringin sangat mahu hidup dengan tenang.

"Mungkin aku patut."

•••••

Selesai sahaja mencuci lukanya, Yeosang berjalan di kawasan koridor sekolah. Sepatutnya waktu ini adalah waktu pembelajaran namun Yeosang masih lagi berada di luar kelas.

"Kalau aku masuk kelas pun, bukannya cikgu notice aku. Lagi teruk aku dikerjakan oleh dia orang tu. Luka aku ni pun dahlah belum sembuh lagi." Monolog Yeosang dalam hati. Dia meneruskan perjalanannya untuk menuju ke kawasan koridor sekolah.

"Kalaulah hajat ni boleh dimakbulkan, aku pasti akan berhajat sesiapa yang menganggu hidup aku, hidup dia orang takkan lama..." tambah Yeosang lagi.

Sedang Yeosang berjalan di kawasan koridor sekolah, dia terhenti apabila dia ternampak sebuah buku terbiar berada di hadapan pintu stor lama. Yeosang berjalan mendekati buku tersebut.

"Buku siapa ni? Rupa macam dah lama semacam," detik Yeosang dalam hati sambil meneliti buku tersebut. Apabila dia menyelak beberapa helai buku tersebut, ia didapati kosong.

"Isi dalam buku ni kosong. Tapi kulit buku ni nampak macam dah lama. Berhabuk pula tu," monolog Yeosang. Dia memerhati buku itu buat seketika sebelum membuat keputusan.

"Rasanya lebih baik aku simpan buku ni. Sayang kalau dibiar macam tu jer. Mana tahu aku boleh pakai untuk melukis ke," tambah Yeosang lagi lalu mengambil buku tersebut.

Tiba-tiba muncul dua perkataan di hadapan kulit buku itu selepas sahaja Yeosang mengambil buku tersebut. Dia berkerut dahi apabila melihat perkataan yang muncul itu. Tidak silapnya, tadi tiada pula perkataan ini pada kulit hadapan buku ini.

"DEATH BOOK? Apa maksudnya?" gumam Yeosang hairan.

Dia mula berasa pelik dengan buku yang ada di gengamannya kini. Dia membuat keputusan untuk meletakkan semula buku tersebut di hadapan pintu stor lama lalu meneruskan perjalanannya yang terhenti tadi.

•••••

Sampai sahaja di hadapan pintu rumahnya, Yeosang terus membuka pintu untuk masuk ke dalam rumah. Kelihatan di dalam rumahnya tiada sesiapa pun. Kosong tiada penghuni. Yeosang berasa hairan sedikit.

"Mana dia orang? Biasanya time ni dia orang ada kat rumah ni.Ehh... lantaklah. Bukannya dia orang ambil kisah fasal aku pun," kata Yeosang perlahan. Dia melangkah naik tangga untuk menuju ke biliknya.

Pintu yang tadi tertutup rapat kini dibuka oleh Yeosang untuk masuk. Selepas itu, dia mengunci pintu biliknya lalu merebahkan dirinya di atas katil yang empuk. Baru sahaja mahu memejamkan matanya, dia terasa pelik dengan tangan kirinya. Terasa benda yang keras di atas tapak tangan kirinya itu.

Lantas Yeosang membuka kedua-dua matanya untuk melihat apa yang ada di tangan kirinya itu. Alangkah terkejutnya dia melihat buku yang dijumpainya di hadapan pintu bilik stor lama petang tadi kini berada di tangan kirinya.

"Ehh? Bila masa buku ni ada kat sini pula?" soal Yeosang dengan terkejut.

Buku DEATH BOOK yang dijumpainya di koridor sekolah petang tadi itu tiba-tiba berada di dalam biliknya. Yeosang mula terasa seram sejuk terhadap buku misteri itu.

[C] Death Book  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now