DB 3

465 87 59
                                    

Di hadapan pagar Seoul High School, Yeosang melangkah masuk dengan riak wajah yang risau sedikit. Dia masih lagi memikirkan tentang buku yang dijumpainya di hadapan pintu stor lama dan muncul secara tiba-tiba di dalam biliknya sewaktu dia mahu merehatkan dirinya semalam.

Malah, dia juga masih terfikir tentang Jaehyun kerana nama dialah yang pertama berada di dalam DEATH BOOK itu.

"Betul ke buku tu akan tunaikan hasrat aku? Dan betul ke yang Jaehyun akan lenyap dari hidup aku?" monolog Yeosang sambil berjalan menuju ke kelasnya.

"Tapi aku rasa tu semua benda mengarutlah. Kalau betul-betul terjadi nanti macam mana?" tambah Yeosang lagi.

Sampai sahaja di hadapan kelas, Yeosang masuk lalu meletakkan begnya di tempat duduknya yang terletak di hadapan sekali. Lantas Yeosang menoleh kearah meja Jaehyun dan kawannya itu.

Kelihatan di tempat duduk Joochan, Donghyun dan Jibeom ada beg sekolah mereka namun Jaehyun tiada. Yeosang berasa hairan sedikit.

"Takder? Selalunya waktu ni dia orang semua akan buli aku. Hari ni tak adalah pulak?" gumam Yeosang dalam hati.

Ketika dia mahu duduk di tempatnya semula, satu curahan air tepat mengena di muka serta baju sekolahnya. Yeosang terkejut lantas dia memandang ke hadapan. Kelihatan Donghyun dan Jibeom  tersenyum sinis kearahnya.

"Aku syak kau belum mandi lagi pagi ni. So, tak salahkan kalau kitorang mandikan kau kat sini?" kata Jibeom dengan senyuman sinisnya. Donghyun yang berada di sebelahnya hanya tergelak kecil.

Yeosang terdiam dan pada masa yang sama dia berasa sangat geram. Namun, dia tidak mampu untuk melawan kerana badannya masih lagi sakit. Semua Lebam dan luka masih ada di badannya belum sembuh dengan sepenuhnya lagi.

Baru sahaja Donghyun mahu mencurahkan air minarel ke arah Yeosang, Joochan sempat menghalangnya dengan membaling buku tepat mengena pada tangan Donghyun.

Botol air minarel itu terlepas dari tangan Donghyun. Dia berdecit sakit lalu menjeling kearah Joochan yang kini berada di hadapan pintu kelas. Yeosang disitu terkejut.

"Kau dah pahal,Chan?" soal Jibeom geram. Begitu juga dengan Donghyun.

"Ops! Tangan aku terlepas tadi! Mianhae!" Kata Joochan berpura-pura tidak sengaja. Dia terus masuk dalam kelas untuk mengambil bukunya semula. Anak mata Jibeom dan Donghyun mengikut gerak geri Joochan itu.

Jibeom dan Donghyun terus berlalu pergi meninggalkan Yeosang dengan perasaan yang masih lagi belum berpuas hati. Yeosang yang masih lagi disitu terkaku. Dia mula berasa pelik dengan tindakkan Joochan tadi.

"Tapi rupa Joochan tadi macam sengaja baling buku tu kat tangan Donghyun," gumam Yeosang. Namun, dia hanya abaikan sahaja. Dia segera mengambil kain untuk mengelap mejanya yang basah akibat perbuatan Jibeom dan Donghyun tadi.

•••••

KKRRIINGGG

Loceng sekolah berbunyi menandakan sekarang adalah waktu pembelajaran sudah bermula, Yeosang baru sahaja berniat untuk ponteng kelas itu terus terbatal apabila dia terlihat riak wajah guru kelasnya, Cikgu Ahn menunjukkan wajah yang sedih. Itu membuatkan Yeosang dan rakan sekelasnya tertanya mengapa.

"Kelas, cikgu nak sampaikan satu berita sedih kepada kamu semua," kata Cikgu Ahn membuat semua pelajar terdiam.

"Rakan sekelas kamu, Bong Jaehyun ditemui mati di jalan raya awal pagi tadi. Pihak polis mengesyaki bahawa dia kemalangan di selekoh tajam malam semalam dan kelihangan banyak darah. Jika dia ditemui semalam, sudah tentu dia dapat diselamatkan."

[C] Death Book  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now