"Aku akan gantikan tempat kau, Yunho."
Ujar Yeosang membuatkan Yunho terkejut. Dia terus mengongcangkan badan Yeosang supaya dia sedar dari semua ini.
"Yah! Kau sedar tak apa kau cakap ni?Tolong jangan buat kesilapan macam aku buat dulu, Yeosang!"
Jerit Yunho. Yeosang hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Sesekali air matanya mula menitis jatuh. Yunho tergamam.
"A-aku tau ni semua sia-sia. Tapi apa lagi aku boleh buat? Walaupun aku dah balas dendam kat orang yang aku benci tu, aku boleh ditangkap sebab akulah punca diorang mati. Aku jugalah penyebab Joochan hilang kawan."
"Aku tahu yang aku ni bodoh. Sepatutnya aku bunuh diri aku awal-awal lagi sebelum aku jumpa DEATH BOOK ni," luah Yeosang dengan tanggisan. Dia mula menangis teresak-esak.
Yunho yang mendengar itu hanya mampu mendiamkan dirinya. Dia tidak menyangka bahawa itulah isi hati Yeosang selama ini. Dia mengeluh. Tidak tahu bagaimana mahu membantu Yeosang.
"Aku tahu memang kau rasa bersalah. Tapi aku tak rasa yang ini cara yang terbaik bagi kau. Kau hanya mensia-siakan hidup kau," kata Yunho lagi. Dia berkeras tidak mahu biarkan Yeosang berbuat demikian. Yeosang masih lagi dalam tanggisannya.
"Gwenchana. Sekurang-kurangnya kau dapat aman nanti. Biarlah aku buat macam ni. Aku tak nak orang lain alami macam apa yang kita alami sekarang."
Balasnya. Yunho menghela nafasnya terlebih dahulu sebelum berkata kepada Yeosang lagi.
"Kau akan menyesal buat macam ni, Sang..."
Yunho mula menghilangkan dirinya daripada pandangan Yeosang. Dia tersenyum. Mungkin baginya ini adalah jalan terbaik bagi Yeosang.
"Aku hanya mahukan hidup aman..." ucap Yeosang perlahan sebelum melelapkan kedua-dua matanya. DEATH BOOK itu masih setia berada di sebelah Yeosang.
•••••
Pagi itu, Joochan tiba di sekolah dengan awal. Niatnya hari ini ialah mahu bertemu dengan Yeosang untuk membincangkan sesuatu perkara. Iaitu tentang kematian kawan baiknya, Jaehyun, Jibeom dan Donghyun.
Sampai sahaja di dalam kelas, Joochan agak terkejut sedikit melihat beg Yeosang sudah berada di dalam kelas. Anehnya di mana orangnya?
Baru sahaja Joochan duduk di tempatnya. Dia ternampak sepucuk surat berada di bawah mejanya. Dia terus mengambil lalu melihat pengirim surat itu.
"Yeosang? Kenapa dia hantar surat ni kat aku?" soal Joochan dalam hati. Dia terus baca apa yang tertulis dalam surat itu.
Hong Joochan,
Aku tahu kau mesti terkejut kenapa ada surat kat meja kau. Budak patung bagi surat kat kau? Mesti pelik kan?
Anyway, aku tulis ni nak mintak maaf sebab aku lepaskan amarah aku kat kau semalam. Aku langsung tak sedar yang aku buat macam tu kat kau.
And yes. Memang akulah punca kematian semua kawan kau mati. Aku tahu kau marah sangat kat aku. Marahlah. Tapi kau kena tahu yang lepas ni aku takkan ada di sekolah ni.
Aku takkan ada lagi kat dunia.
Aku buat keputusan untuk lenyapkan diri aku sendiri. Aku cuma nakkan hidup aman jer. Kau pun mesti rasa gembira kan?
Itu jer yang aku nak sampaikan kat kau. Annyeong.
Kang Yeosang
Joochan terkaku selepas membaca surat daripada Yeosang itu. Dia bingkas bangun dan keluar dari kelas untuk mencari Yeosang.
YOU ARE READING
[C] Death Book ☾ 강여상 ☽
Mystery / Thriller❝ Whatever I want, this book will fulfil all my wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's horror fanfiction Start: 17 March 2020 End: 22 March 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover Reviewed: Thanks @yana_xoxo from Caramel Review Shop be...