Di sebuah restoran yang baru sahaja dibuka semalam dikunjungi oleh Jibeom dan Donghyun. Kelihatan di dalam restoran tersebut begitu ramai pelanggan. Keadaan di situ juga agak sesak sedikit membuatkan Jibeom dan Donghyun susah untuk mencari tempat duduk.
"Aku rasa sini dah penuhlah. Lagipun ramai sangat orang," kata Donghyun. Jibeom memuncung bibirnya tanda kesal.
"Ala... aku teringin nak makan kat sini sebab ada orang kata kat sini sedap," ujar Jibeom. Dia teringin sangat mahu makan disini untuk mencuba.
Donghyun yang terasa kasihan sedikit terhadap kawannya itu mula melilau keadaan di sekelilingnya. Dia ternampak di satu sudut tepi tingkap, ada satu meja kosong yang baru sahaja ditinggalkan oleh satu keluarga. Lantas dia memberitahu kepada Jibeom.
"Yah! Kat sana tu ada kosong! Jom kita duduk sana." ajak Donghyun.
Jibeom yang mendengar itu berasa teruja. Mereka terus berjalan menghampiri tempat itu lalu duduk.
Pelayan datang membersihkan meja mereka terlebih dahulu sebelum mengambil pesanan Donghyun dan Jibeom. Selepas sahaja membuat pesanan, pelayan itu terus beredar. Mereka berdua pun mula berbual dengan rancak.
"Aku pelik dengan Chan tu. Dia tiba-tiba jadi baik ni dah kenapa eh?" tanya Jibeom kepada Donghyun. Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Entahlah. Dulu bukan main suka buli si Yeosang tu. Sekarang tiba-tiba halang kita buli budak tu pulak," sapuk Donghyun.
"Kalau dia nak jadi baik sekali pun, bukannya Yeosang akan maafkan dia pun. Lagipun semua idea gila tu pun dia yang cadangkan kat Jaehyun dulu," tambah Donghyun. Jibeom mengangguk tanda setuju.
"Kan. Lantak dialah. Lagipun aku terfikir apa lagi kita nak buat kat si Yeosang tu esok eh?" balas Jibeom.
"Entahlah. Tapi rasa bosan kalau tak buli budak walaupun sehari."
Mereka berdua tertawa berdekah. Tak lama kemudian, makanan yang dipesan mereka sudah pun sampai. Mereka berdua makan dengan penuh berselera.
Namun Jibeom terasa pelik dengan makanan yang dipesannya itu.
"Betul cakap kau. Makanan kat sini memang sedap," kata Donghyun dengan mulutnya yang penuh dengan makanan. Tetapi dia berasa pelik kerana Jibeom tidak berkata apa-apa.
"Yah! Kau ni okey ke tak?" soal Donghyun hairan.
Tanpa diduga, Jibeom termuntah darah secara tiba-tiba membuatkan Donghyun terkejut. Begitu juga dengan semua orang yang berada di dalam restoran itu. Tak lama selepas itu, Jibeom terus rebah di atas lantai. Donghyun terus menghampiri Jibeom dan memeluknya.
"Jibeom ah! Gwenchana?" soal Donghyun panik. Namun tiada sahutan daripadanya. Donghyun berasa sangat risau lalu menjerit minta pertolongan.
"Sesiapa! Tolong kawan saya!" Raung Donghyun sambil memeluk Jibeom dengan erat.
Sebelum Jibeom menghela nafasnya yang terakhir, dia ternampak susuk badan yang serba hitam datang menghampirinya sambil tersenyum sinis. Tak lama kemudian, orang itu mula menghilangkan dirinya dan pada masa yang sama Jibeom melepaskan nafasnya yang terakhir.
Donghyun cuba untuk bangunkan kawannya itu tidak berjaya. Dia meraung sepuas hatinya sambil memeluk Jibeom yang sudah tidak bernyawa itu dengan erat. Air matanya juga mengalir dengan deras.
"JIBEOM AHH! ANDWAEEE!"
Ambulan pun tiba di hadapan restoran tersebut lalu menghantar Jibeom ke hospital dengan segera.
•••••
Esoknya, Yeosang datang ke sekolah seperti biasa. Anehnya, suasana di dalam kelasnya dilanda dengan suasana yang suram. Yeosang berasa pelik sedikit.
YOU ARE READING
[C] Death Book ☾ 강여상 ☽
Mystère / Thriller❝ Whatever I want, this book will fulfil all my wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's horror fanfiction Start: 17 March 2020 End: 22 March 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover Reviewed: Thanks @yana_xoxo from Caramel Review Shop be...