Donghyun berjalan di sekitar kawasan rooftop sekolah. Di sinilah tempatnya untuk menenangkan fikirannya. Di sinilah tempat yang dia selalu lepak bersama Jibeom, Jaehyun dan Joochan. Dan di sini jugalah tempat yang mempunyai banyak kenangan manis baginya.
Donghyun menghela nafasnya yang berat. Dia tidak percaya bahawa semuanya sudah berubah dalam sekelip mata sahaja.
Jaehyun mati akibat kemalangan di jalan raya. Jibeom mati akibat keracunan makanan semalam. Manakala Joochan pula berubah secara tiba-tiba.
"Kenapalah ni boleh terjadi? Aku rindu kita yang dulu," luah Donghyun dengan air matanya yang mula mengalir di pipinya.
Tatkala dia melayan kesedihannya, dia terdengar satu suara yang amat dikenalinya di hadapannya.
"Donghyun ah..."
Donghyun mengangkat kepalanya perlahan. Apa yang dia lihat sekarang ialah Jibeom berada di hadapannya sambil tersenyum manis kearahnya.
"Ji-Jibeom?"
Donghyun seperti tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang. Jibeom yang berada di pandangan Donghyun kini mula mengundurkan dirinya ke belakang sehinggalah berada di hujung rooftop sekolah. Donghyun bingkas berdiri lalu menghampiri Jibeom.
"Ka-kau nak ke mana Jibeom? Jangan tinggalkan aku!" Kata Donghyun namun Jibeom tidak membalas apa-apa.
Badan Jibeom mula menjunam kebawah. Dengan pantas, Donghyun berlari untuk mendapatkan Jibeom yang mahu terjatuh itu.
Malangnya, dia sendiri yang terjatuh dari rooftop tersebut akibat tersilap langkah.
"AAAAAAHHHHH!"
•••••
Duit yang berada di dalam dompet Joochan kini dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam mesin air untuk membeli air soda. Cuaca pada hari ini kelihatan agak panas sedikit menyebabkan tekaknya terasa kering.
Baru sahaja di mahu membuka penutup botol tersebut,dia terlihat sekumpulan pelajar mula berkumpul di taman sekolah. Dia mula berasa pelik.
"Ada apa kat situ? Kenapa ramai sangat orang berkumpul kat sana?" gumam Joochan.
Dia berjalan menghampiri di kawasan yang menjadi tumpuan pelajar berkumpul.
Sampai sahaja dia di tempat itu, dia terkaku. Botol air soda yang berada di pegangan dia tadi terlepas dari tangannya. Matanya terbutang melihat susuk badan yang amat dikenalinya.
"Do-DONGHYUN AHHH!"
Badan Donghyun terkaku baring disitu. Darah miliknya mula mengalir keluar dari badannya. Joochan lantas menghampiri Donghyun yang masih terbaring itu.
"Kau nak bunuh diri kau ke? Jebal jangan tinggalkan aku kat sini keseorangan!" Raung Joochan. Air mata miliknya jatuh mengalir dengan deras.
Donghyun tidak membalas apa-apa. Sebaliknya dia ternampak seorang lelaki yang berpakaian serba hitam itu tersenyum sinis kearahnya. Lalu lelaki tersebut menghilangkan dirinya.
Baru sahaja ambulan tiba di hadapan pagar sekolah, Donghyun sudah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Joochan memeluk Donghyun yang sudah tidak bernyawa itu dengan erat dan menangis semahu-mahunya.
"DONGHYUN AHH! WAE?"
Semua pelajar yang berada di situ melihat dengan penuh simpati. Namun hanya seorang sahaja yang tersenyum melihat keadaan Joochan begitu.
Iaitu Yeosang.
•••••
Yeosang kembali duduk di tempat asalnya semula. Terasa puas setelah dia melihat orang yang dia benci itu sudah lenyap dari hidupnya. Selepas ini, tiadalah orang yang akan menganggu hidupnya lagi.
YOU ARE READING
[C] Death Book ☾ 강여상 ☽
Misterio / Suspenso❝ Whatever I want, this book will fulfil all my wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's horror fanfiction Start: 17 March 2020 End: 22 March 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover Reviewed: Thanks @yana_xoxo from Caramel Review Shop be...