Setelah lama dia pengsan, kedua-dua kelopak mata Joochan terbuka perlahan-lahan. Pandanganny samar-samar. Tak lama kemudian, penglihatan kembali jelas semula. Dia hairan sekarang dia berada di mana? Dia seperti kenal tempat ini.
"Sedar pun kamu."
Joochan menoleh ke kananya untuk mencari kelibat suara yang menegurnya tadi. Orang itu hanya tersenyum kearah Joochan.
"Youngtaek hyung," ujar Joochan perlahan.
"Kamu pengsan kat koridor tadi. Nasib baik hyung perasan kamu kat situ. Kalau tak makin teruk kamu rasanya," kata Youngtaek.
Joochan mahu bangun dari baringnya namun kepalanya terasa sangat sakit. Youngtaek segera menghalang Joochan untuk bangun.
"Tak perlulah. kamu baring sahaja kat sini. Lagipun luka kamu ni... agak teruk. Kamu ada bergaduh dengan sesiapa ke?" soal Youngtaek. Joochan mendiamkan dirinya.
Youngtaek mengeluh kerana soalannya tidak dijawab oleh Joochan.
Dia melihat jam tangannya. Sudah pukul 10:58 pagi. Tak lama lagi kelasnya akan bermula. Dia bingkas bangun dari duduknya.
"Hyung nak ke mana?" soal Joochan.
"Hyung ada kelas lepas ni. Kamu rehat jer kat sini. Nanti ada nurse akan jaga kamu," kata Youngtaek terlebih dahulu sebelum meninggalkan Joochan di bilik sakit keseorangan.
Joochan mengeluh. Tendangan Yeosang tadi memang amat menyakitkan baginya. Mungkin Yeosang memang mahu balas dendam dengannya?
"Aku tahu ni salah kitorang"
•••••
Habis sahaja waktu sekolah, Yeosang mengemas begnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Entah kenapa kini dia berasa sangat tenang. Selepas dia melepaskan segala amarahnya terhadap Joochan, dia berasa sangat lega.
Sampai sahaja di rumahnya, Yeosang pergi ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering itu. Baru sahaja dia minum seteguk, ibunya mula menegur Yeosang.
"Eh? Awalnya kamu balik. Biasanya kamu ni suka balik lambat tak pun berkurung dalam bilik," perli Puan Kang.
"Kenapa? Bukannya omma layan Sang kan? Iyelah. Sang kan tak wujud kat pandangan omma dengan appa. Si Taehyun tu pun sama jugak anggap Sang ni bukan abangnya," jawab Yeosang selamba.
"Wah! Sejak bila kamu pandai menjawab dengan omma ni? Kurang ajar betul!"
Puan Kang terasa tercabar dengan Yeosang. Kata-kata Puan Kang itu membuatkan hati Yeosang terasa sakit. Sakit sangat.
"Sang takkan jadi macam ni kalau omma dan appa tak abaikan Sang! Omma tak tau betapa sakitnya Sang bila omma dan appa layan Sang macam ni! Sang tak gembira langsung!"
Raung Yeosang. Tiba-tiba satu tamparan tepat mengena pada pipi gebu Yeosang. Dia terkaku dan terkejut dengan tindakkan Puan Kang tadi.
"Berani kamu tinggikan suara kamu kat omma! Hey! Omma tak pernah ajar Sang tinggikan suara kat orang tua!" Tengking Puan Kang. Dadanya turun naik menahan amarah.
Yeosang memandang Puan Kang dengan senyuman yang tawar. Air mata yang dari tadi ditahan akhirnya pecah membasahi pipinya.
"Sang dah agak omma akan cakap macam tu. Tapi omma, appa dan Taehyun langsung tak ambil kisah pasal Sang. Baik Sang tak wujud kat keluarga ni jer."
Kata Yeosang dengan suara yang serak. Dia segera naik ke atas lalu menghempas pintu biliknya dengan kuat.
Di dalam bilik, Yeosang melepaskan segala amarah serta kesakitannya dengan mambaling semua objek yang berada di dalam biliknya.
YOU ARE READING
[C] Death Book ☾ 강여상 ☽
Mystery / Thriller❝ Whatever I want, this book will fulfil all my wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's horror fanfiction Start: 17 March 2020 End: 22 March 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover Reviewed: Thanks @yana_xoxo from Caramel Review Shop be...