DEATH BOOK itu ditenung Yeosang dalam-dalam. Semua persoalan tentang buku tersebut kini bermain di mindanya. Perasaan pelik, terkejut dan seram itu juga turut menguasai diri Yeosang sekarang. Yeosang mencapai DEATH BOOK untuk meneliti buku itu.
"Macam mana buku ni boleh ada dalam bilik aku? Tadi masa aku masuk takder pulak buku ni ada," gumam Yeosang dalam hati sambil memerhati DEATH BOOK itu.
Dia pun membuka beberapa helai DEATH BOOK itu. Dia terkejut melihat kerana waktu petang tadi, tiada pula tulisan yang ada dalam DEATH BOOK ini.
Tulisan yang terdapat dalam DEATH BOOK itu berdakwat merah seakan warna darah. Yeosang mula membaca setiap perkataan yang terdapat di mukasurat pertama dalam DEATH BOOK itu.
Adakah anda mempunyai hajat untuk membalas dendam dengan orang yang kamu benci?
Adakah anda inginkan orang yang anda benci itu lenyap buat selamanya?
Semua hajat anda akan termakbul jika anda menulis nama orang yang anda benci itu dalam buku ini. Dalam sekelip mata sahaja, orang yang benci itu akan lenyap begitu sahaja.
Selepas sahaja Yeosang membaca, dia menutup DEATH BOOK lalu termenung seketika.
"Buku ni peliklah. Dahlah ia tiba-tiba muncul dalam bilik aku. Lepas tu, ia macam tahu jer yang aku ni ada hajat macam tu..."
Yeosang merebahkan semula dirinya di atas katilnya yang empuk. Dia pejamkan matanya lalu mula mengingati bagaimana Jaehyun dan kawannya membuli dirinya sehingga badannya meninggalkan kesan lebam yang teruk ini. Setiap kali dia pejamkan mata, dia pasti terbayang dirinya dibuli di sekolah dari dulu sehinggalah sekarang.
Yeosang bingkas bangun lalu mengambil pen yang berada di atas meja belajarnya itu. Kemudian, dia mengambil semula DEATH BOOK itu dan menyelak ke mukasurat kedua. Tangannya mula menulis nama Jaehyun pada mukasurat tersebut.
"Bong Jaehyun... kau terimalah akibatnya sejak kau buli aku ni," gumam Yeosang perlahan sambil tersenyum sinis.
•••••
Di Seoul Shopping Mall, kelihatan Jaehyun, Donghyun, Joochan dan Jibeom sedang berseronok lepak bersama di dalam cafe. Sesekali mereka bergelak tawa dengan cerita mereka yang lucu itu.
Hanya Joochan sahaja tidak tertawa seperti yang lain. Dia seperti memikirkan sesuatu. Lalu dia bersuara kepada kawan-kawannya itu.
"Jae, kau tak rasa bosan ke?" tegur Joochan membuatkan Jaehyun, Jibeom dan Donghyun serta merta berhenti bercakap. Jaehyun yang berasa pelik itu mula bertanya kepada Joochan.
"Bosan apa?"
"Bosan buli si Yeosang tu lah. Kau dah tahu kita buli macam mana pun dia tak berikan apa-apa respond." Kata Joochan.
"Yang kau ni dah kenapa, Chan?" soal Donghyun pula yang berada di sebelahnya.
"Kau kesian kat budak patung tu ke?" tanya Jibeom. Joochan terdiam seketika sebelum menyambung kata-katanya.
"Bukan apa, cuma aku rasa kita patut stop lah. Aku rasa bersalah pulak sebab kita buli dia tu. Yeosang tak buat apa-apa kat kita pun kan?" ujar Joochan lagi.
Jaehyun memandang Joochan dengan pandangan tajam. Lalu dia menjawab soalan yang telah diungkap oleh Joochan tadi.
"Chan, sejak bila kau jadi baik ni? Bukan kau ni pun sekepala dengan aku ke suka buli budak patung tu? Yang kau tiba-tiba rasa bersalah ni dah kenapa?"
Joochan terdiam dengan kata-kata Jaehyun yang dingin itu. Begitu juga dengan Jibeom dan Donghyun. Jaehyun bangun lalu mendekati Joochan.
"Kau tahu aku benci sangat budak tu. So kau jangan nak halang akulah. Salah dia jugak sebab lembap sangat," kata Jaehyun lagi. Joochan berkeras.
"Jae! Aku cuma takut kalau dia balas dendam kat kita semua nanti macam mana?"
"Jadi balas dendamlah! Kau ingat aku takut kat budak tu? Heh! sorry lah~" jawab Jaehyun dengan bongkak.
Joochan hanya mampu mengeluh dengan sikap kawannya itu. Degil dan keras kepala. Joochan membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Daripada melayan sikap kawan yang boleh menyebabkan sakit hati, lebih baik dia pulang ke rumah dengan aman dan tenang.
"Sudahlah. Aku nak balik. Korang nak balik atau tak terpulanglah."
Ujar Joochan lalu mengambil beg sekolahnya dan terus pergi meninggalkan Jaehyun, Jibeom dan Donghyun disitu. Jaehyun pula memerhatikan kawan baiknya dengan pandangan tajam.
"Dah pahal si Chan tu? Merajuk dengan Jaehyun ke?" soal Donghyun. Jibeom mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Lantak dialah. Dia nak mati pun ada aku kisah ke?" jawab Jaehyun selamba. Dia terus mengambil beg sekolahnya lalu pergi pulang ke rumah.
Maka tinggallah Jibeom dan Donghyun sahaja di dalam cafe tersebut. Mereka berdua menggeleng dengan sikap Jaehyun dan Joochan tadi.
"Haih... susah ada kawan macam ni," kata Jibeom.
"Itulah. Baik kita berdua jer yang lepak kat sini," sapuk Donghyun. Jibeom angguk tanda setuju lalu menyambung semula perbualan mereka berdua yang tersangkut tadi.
•••••
Keadaan di kawasan jalan raya kelihatan gelap sedikit kerana hari sudah gelap. Jaehyun membuka lampu motorsikalnya agar dapat melihat jalan dengan lebih jelas lagi.
Dalam perjalan menuju ke rumahnya, telinga Jaehyun mula tergiang-giang suara Joochan sewaktu mereka berada di cafe tadi.
"Aku rasa kita patut stop lah. Aku rasa bersalah sebab kita buli dia tu."
"Jae! Aku cuma takut kalau dia balas dendam kat kita semua nanti macam mana?"
Jaehyun mendengus geram. Suka hati dialah nak buli sesiapa pun. Kalau Yeosang mahu balas dendam dengan dia, dia bukannya takut pun.
"Budak patung macam dia nak balas dendam kat aku? Heh! Cubalah! I want to see!"
Jaehyun tersenyum sinis. Motorsikal yang dinaikkinya itu dibawa laju untuk tiba di rumah dalam masa singkat. Dihadapannya ada selekoh tajam, lantas Jaehyun menekan brek untuk memperlahankan motorsikalnya. Namun, brek motorsikal itu tidak berfungsi.
"Eh?! Brek aku rosak ke?!!" gumam Jaehyun binggung.
Motorsikalnya meluncur ke hadapan sehinggalah dia terlanggar selekoh tajam itu.
SSSKKKEERRTTT
Darah mula mengalir keluar dari badan dan kepalanya. Pandangannya pula semakin kabur. Keadaan disitu gelap jadi tiada sesiapa nampak dirinya terbaring disitu.
Namun, dia ternampak susuk badan seseorang datang mendekatinya. Tak lama kemudian, orang itu pun menghilangkan dirinya dan disitulah Jaehyun menghela nafasnya terakhir.
YOU ARE READING
[C] Death Book ☾ 강여상 ☽
Mystery / Thriller❝ Whatever I want, this book will fulfil all my wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's horror fanfiction Start: 17 March 2020 End: 22 March 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover Reviewed: Thanks @yana_xoxo from Caramel Review Shop be...