Chapter 2

9 1 0
                                    

Kriiinngggg !!!!

Loceng berbunyi nyaring menandakan habis waktu persekolahan. Petang itu cuaca tidak terlalu panas. Kebiasaannya  Naura dan Aliya akan pulang bersama.

"Kerja sekolah anti dh siap ka Naura?"

"Belum lagi laaa. Jom buat kat rumah ana. On tak on...."

"Ana on ja.."

"Okeyh.. petang ni pukul 5 okey."

"Okey"

Sedang asyik berborak, tiba-tiba kelihatan seorang lelaki sedang mengekori mereka dari belakang. Naura berasa tidak sedap hati. Dalam sekelip mata lelaki tersebut meragut beg sekolah kepunyaan Aliya.

"Tolongg!!! Tolongg!!!"

Fawwaz yang kebetulan lalu disitu segera mendapatkan Naura.

"Ehh ni pasai pa ni?

"Ada orang ragut beg Aliya.. Tolong kejaq sat peragut tu.."

"Tak sempat dah nak kejaq.. Macam ni laa kita bawa Aliya balik dulu."

"Okeyh"

Dalam hati Fawwaz berasa sangat kecewa apabila rancangannya gagal. Sepatutnya peragut itu meragut beg Naura bukannya Aliya.

"Aduhh rosak pelan aku..."

Fawwaz menemani Naura dan Aliya sehingga ke rumah Naura.

"Terima kasih Fawwaz teman kami sampai rumah."

"Sama-sama"

Hati Fawwaz berbunga-bunga tatkala Naura berterima kasih kepadanya. Fawwaz sudah lama memerhatikan Naura. Namun Naura seorang yang jual mahal.

"Pelan tak jadi pun tak paa laa. Asalkan boleh dengaq suara bakal zaujah dah sejuk hati." Monolog Fawwaz.

Siang sudah melabuhkan tirainya. Bulan malam itu terang sungguh. Bersinar menyinari alam. Bintang-bintang dilangit membentuk buruj yang dijadikan panduan oleh ummat manusia. Betapa hebat kuasa sang pencipta yang menciptakannya. Indah!

"Allahuakbar Allahuakbar..."

Kedengaran laungan azan yang merdu dari masjid. Sudah menjadi rutin buat Naura sekeluarga solat berjemaah di masjid. Malam itu Fawwaz menjadi imam,maklumlah anak kepada imam masjid tersebut. Fawwaz sangat diminati ramai kerana suaranya yang merdu ditambah pula dengan kekacakannya. Sudah tentu menjadi idaman gadis-gadis.

"Naura.. sedap laa suara si Fawwaz tu.."

"Boleh laaa..."

"Boleh laa ja anti kata?? Sedap sangat laa."

"Ikut anti laa..."

Usai solat, Naura dan Aliya keluar untuk pulang. Tiba-tiba, terpacak dihadapan mereka jejaka yang bersuara merdu tadi.

"Cik adik nak kemana tu.. nak abang temankan ka??"

"Tolong sikit ehh.... awak tu bukan mahram saya tau..."

"Opss lupaa laa.... so tak nak mahramkan ka?"

"Ishh daripada layan awak baik saya balik jelaa."

Sebenarnya Naura sangat benci terhadap Fawwaz kerana sikapnya yang suka melayan perempuan,sikapnya yang nakal dan macam-macam lagi. Paling dia tidak suka Fawwaz seolah-olah munafik. Di hadapan orang kampung lain di sekolah lain.

"Jual mahal betul hang Naura... Tak paa... Nanti hang akan jadi bini aku jugak... Tunggu laaa"

Keesokan harinya.....

Suasana di dalam kelas riuh-rendah.Apabila ketiadaan guru beginilah mereka. Naura cuba untuk memekakkan telinga dan membuat kerja rumah yang masih tertangguh.

Tiba-tiba......

"Nahh... Untuk orang cantik macam awak.."

"Ishh.. Jangan kacau boleh tak!!"

"Hahaha jual mahal nahh.... Jangan jual mahal sangat awak.... Nanti susah laa saya nk masuk..."

"Hehh... tak ingin aku suami macam hang..."

"Ciss..."

_________________________________________

Be My Soulmate ForeverWhere stories live. Discover now