CHAPTER 7

10 1 0
                                    

Kesemua perompak meluru kearah pemuda tersebut. Pemuda itu kelihatan tenang dan tidak gentar. Pemuda tersebut membuka keluda, bersedia untuk menerima sebarang serangan dan menyerang balas. Dengan tangan kosong, dia hanya mampu mengelak serangan dari lawan yang menggunakan parang. Satu persatu serangan dielak. Kemudian, serangan balas dilakukan pemuda tersebut. Satu tendangan hinggap dimuka Salah seorang perompak. Kemudian, beberapa das tumbukan yang sangat laju hinggap dibadan Salah seorang lagi. Dua orang sudah tumpas. Dua orang lagi melibas parang mereka. Satu persatu dielak. Laju pergerakannya. Akhirnya, kedua-dua mereka dapat ditumpaskan pemuda tersebut. Yang tinggal hanyalah sang ketua. Dia perlu hati-hati kerana ditangan si ketua terdapat sepucuk pistol. Ia akan membahayakan nyawa orang awam.

"Hang mai dekat dia mati!! " jerit sang ketua sambil menghalakan pistol tersebut kearah Naura. Naura menangis ketakutan. Pemuda tersebut masih lagi tenang dan menghampiri perompak tersebut setapak demi seserentak.
"Hang mai dekat lagi aku bunuh dia teruih, aku tak cakap banyak dah!!! " ujar perompak tersebut. Gelisah.

"Hehh, apa cer bro. Kecut la main ugut-ugut ni. Apa barang main pistol macam budak-budak.... " ujarnya. Sinis.

"Hang kata apa!!!." Dengan perasaan marah pistol tersebut diacu kearah dia pula. Dengan pantas parang yang berada dikaki nya diambil lalu.........

Pommm!!!!

Dibalai polis......

Naura dan Alya dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan daripada mereka. Semua perompak-perompak itu diberkas dan akan dibicarakan nanti. Ketua mereka mati serta merta apabila parang yang dibaling boleh pemuda tersebut tepat menikam jantungnya.

"Terima kasih ya adik sudi bekerjasama dengan kami.. " ujar angggota polis itu sambil tersenyum.

"Sama-sama puan.. " balas mereka serentak.

Mereka berdua dihantar pulang oleh anggota polis menaiki kereta. Mereka berdua bisu tidak bersuara didalam kereta. Trauma. Naura sudah berada diambang maut tadi. Tetapi takdir Allah, perompak tersebut menemui ajalnya dahulu.

Sampai sahaja dirumah, ibunya memeluknya sepuas hati. Risau. Mana tidaknya kalau bukan kerana seorang pemuda itu nescaya ahli keluarganya tidak akan dapat melihat Naura didepan mata untuk selamanya. Naura yang masih trauma ekoran kejadian sebentar tadi menangis teresak-esak.

Setelah membersihkan dirinya, Naura baring diatas katilnya. Didalam fikirannya terbayang wajah pemuda yang menolong mereka tadi. Dia pelik kenapa pemuda itu berada didalam bas yang sama tanpa mereka sedar. Fawwaz. Dia sanggup membahayakan dirinya untuk keselamatan oranf awam. Naura kagum dengan gerakannya yang sangat pantas. Mana tidaknya, Fawwaz merupakan johan pencak silat peringkat kebangsaan.

"Hmm agak-agaknya apa laa jadi kat dia eh? Selamat ka dak dia?" Naura bermonolog.

Hatinya tiba-tiba resah memikirkan hal Fawwaz. Fawwaz cedera ekoran terkena tembakan yang dilepaskan perompak tersebut. Bagaimanakah dia? Selamatkah dia? Naura hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.

################################

Be My Soulmate ForeverWhere stories live. Discover now