CHAPTER 3

12 1 2
                                    

Azan subuh mulai berkumandang. Merdu laungannya. Seruan buat ummat manusia yang sedang lena agar bangun untuk menyembah pencipta. Rutin harian Naura tidak berubah meskipun hari cuti. Dia sudah lama bangun dari tidurnya. Sedang asyik mendengar laungan azan yang merdu itu, pintu bilik diketuk. Naura tersentak.

"Naura, jom solat subuh... "

"Baik abah...  Kejap lagi Naura pergi."

"Fuhh nasib baik takdak sakit jantung. " desis hatinya.

Usai solat, seperti biasa Azmin, ayah Naura akan memberikan sedikit tazkirah ringkas. Begitulaa rutin Naura.

Kedengaran cerek berbunyi nyaring. Naura segera ke dapur untuk menutup api dan membancuh air untuk sarapan pagi mereka sekeluarga.

"Naura, abah nak cakap sikit. "

"Ya abah.. Ada apa? "

"Macam ni, tok imam Tanya pasal kamu semalam. "

"Aik dah kenapa tok imam tanya pasai Naura? "

"Tok imam berkenan dengan kamu. "

Air yang sedang dihirup Naura tersembur. Terbatuk Naura apabila mendengar ayahnya berkata demikian.

"Ishh ayah ni..  Bergurau pulak.. Takkan laa Tok Mat berkenan kat Naura? Ayah ni main-main ehh.. "

"Ish apa Yang main-mainnya? Betul la.. Tok Mat berkenan nak jadikan kamu menantu dia. "

"Haihh.. Abah, Naura habis belajar pun tak lagi. Naura nak kejar impian Naura dulu abah. Lagipon Naura takdak perasaan apa kat Malik tu. "

"Abah tak suruh kawin sekarang. Tok Mat nak chupp kamu siap-siap. "

"Hahaha amboi abah..  Tak payah la.. naura tak nak pikir..  Kalau ada jodoh Naura dengan dia, tak kemana jugakkan bahh..."

Usai mengemas dapur, Naura termenung seketika memirkan hal tadi.

"Ish, takkan laa anak tok imam tu suka aku kot?  Ish..  Takkan laa.. " desis hatinya.

Masa lapang Naura disi dengan mengulangkaji pelajaran. Dia harus berusaha untuk mencapai keputusan yang elok dalam SPM. Kerja-kerja sekolah semua sudah disiapkan Naura. Dia perlu buktikan bahawa keluarga miskin sepertinya juga mampu berjaya.

Pintu bilik diketuk.....

"Kak cik sibuk tak? "

"Tak sangat...  Awat adik kak cik?  Nak apa sayang? "

"Kak cik kan pandai. To long ajar adik ni"

"Boleh...  Meh duk atas riba kak cik.. "

"Yeayyy! "

Perkara yang ayahnya khabarkan tadi asyik difikirnya. Naura tidak tahu apa perasaannya sekarang...

Petang itu, cuacanya tidak laa begitu panas. Alya datang kerumah Naura untuk mengulangkaji. Mereka sering mengulangkaji bersama-sama walaupun pada hari cuti. Yelaa. Bak kata pepatah "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih." Cuma, fikiran Naura terganggu oleh khabar ayahnya siang tadi.

"Aihh macam mana ni anti? Ana nak buat macam mana ni? "

"Ishh takkan laa Malik berkenan kat anti Naura? "

"Haaa tulaa pasai...  Ana asyik duk pikiaq ja ni. "

"Hmm.. Ana pon tak tau nak bagi jawapan apa."

"Hmm abaikan ja laa kan... "

"Haah...  Abaikan ja laa Naura... "

"Ok. Jom study... "

"Ok jom"

_________________________________________

Teruskan support.... Maaf jika ada kekurangan dan lambat untuk update. 🤗

Be My Soulmate ForeverWhere stories live. Discover now