Naura termenung di jendela rumahnya. Terbentang dihadapannya sawah padi yang terbentang luas. Warnanya yang kuning keemasan memukau mata dek kecantikan dan keindahannya. Sungguh tenang. Dalam fikirannya, teringat akan Amir di hospital yang cedera parah kerana ingin menyelamatkannya dan Alya dari dipatuk ular. Sungguh murni hatinya, sanggup menggadai nyawa demi orang lain.
"Haih, kesian Amir. Aku terhutang budi dengan dia... "
Seseorang menepuk bahu Naura. Terperanjat Naura kerana dia sedang ralit memikirkan tentang Amir tadi.
"Haaa, berangan apa tuh? Pikir pasal abang Amir behh kak cik? "
"Ishh adik ni kesitu pulak. Kacau laa kak cik nak berangan.. "
"Haaa ingat abang Amir laa tu... Kak cik suka abg Amir ye? " ujar adiknya, Zaid sambil memandang sinis.
"Ishh takdak aihh. Kak cik malaih laa nak pikiaq. " balas Naura.
"Eleh kak cik... Dah suka cakap je hahaha. " ujarnya sambil berlari ke halaman rumah.
"Zaiddd!!!! Geramnya kak cikk!! " ujar Naura lalu mengejarnya di halaman rumah.
Begitu laa lumrah adik beradik. Sering bergaduh dan bermusuh tapi tidak selamanya. Benarlah kata orang-orang dahulu, air Yang dicincang tidak akan putus.
Keesokannya......
Naura dan Alya bercadang untuk menziarahi Amir. Alya menunggu Naura di ruang tamu.
"Ishh lamanya minah ni bersiap.. "
"Haaa jom gerak.. " ujar Naura yang baru saja memunculkan diri di ruang tamu.
"Lamanya anti bersiap. Lama tau orang tunggu... " ujarnya dengan nada seakan-akan merajuk.
"Hehe sorry laa.. Ok jom gerak.. " balas Naura.
Mereka bergerak ke stesen bas yang terletak di hujung kampung. Sambil menunggu bas, Naura membaca e-novel didalam telefon pintarnya. Dia memang gemar membaca. Alya pula mendengar lagu. Sambil menunggu, Fawwaz muncul dihadapan mereka. Mereka berdua mengendahkan kehadiran Fawwaz disitu.
"Nak pi mana pakai cantik-cantik ni adik manis? tanya Fawwaz.
"Yang nak sibuk pasai pa? Ikut kami laa nak pi mana pon. " balas Alya.
"Huish garang nahh adik manis ni. Adik manis yang ni? "
"Jangan ganggu kami boleh tak? balas Naura. Geram.
Fawwaz tetap mengganggu mereka. Tidak Lama kemudian bas tiba. Alya dan Naura bergegas naik kedalam bas tanpa mengendahkan Fawwaz. Rimas. Sebolehnya mereka tidak mahu berjumpa Fawwaz.
Di hospital....
Setelah tiba di hospital, mereka terus menuju ke wad dimana Amir berada. Smpai sahaja di wad, Amir sudah terjaga dan menjemput mereka masuk.
"Apa khabar Amir? " tanya Alya.
"Alhamdulillah, makin sihat. Lagipun takdak apa sangat aihh. Patah ja. " balas Amir.
"Ish teruk laa tu. " balas Alya.
Naura hanya mendiamkan diri. Dia terpaku. Entah mengapa lidahnya kelu untuk berkata.
"Naura, awat diam ja? " tanya Alya apabila melihat kawannya hanya termenung dan berdiam diri.
"Ehh takdak apa laa. " balas Naura.
Dia tidak pasti apa yang dirasakannya sekarang. Seolah-olah terdetik satu perasaan didalam hatinya. Tapi, dia tidak pasti apa. Apabila berdepan dengan Amir ketika ini, dia gugup. Jantungnya berdegup kencang.
"Awat aku rasa macam ni ya Allah. " monolognya.
################################

YOU ARE READING
Be My Soulmate Forever
RomanceNaura seorang gadis dari keluarga yang miskin.Namun Naura seorang gadis yang kuat agamanya dan tak mudah mengalah.Kehidupannya berubah apabila menemui Fawwaz Aqil, seorang jejaka dari keluarga yang kaya dan jauh dari agama. Fawwaz pula seorang yang...