CHAPTER 8

5 0 0
                                    

Di hospital...

Kejadian yang hampir meragut nyawanya tadi diimbas kembali. Dia hampir diambang maut. Mujur sahaja peluru tersebut tidak mengenai organ yang penting.

"Syukur aku hidup lagi.... " monolog Fawwaz.

Dia mengimbas kembali setiap apa yang berlaku. Kalau bukan dia bertindak melakukan kerja gila itu, sudah pasti Naura sudah mati. Kalau itu yang terjadi, dia tidak akan memaafkan dirinya.

"Haih, macam mana keadaan Naura ehh? Dia taknak lawat aku ke? " monolog Fawwaz.

Sudah lama Fawwaz memendam rasa kepada Naura. Tapi sayangnya, Naura tidak melayannya. Malah, membencinya kerana satu kejadian sahaja.

Di wad yang lain......

Sejak akhir-akhir ini, fikiran Amir tak menentu. Hatinya gundah. Terlalu banyak yang difikirkannya. Dia mendapat maklumat bahawa Naura hampir dibunuh oleh sekumpulan perompak. Amir memikirkan keadaan Naura. Lagipun Naura sudah tidak datang melawatnya. Mungkin kerana kekangan masa agaknya. Dia pula akan dibenarkan pulang esok hari.

"Esok aku nak lawat Naura..... " rancang Amir.

Keesokan harinya.....

Amir dibenarkan untuk pulang kerumah. Dalam fikirannya, dia mahu melawat Naura dahulu. Amir bergegas ke rumah Naura.

Sementara itu.......

"Daddy, Fawwaz nak duit. Fawwaz kemalangan tadi.... Fawwaz nak masuk hospital swasta. Hospital kerajaan ni tak berkualiti... " pinta Fawwaz.

Dato' Jamal, ayah kepada Fawwaz merupakan pemilik sebuah syarikat yang maju dibandar Kuala Lumpur. Tetapi, beliau memilih untuk tinggal dikampung sahaja kerana disana tempat dia dihalirkan.

"Siti, uruskan pemindahan anak saya dari hospital kerajaan ke hospital swasta.... Nanti 'claim' insuran sekali.... " arah Dato' Jamal.

"Baik Dato'.. " balas Siti.

Naura bersiap untuk melawat Fawwaz. Dia terhutang nyawa dengan lelaki itu.

Setelah sampai...

"Err cik,, pesakit nama Fawwaz wad mana ya?? " soal Naura.

"Kejap ye adik... " kata jururawat tersebut.

"Fawwaz dh discharged laa adik... Dia dipindahkan ke hospital swasta...  Mintak maaf ye dik... " kata jururawat itu.

"Ohh yaka... Boleh tahu tak hospital mana? " soal Naura.

"Kejap akak bagi alamat ye... " balas jururawat tadi.

"Baik cik... "

Alamat sudah pun dapat. Naura terus bergegas ke hospital tersebut. Niat dihatinya cuma satu. Ingin berterima kasih kepada orang yang telah menyelamatkan nyawanya.

"Ahh tak kira laa benci ka dak... Aku nak kata terima kasih ja... " bisik hati Naura.

################################

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Be My Soulmate ForeverWhere stories live. Discover now