CHAPTER 4

7 2 1
                                        

Kringggg!!!!

Jam loceng berbunyi. Naura terjaga dari tidurnya akibat bunyi jam loceng tersebut. Ahh, sudah pukul empat pagi. Naura terus ke tandas untuk bertemu sang pencipta. Sepertiga akhir malam waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.

"Hmm awal lagi ni, study laa dulu... " monolognya.

Buku dibuka. Helaian Demi helaian dibuka dan dibaca. Naura berusaha keras untuk mencapai keputusan cemerlang dalam SPM. Sedang asyik membaca, terlintas sesuatu di dalam hati Naura.

"Kenapa Tok Mat nak jadikan aku menantu dia?monolognya.

Perbincangan antaranya dan ayahnya pagi tadi masih jelas diingatan. Naura tidak menerima lamaran itu. Yaa.. Dia masih muda. Dia juga mempunyai impian. Sedang asyik memikirkan, azan subuh sudah berkumandang.

"Haih, nak study tapi berangan pulak... " monolognya.

Sungguh nyaman suasana pagi itu. Naura membawa adik kecilnya berjalan-jalan disekitar sawah padi yang terbentang luas. Tenang . Naura kerap datang kesini untuk mencari ketenangan dan membuang jauh semua masalah dalam diri.

Satu tangan menyentuh bahu Naura. Naura cepat-cepat memandang .Alya rupanya. Alya hanya tersenyum manis melihat sahabat karibnya terkejut. Memang sifatnya dari dulu lagi suka mengusik orang.

"Ish anti ni, terkejut ana tau. Nasib baik takdak sakit jantung. " ujarnya sambil mengurut dadanya Yang berombak-ombak.

"Hehe..  Sorry laa anti.. Jangan marah nahh.. " ujar Alya sambil mengekek ketawa.

"Macam mana tau ana kat sini? " soal Naura.

"Anti nak pi mana lagi? Sini jaa anti slalu mai."jawab Alya..

"Ingatkan ada orang bagitau. "

"Hehe..  Anti buat pa? Duk pikiaq pasai lamaran tu lagi ka? "

"Haaa, ana takleh berhenti pikiaq pasai tu. Mengganggu ana. "

"Anti lupakan jelaa.. Tak payah kesah sangat. "

"Hmm, in saya Allah. "

Amir, anak kepada Tok Mat keluar mengambil angin disekitar kampung. Angin kencang meniup rambutnya yang panjang itu. Secara tak sengaja dia ternampak Naura dan Alya di sawah padi. Niat dihatinya ingin menegur, tapi malu menguasai diri. Tetapi, Amir perasan ada sesuatu sedang bergerak-gerak didalam sawah padi itu. Amir curiga dengan sesuatu itu terus memerhatikan. Baru Amir perasan, dia nampak dengan k
jelas seekor ular menghampiri Naura dan Alya. Amir kaget. Dia memecut laju ke kawasan Naura dan Alya berada. Ular tersebut semakin menghampiri mereka.

"Sempat tak aku sampai?"monolognya.

Hanya masa menentukan segalanya. Ular itu berada tepat dibelakang Naura dan sedia untuk mematuk. Amir memecut lebih laju. Ular tersebut bersedia untuk menyerang. Laluu........

Di hospital....

"Nurse anak saya macam mana? "

"Anak encik nama apa ya? "

"Naura Insyirah.. "

"Ohh, dia ada dekat tempat menunggu tu. " nurse tersebut menunjukkan dimana Naura berada.

Emak dan ayah Naura segera mendapatkan anak mereka lalu memeluknya.

"Naura ok tak? Ada cedera apa-apa tak? " soal emaknya.

"Takdak apa pon. Naura dengan Alya ok. Tapi kesian kat Amir. "

Semasa kejadian......

"Naura, lariii!!! " jerit Amir.

Naura memandang belakang. Dia terkaku apabila seekor ular tedung Yang agak besar berada dibelakangnya. Naura terkaku. Amir memecut laju. Ular itu memanggung kepalanya dan bersedia untuk menyerang Naura. Tiba-tiba, percikan darah mengenai muka Naura. Darah ular tersebut terpercik kearahnya. Naura bingung. Dalam masa yang sama dia bersyukur dirinya tidak dipatuk atau ajal akan menemuinya.

Amir menjerit. Dia terjatuh kedalam sawah bersama motosikalnya setelah melanggar ular tersebut. Naura cepat-cepat mencari bantuan daripada orang kampung yang lain.

"Haaa macam tulaa ceritanya. "

"Owhh, jadi Amir macam mana? " soal ayahnya .

"Doktor cakap dia xsedarkan diri lagi tapi dia dalam keadaan yang stabil. "

Mulia hati hang Amir.. Hang sanggup bahayakan nyawa hang untuk selamatkan nyawa orang lain. Terima kasih Amir. Hang dah selamatkan aku dari ambang maut. Terima kasih ya Allah kerna menjagaku dan menghantar seorang hambamu menolongku.

################################


Be My Soulmate ForeverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang