CHAPTER 1...
"Naura... bangun naura.... dah masuk subuh dah ni...."
"Baik mak...."
Angin sejuk lembut bertiup. Menggigil tubuh tatkala angin menyentuh. Pagi itu sungguh dingin. Naura yang baru sahaja terjaga dari tidur terus ke bilik air untuk mengambil wuduk. Menggigil tubuh naura tatkala air yang sejuk itu menyentuh kulit. Segar. Setelah itu, Naura menghampar kat sejadah dan mempersiapkan diri menyembah ke bumi menghadap ilahi. Terasa diri kerdil. Hina. Setelah selesai solat, Naura bertafakkur sebentar. Mengingati Tuhan yang Maha Esa.
"Ya Allah, hamba-Mu ini lemah ya Allah. Bimbinglah aku ke jalan yang lurus... Bantulah aku menghadapi perjuangan hidupku.. jangan kau jauhkan aku dari rahmat-Mu ya Allah... Aamiin..".
Selesai sahaja berdoa,telekung dibuka. Naura bersiap untuk menuntut ilmu. Uniform sekolah yang lengkap telah disediakannya sejak semalam. Tahun ini, Naura bakal menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan arah tuju hidupnya. Dia bertekad untuk mengubah nasib keluarganya. Ya ! Aku tekad !! Monolognya....
"Mak... Naura pi sekolah dulu naaa..."
"Ehh sat mak lupa nak bagi duit belanja laa naura..."
"Ehh tak payah laa mak... Mak kan nak guna duit banyak lagi..."
"Mana boleh... satgi hang nak makan apa kat sekolah??"
"Tak pa laa mak... cheq bukannya makan pon waktu rehat... Mak simpan naaa duit tu...."
"Haih laa naura... Ha laaa.... Elok ii pi tau...."
"Baik mak... Assalamualaikum...."
"Waalaikumsalam...."
Hari ini merupakan hari pertama naura bergelar calon SPM. Gementar.... Bulan 10 peperiksaan bakal menjelang... Sediakah aku?? Mampukah aku mengubah nasib keluarga??... walau bagaimanapun, hidup mesti ditempuhi. Jalan yang dilalui Naura becak akibat hujan yang melanda Kampung Kuala Kedah. Beginilah rutin hariannya. Jalan becak bukan satu masalah baginya.. Asalkan dia dapat menuntut ilmu.. Sudah memadai baginya.
"Nauraaa !!!"
"Aliaaa !!!"
"Allah rindunya ana dekat anti... Anti sihat ka? "
"Hehe ada orang rindu kita jugak rupanya... Alhamdulillah ana sihat jaa..."
Alia Syazwina, merupakan teman karib kepada Naura Insyirah. Hubungan mereka amatlah akrab. Masing-masing berkongsi cerita masing-masing ketika cuti panjang baru-baru ini. Tatkala mereka sedang rancak berbicara, seorang lelaki memerhatikan gelagat mereka sambil tersenyum.
________________________________________
AKAN BERSAMBUNG KEMUDIAN.......
YOU ARE READING
Be My Soulmate Forever
RomanceNaura seorang gadis dari keluarga yang miskin.Namun Naura seorang gadis yang kuat agamanya dan tak mudah mengalah.Kehidupannya berubah apabila menemui Fawwaz Aqil, seorang jejaka dari keluarga yang kaya dan jauh dari agama. Fawwaz pula seorang yang...