Di restoran.....
Alya dan Naura singgah sebentar di restoran berdekatan hospital untuk mengisi perut mereka yang kosong. Alya memesan sepinggan nasi goreng kanpung manakala Naura hanya memesan segelas air teh ais sahaja. Naura hanya diam sedari tadi. Alya berasa curiga dengan sikap Naura. Daripada seorang yang banyak cakap tiba-tiba pendiam.
"Naura, anti ok kan?? Awat diam ja?" tanya Alya.
"Takdak apa pun. Ana ok ja. " balasnya. Ringkas.
Didalam hati Naura, terasa seakan akan terdetik satu perasaan didalam hatinya. Perasaan tersebut membuatkan hatinya gundah. Dia tidak tahu bagaimana hendak menenangkan hatinya ketika ini. Dalam fikirannya hanya satu. Amir. Dia tidak tahu kenapa Amir Yang sering terlintas di benaknya.
Selesai makan mereka beredar dan menuju ke masjid untuk solat zohor. Mereka sudah terlambat sebenarnya kerana leka berbual dengan Amir. Tetapi, kewajipan sebagai Muslim harus ditunaikan jua walaupun sudah lewat. Dalam solat, Naura tidak tenang seolah-olah sesuatu mengganggu akal fikirannya. Setelah selesai solat. Naura bersungguh-sungguh kepada ilahi agar dijauhkan perkara-perkara Yang membuatnya leka.
"Ya Allah, aku mohon, kau teguhkanlah hati aku. Jangan engkau membolak-balikkannya. Sesungguhnya engkaulah Yang berkuasa membolak-balikkan hati ini. Ya Allah, kau tenangkanlah fikiranku, lapangkanlah dadaku, jauhkanlah diriku daripada godaan syaitan ya Allah. Ya Allah, hilangkanlah rasa cintaku terhadap seorang hambamu ya Allah. Sesungguhnya cinta telah membutakan hatiku dan menjauhkan ku darimu. "
Didalam bas......
Naura hanya merenung kosong. Fikirannya melayang entah kemana. Sedang asyik melayan fikiran, tiba-tiba.......
Poommmm!!
Satu das tembakan kedengaran. Naura dan Alya kaget. Apa yang sedang berlaku? Mereka berdua keliru dengan situasi sekarang.
"Semua diam! Jangan sapa bukak mulut kalau tak mau mati! "
Lima orang perompak telah menaiki bas tersebut. Salah seorang dari mereka menembak pemandu bas. Ditangan mereka terdapat sebilah parang setiap seorang dan yang memegang pistol itu pasti ketuanya. Alya dan Naura sudah kecut perut. Mereka takut nyawa mereka akan melayang tidak lama lagi. Dalam hati mereka berdoa agar tiada apa-apa yabg terjadi. Perompak-perompak tersebut memaksa semua penumpang memberikan semua wang yang mereka ada.
Semakin lama mereka semakin hampir dengan Alya dan Naura. Salah seorang daripada mereka merenung tajam Naura. Naura diam tidak berputik. Bulu romanya tegak berdiri apabila dilihat seperti itu. Seorang daripada peronpak tersebut membisikkan sesuatu kepada ketua mereka.
"Bos, awek cun boss. Takkan takmau makan kot? " bisik salag seorang daripada mereka.
Kesemua perompak merenung Naura. Naura semakin takut. Mereka semakin mendekatinya. Salah seorang penumpang bas tersebut merenung tajam mereka. Bersedia untuk melakukan serangan. Dengan hoodienya, mukanya terlindung.
"Adik manis, sapa nama? Adik cantik la. Jom ikut abang nak? " tanya si ketua.
Naura diam.....
"Jangan laa jual mahal dik. Jom laaa." kata seorang dari mereka.
Mereka Cuba untuk menyentuh Naura tapi lekas ditepis olehnya.
"Hang jual mahal nahh!!! Hang tak kenai aku sapa. Mai sini hang!! "
"Aaahhhhh... "Naura menjerit.
"Woiii!!! Lepaskan pompuan tu!!." terdengar satu suara nenjerit dari bahagian depan bas.
"Sapa yang berani sangat tu!! Hang sapa!! " marah ketua perompak tersebut.
"Aku...................." Sambil membuka penutup kepala hoodienya itu, jelaslah wajahnya.
################################
YOU ARE READING
Be My Soulmate Forever
RomanceNaura seorang gadis dari keluarga yang miskin.Namun Naura seorang gadis yang kuat agamanya dan tak mudah mengalah.Kehidupannya berubah apabila menemui Fawwaz Aqil, seorang jejaka dari keluarga yang kaya dan jauh dari agama. Fawwaz pula seorang yang...