Bab 1

601 9 2
                                    

"Aku benci mereka!! Layan aku seperti aku manusia yang tiada harga diri", kata Iman. Iman berlari sambil menangis mengenangkan nasibnya yang terpaksa tinggal bersama ibu bapa tirinya selepas kematian kedua ibu bapanya yang disebabkan kemalangan jalan raya. Tanpa Iman sedari, dia sudah berlari jauh ke dalam hutan. Dia mulai takut. "Aku di mana?", kata Iman. Tiada jawapan. Hanya angin lembut yang menyentuh pipinya. Iman cuba mencari jalan keluar dengan berpandukan matahari yang kian menghilang. Terlalu asyik mencari jalan keluar, Iman tersandung di akar pokok yang besar dan mukanya tersembam ke atas tanah. "Arghhhh!!!". Iman mengerang. Iman begitu marah dengan orang tuannya kerana meninggalkan dia dengan dua manusia zalim. Tanpa dia sedari, air mata mengalir dari kelopak matanya. Iman menyeka air matanya dengan kasar. Namun, air matanya tetap turun dengan derasnya. "Ibu, ayah, Iman rindu",kata Iman. Tanpa dia sedari, dia tertidur bersandarkan batang pokok yang besar.

Malam kian melabuhkan tirainya. Cengkerik mulai muncul membuat bunyi. Iman tersedar ketika hutan tebal itu makin gelap. Perutnya berkeroncong minta diisi. Iman menyentuh perutnya dengan harapan perutnya tidak berkeroncong lagi. "Di mana aku mahu mencari makanan di malam hari?", kata Iman. Sedang dia berfikir, kedengaran tapak kaki seseorang menghampiri. Iman segera mengambil ranting kayu untuk dijadikan senjata jika ada binatang buas hendak menyerangnya. Bunyi tapak kaki kian menghapiri, Iman mengangkat ranting kayu dengan tinggi dan bersedia untuk dihayunkan jika berlaku kecemasan. Seminit sudah berlalu, tiada sebarang pergerakan yang kedengaran. Iman tersenyum sumbing. "Kucing hutan agaknya", kata Iman. Dia kembali duduk. Perutnya berkeroncong lagi. "Ah tiada siapa mahu beri aku makanan ke? Aku lapar.". Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang menutup kepalanya dengan kain pelikat. Kelihatan seperti nenek tua dari 90-an. "Cu, lapar ya? Nenek ada makanan tapi cu mahu terima ke?", kata nenek tersebut. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Iman yang sedang lapar itu menerima makanan nenek tersebut tanpa berfikir panjang. Nenek itu tiba-tiba berkata, "Janji dengan nenek yang kau sentiasa menjaga dia dalam apa jua keadaan pun ya". Iman mengangguk dan menghulurkan tangan untuk menerimanya. "Ubi kayu?", kata Iman. Namun dia terus mengambilnya dan menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut. Apabila dia ingin menoleh ke arah nenek untuk berterima kasih, nenek tersebut hilang dari pandangan. Tiba-tiba Iman terdengar ada orang memanggilnya. "Iman bangun!!!! Dah pagi ni. Teruknya kamu ni cuti-cuti kat rumah ni cuba lah tolong ibu di dapur. Ini tidak asyik buat taik mata je". Aku mimpi rupanya.

Nenek?Where stories live. Discover now