Dalam rumahku terdapat 4 bilik air. Satu di aras bawah. Tiga di dalam setiap bilik di tingkat atas. Satu di bahagian bawah berdekatan dapur.Satu bilik milik ayah dan ibuku. Satu bilik milik aku. Satu lagi milik bilik kerja Namun nama sahaja bilik kerja tapi disediakan katil di dalamnya. Aku membenarkan mereka menggunakan mana-mana bilik air yang mereka mahu kecuali bilik air milik ibu ayahku.
Aku terus mencapai tuala dan menuju ke bilik air ibu ayahku untuk membersihkan diri. Lama aku termenung. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik air dibuka dari luar. “Hm, Kasyaf rupanya. Kasyaf ni memang tak makan saman. Lagi dicakap jangan, lagi tu dia buat. Ikut suka kepala dia je”, kataku di dalam hati.
“Haih bro, patut tak bagi mandi dalam bilik ibu ayah kau. Nak layan bath tub sorang je rupanya.”, kata Kasyaf. Aku hanya membalas dengan senyuman sinis. “Pahal datang sini. Macam tak boleh tunggu aku dalam bilik aku je”, kataku. Kasyaf membalas, “Kau lambat sangat. Semua dah siap mandi dah. Ni aku datang sebab nak ajak kau solat jemaah sekali la. Wan dah bising dah tu”. Aku hanya mengangguk. Kasyaf pergi meninggalkan aku seorang diri. Aku lekas bersiap dan mendaptkan Wan dan rakanku yang lain. Selesai sahaja menunaikan solat maghrib, Afiq terus pergi ke dapur untuk mencari makanan kerana perutnya berkeroncong sejak tadi. “Iman! Mana nugget ke? Fries ke? Aku nak goreng.”, tanya Afiq. Aku membalas, “Sorry bro. Makanan frozen dh habis pagi tadi. Lupa nak beli.”
“Dah tak payah sibuk nak masak bagai. Aku dah..”, belum sempat Wan habiskan kata-katanya. Kedengaran ada motosikal di hon kan dri luar. Aku terus mencapai kunci dan membuka pintu lalu Wan meluru keluar untuk mencapi makanan yang baru dipesannya. Wan melangkah sahaja masuk ke dalam rumahku, aku terus mengunci pintu dan meluru ke Wan.
“Wahhhhhhh! Wan order pizza!! NAK!”, teriak si Amir. Wan membalas dengan nada yang tegas, “Masing-masing duduk diam-diam boleh tak? Macam kanak-kanak tak makan seminggu la korang.”
Kami semua terus bersila dan mengunci mulut kami. Ya. Wan ni garang. Dia kalau suara dia naik sikit, pandai-pandai la nak diam dan dengar. “Shahrul, Daus, korang pergi ambil sudu dan pinggan”, kata Wan. Mereka terus bangun dan mengambilnya dengan cepat dan cermat. Dan kami semua pun menjamu selera selepas selesai membaca doa makan yang diketuai oleh aku sendiri.
Tiba-tiba, Amir membangkitkan soalan panas, “Apa benda tadi tu dekat hutan?”. Kami semua serta-merta hentikan mulut daripada mengunyah dan menelan. “Bunian”, kata Kasyaf. Aku terus tersedak.
Shahrul terus menyampuk, “tapi yang ada kebolehan nampak benda ghaib tu Kasyaf sorang je. Pahal kita semua nampak?” Wan terus membalas, “jangan lupa iman ada apa” . Aku terdiam.
“Shahrul. Kau tau kan kita balik dari sekolah je time senja. Kau mengharapkan nampak apanya?”, kata Kasyaf. Cuma ada satu benda aku tak faham
Aku sendiri tertanya. Kenapa aku seorang sahaja yang tidak mendengar namaku dipanggil oleh Kasyaf? Malah aku sibuk mendekati putri. Aku sendiri tertanya.