Habis saja kelas untuk harini, aku terus masukkan barang aku ke dalam beg sekolah dengan cermat. Harini aku terpaksa pulang ke rumah sendiri dengan menaiki bas kerana ayahku tidak boleh menjemputku di sekolah atas urusan kerja. Paling aku benci menaiki bas kerana terpaksa melalui jalan pintas ke rumahku dengan melalui hutan. Like seriously sangat menakutkan. Bagi aku lah.
Sedang aku menunggu Kasyaf dan rakan-rakanku yang lain, aku termenung. “Kalaulah aku tak terima pelawaan nenek tu dalam mimpi, mesti tak jadi macam ni kan. Kan sekarang dah menyusahkan diri nampak macam-macam”, kataku di dalam hati.
Kasyaf yang dari memerhati belakang Iman terus menghela nafas. “Nenek ni kalau kita tak dihalau dia, makin teruk keadaan Iman nanti.” Sedang dia berjalan menuju ke Iman, dia terkedu, “Haduh kenapa nenek tu peluk member aku pulak ni. Dia ingat peluk Iman macm tu Iman tenang ke?” Kasyaf terus berlari menuju ke Iman dan memeluknya.
Aku terus tersedar dari lamunan mimpiku yang panjang. “Iman, geng kita dah tunggu kat bawah tu. Jom gerak sekali”, kata Kasyaf.
Aku membalas, “Eh sejak bila Wan dan Afiq keluar? Tak perasan dorang pon”. Kasyaf membalas dengan tenang, “dorang dah panggil kau dah, kau je tak dengar. Berangan je kerja. Dah jom.”
Kami bertujuh berjalan sekali menuju ke pondok bas berdekatan sekolah kami. Shahrul bertanya, “Confirm ke nak lalu jalan hutan ni. Aku takutlah. Kan senja dah ni. Daus menendang kaki Shahrul lalu melepaskan ledakan ketawa yang agak panjang, “Kau ni jantan ke betina? Kalau betul kau jantan, kau patut berani macam aku. Orang berani selalunya macho. Hahahahahahaha”, kata Daus dengan bangga. Amir membalas, “Kau macho pon, kau tetap single hahahahaha”
Mendengar kata-kata Amir, kami semua melepaskan ledakan ketawa yang kuat kepada Daus. Wan terus menyelit, “Hey! Kita semua single okay. Don’t break the rules. Tiada siapa antara kita dibenarkan ada girlfriend. Jual la mahal sikit bro-bro sekalian. Aku tahu antara kita ni ada je orang minat. Tapi couple masa zaman sekolah, so tak cool. So chill, kerja dulu, dah ada kereta, duit. Time tu sambar la girlfriend sorang. Faham?”
Ya, dalam banyak-banyak orang dalam geng aku, Wan yang paling matang menyebabkan dia menjadi ketua kumpulan untuk geng kami. Respect dengan pendirian dia membuatkan kami patuh dengan arahannya. Lagipun, arahan yang dia kemukakan untuk kebaikan kami jugak.
“Hah dah stop drama sekarang, tu bas dah sampai, standby guys”, kata Afiq. Bas sampai sahaja kami terus meluru masuk ke dalam. Nasib baik ada tempat duduk untuk kami bertujuh. Berlima di belakang. Aku dan Kasyaf duduk berdua. Aku perasan, Kasyaf dari tadi tidak membuka mulut. Selalunya dia yang paling banyak cakap. Aku terus bertanya kepada dia dengan menggosok rambutnya agar dia memberi perhatian. “Bro, kau okay tak? Diam semacam.” Kasyaf membalas, “Hah? Oh aku okay je. Haish aku diam sikit terus risau eh. Sayangnya kau kat aku. Hahahahaha.” Aku terus membalas dengan menumbuk bahunya, “Sayanglah bro. Aku tau kau dok fikir apa jadi nanti bila kita lalu hutan kan? Kenapa? Takut tambah member baru dalam badan aku ke?” Kasyaf terus membalas, “Tak delah. Aku cuma…”
Belum sempat Kasyaf menghabiskan kata-katanya, Amir dah menjerit “dah sampai!!!!! Jom turun cepat geng.” Kami semua terus turun dan melalui melepasi lorong kedai untuk sampai ke hutan. Bila sampai di depan hutan, Kasyaf terus memegang tangan aku. Korang mesti ingat aku dan Kasyaf gay kan sebab ada adegan peluk dan pegang tangan. Tak. Kasyaf dah macam abang aku. Aku berkawan dengan Kasyaf dari 9 tahun lagi. Sejak daripada tu, Kasyaf selalu menjaga aku walau dalam apa jua keadaan.
Bila aku menjejakkan kaki aku ke lorong hutan, aku nampak ada kepala dengan muka yang seram terapung sepanjang lorong. Aku terus memegang lengan Kasyaf dengan erat. “Aku nampak apa kau nampak. Kau buat-buat tak nampak dengan harapan dorang tak ganggu kita semua”, kata Kasyaf sambil memegang bahu aku.
Tiba-tiba ada seorang perempuan berbaju putih dan berambut ikal mayang duduk di buaian yang diperbuat daripada kayu. Tali buaian itu dikelilingi dengan bunga daisy berwarna putih. Wajah perempuan itu kelihatan sangat cantik dan memukau mata kami. Aku pandang kearah Wan, Afiq, Daus, Shahrul dan Amir. Mereka juga memandang kearah buaian tersebut. Kasyaf dah berasa risau. Kawan-kawanya mula terpukau dengan perempuan itu. Dan tiba-tiba wanita itu mulai mengilai. Dia tersenyum dan menumpukan perhatiannya kepada Iman. Dan tiba-tiba…