Bab 8

70 0 0
                                    

Belum sempat Shahrul dan Daus turun dari tangga, kedengaran bunyi hentakan yang kuat yang berdekatan dengan mereka. Daus cuba memberanikan diri dengan menoleh kebelakang. “Oi Rul, pintu bilik Iman tertutup sendiri”, kata Daus.
Daus dan Shahrul meghela nafas panjang. Daus cuba untuk tidak memaparkan ketakutan pada riak wajahnya kerana masih memegang tagline “lelaki tak boleh jadi penakut”. Dus menghela nafas dan menenangkan dirinya. Dia memandang Shahrul dan berkata, “dah. Bangunlah Rul. Kita lepak dengan geng kita.”.

Shahrul yang mempunyai riak wajah yang tenang terus bertukar menjadi cemas dan mula menangis. “Daus, a-a-ada hantu kat belakang kau. Dia jelir lidah belakang kau,” kata Shahrul. Daus terpaku. Air matanya mahu keluar dari kelopak matanya namun ditahan agar tidak nampak lemah di hadapan Shahrul. Daus menarik nafas dan menghembusnya dengan perlahan. Bila Daus menoleh ke belakang, tiada kelibat yang kelihatan. Daus bersyukur. Dia menoleh kembali kearah Shahrul.

Namun apa yang di hadapannya ialah MAKHLUK YANG MEMPUNYAI RUPA YANG SANGAT HODOH! MUKANYA HITAM SPERTI HANGUS DI DALAM KEBAKARAN. TANGANNYA LUKA SEPERTI DITOREH OLEH PISAU. KELIHATAN ADA DARAH YANG MENITIS DARI MULTNYA. Daus tersentak menyebabkan dia hilang pertimbangan lalu dia terbaring dan kepalanya terhentak ke lantai rumah tersebut.

Daus membetulkan posisinya dengan duduk dan menjauhkan diri dari makhluk itu. Makhluk itu mengilai dan menghulurkan tangannya yang berkuku panjang dan kotor untuk mencekik leher Daus. Daus menangis teresak-esak kerana terlalu takut dek makhluk itu sungguh menakutkan.

Daus sedaya upaya cuba untuk mengumpul segala keberaniannya untuk menghalau makhluk tersebut.
Daus menutup matanya lalu membaca ayat qursi agar makhluk itu pergi jauh dari pandangannya. Namun makhluk itu hanya gelakkan Daus dan mengikut alunan bacaan Daus yang berterabur. Daus mula gelabah dan tanpa dia sedar matanya dibuka secara perlahan-lahan. Dia menghembuskan nafasnya dengan kerana terpaksa menghadapi situasi yang sangat menakutkan. Daus nekad mahu menghalau makhluk itu walau apa jua cara sekalipun. Dengan keberanian yang berbaki dalam dirinya. Daus melaungkan azan dengan lancar. Makhluk tersebut menjerit-jerit dan kedengaran makhluk itu berkata “BERHENTI! AKU SAKIT!!!”. Lama kelamaan makhluk dihadapannya beransur hilang. Namun kedengaran suara bisikan sayup-sayup di telinganya “aku akan cari kau” lalu suara itu beransur pergi. Daus menghela nafas lega kerana dia berjaya melawan makhluk yang hodoh dengan bantuan ilmu agama yang dipelajarinya. 

Baru sahaja mahu bangkit daripada duduk, kedengaran ketukan yang agak kuat dari pintu bilik Iman. Daus terperanjat menyebabkan dia hilang pertimbangan lalu jatuh menyembah lantai. “Haduhh, berapa kali kepala nak terhantuk kat lantai ni. Makin bengong la aku lepasni haih”, kata Daus.

Daus segera bangun dan mengumpul kekuatan dan keberanian untuk membuka pintu tersebut. “Ya Allah, tolongla tak de benda seram terpacak depan pintu ni”, merayu Daus dalam keadaan berbisik.
Dengan dimulakan dengan bismillah, Daus membuka pintu bilik Iman secara perlahan-lahan.  Kelihatan ada kelibat manusia yang sedang duduk menghadap tingkap. Apabila lembaga untuk menoleh kepalanya kearah Daus secara perlahan-lahan, Daus menjerit dan menekup mukanya menggunakan kedua belah tangannya. Tiba-tiba terasa badannya dipeluk, apabila dia menurunkn tangannya secara perlahan-lahan, rupanya kelibat tersebut ialah Shahrul. “Rul! Macam mana kau boleh ada dalam bilik ni?! Kau bukan keluar dari bilik ni dengan aku ke?”, tanya Daus.
“MANA ADA! Tadi kau tak perasan ke kau keluar dengan perempuan rambut panjang?! Lepastu aku cuba untuk kejar kau! Tiba-tiba pintu terhempas sendiri! Paling tak boleh bla, boleh pulak aku dengar benda dok mengilai dalam bilik ni. Haduh mau aku tak menangis sorang-sorang sebab takut punya pasal”, balas Shahrul.
Sharul meleraikan pelukannya terhadap Daus. Daus hanya tersenyum. Bersyukur yang Shahrul tidak mengalami sebarang kecederaan. Daus mengajak Shahrul turun ke bawah untuk berkumpul bersama yang lain. Mereka berdua membaca ayat qursi sambil berharap agar tiada apa-apa yang menakutkan yang berlaku.

“HAH MACAMTULA CERITANYA!!!! TU SEBAB AKU DENGAN DAUS BERLARI MACAM ORANG TAK SIUMAN PASTU PERGI KAT KORANG!!!”, beritahu Shahrul dengan semangat.

Wan menoleh ke arahku lalu berkata “Iman, kenapa banyak sangat ikut kau ni? Ni bukan pertama kali kan kau terlibat dengan benda mistik ni?”

Aku terdiam seketika. Aku menghela nafas panjang dan mengangguk.
Mereka semua terdiam. “Nak taknak kita kene tolong Iman selesaikan masalah ni dengan cepat. Kalau tak, kita semua kene ganggu”,kata Wan.
Mereka semua mengangguk.

Tiba-tiba Kasyaf mendekatkan mulutnya ke telingaku, “kau jangan mengada nak simpan kawan-kawan kau dari hutan tu faham?! Suruh dorang balik.”

Aku tergamam. Aku tak pernah memberitahu hal itu kepada Kasyaf, namun dia teap mengetahuinya. Dasar manusia tak guna. Aku benci kau.

Nenek?Where stories live. Discover now